Venue : The Hidden Valley, Sungai Ramal, Kajang
Tarikh : 4 February 2023
Klik VIDEO WALKTHROUGH VENUE kalau nak tengok tempat The Hidden Valley ni.
Rumah ni actually betul-betul sebelah jalan heavy traffic exit dekat Satay Willy tuu. Rumah venue The Hidden Valley ni jenis tanah lot. Kiri kanan ada rumah cuma bukan style teres lah ya. Nasib rumah ni berdekatan hujung jalan adalah end lot jadi sesuai juga lah buat sebagai event place.
Yang paling best sekali adalah, venue The Hidden Valley ni ada unit penginapan sekali. Around 5 bilik and if I’m not mistaken, setiap bilik ada bilik mandi sekali. En suite lah orang kata kann.
Tapi dapurnya comel sahaja. Hehe. Was hoping the kitchen would be slightly bigger. Tapi takpe. Nama pun venue + staycation, takde lah heavy sangat nak guna dapur ye dop? Sokayyy.
Bahagian depan rumah adalah bahagian pelamin dan meja beradab, sekali dengan dua buah meja panjang untuk tetamu menjamu selera. Kawasan yang just nice je untuk event yang very intimate with close friends and families.
Pada bahagian entrance pula, ada beberapa meja tetamu untuk yang nakkan suasana angin bayu kat luar. Kat sini juga family pengantin decide untuk letak laluan arch, meja diorgift dan juga meja kuih-muih.
Owh ya, bahagian ambil lauk dibahagi kepada dua; bahagian luar dan juga bahagian kat dapur untuk tetamu.
Majlis bermula dalam selepas waktu Zohor dan berakhir around petang slightly 6 pm macam tu. Kira majlis santai-santai belah petang. Kita chill-chill, tenanngggg ribut jiwaaa ~~~
Belah malam pula setelah selesai majlis, kita bagi karaoke seround dua. Yang ni speaker dan microphone my brother bawa siap-siap dari rumah. Yang ni tuan rumah venue tak sediakan ya. Hehe
Esoknya, kita repeat mandi swimming pool. Owh ya, venue The Hidden Village ni, lengkap dengan swimming pool. Tak terlalu besar, tak terlalu kecil. Just nice sahaja.
Anyway itu sahaja nak kongsi. Kita share gambar je okay buat simpan kenangan. Sampai jumpa di sharing seterusnya !
Credit Photographer : Photographer Mirul dan Photographer Zakwan
My Big Family |
Me and my husband |
Family Apip |
Family Ninie |
Pengantin Apip & Ninie |
Family Paklong, Abang Emy dan Eyka |
Family Abang Lan dan Ucu |
Family Pak Long, Paan dan Kak Yani |
Family Pak Uda dan Bonda |
——————————
Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini :
>>WHATSAPP SAYA <<
Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam
No comments:
Post a Comment