Monday, November 30, 2020

Food Review : Smashed Burger, Bukit Jelutong


I had the opportunity to try on the burgers from Smashed Burgers, by ex-pilot from Malaysia Airlines. Owned by Naeem Naasir, who recently got lay-off due to Covid-19

Located at Bukit Jelutong, at Restaurant Zubai Bistro, people are flooding to orders their special "Oman" burgers. He and his wife loves eating burgers when staying in Oman, and now they're in Malaysia, they have come up with an idea of bringing burgers like in the Oman, to be presented in their own way after a month of learning from TVs and videos on Youtube.


Before, orders are being collected through walk-ins, but since they've got viral, they have changed it to pre-orders through whatsapp.

I was lucky enough to get a slot for today's orders, and I booked it yesterday haha. Imaging they are sold out for three days !

People who came tonight, all had to go back with empty stomach due to unavailability of the burgers. Tonight's only they managed to sell 175 burgers ! Whereas they should have been maximum of 75 burgers per day !

All thanks to all the people who shares about his story, and now he's going viral ! So they have taken a step, to include orders through EasyEats apps, to easen up their burden of collecting orders. This can be used next week, InsyaAllah.

People have been coming from near and far, to try on the burgers, and here are my review.

These are my orders :

2 sets of Beef Bacon burgers + Curly fries

3 sets of Smashed burgers + Onion rings

I had the Smashed burgers, it consists of soft bun, homemade beef patty, melted cheese, caramelized onions and signature sauce.



All I can say, for a RM10 burger, it is quite delicious ! Really loving the homemade patty and also the signature sauce. My dad even said to come again for more burgers ! The bread is so soft and buttery like the KGB's. 

If you happen to live near Bukit Jelutong or nearby, you may come and give it a try, but just to be safe, do check on their instagram first for any updates.


Instagram : SMASHED.MY

While you're here, do follow my instagram for dessert and Shaklee supplements 🥰

Dessert : BAKES BY AB

Shaklee Supplements : BEAUTY HOUSE BY AB









Wednesday, September 30, 2020

4 Sebab Sel Badan Cepat Rosak



Rahsia kekal sihat > tiada sebarang penyakit

Ingat perkataan ini; KESIHATAN SEL

Rahsia awet muda > age is just a number

Again, kena jaga kesihatan sel

Rahsia untuk kekal sihat dan awet muda

Jika sihat, kita akan nampak lebih muda dari usia. Orang yang ada sakit, seperti kencing manis, darah tinggi >> mereka ni akan nampak lebih tua disebabkan penyakit itu.

Bagaimana sel boleh rosak dan menua?

Ada 4 proses yang menyebabkan sel rosak dan jadi tua iaitu:

1) DNA rosak
2) AGE protein
3) Mitokondria berkurang
4) Telemore memendek

Jom kita tengok satu-satu bagaiman sel boleh rosak dan menua 👇



1) DNA rosak

Apa faktor DNA rosak? Antara salah satu penyebab DNA rosak adalah disebabkan Radikal Bebas.

Radikal bebas ni boleh datang dari pemakanan macam fast food, maggi and others. 

Dan gaya hidup yang tidak sihat juga menyumbang kepada faktor ini. Asyik hidu asap rokok, asap kenderaan, tidur lambat, pandang skrin handphone lama-lama pun boleh rosakkan sel tau.

Haaa yang paling utama dalam kerosakan sel ialah STRESS ! Bila kita stress, sel badan kita akan mengecut dan bila kecut, lama-lama sel akan rosak dan musnah.

Kalau sel rosak, tapi tak musnah, nanti sel akan membahagi lebih banyak sel sel yang rosak, instead of sel yang sihat. Sebab tu mudah terkena penyakit. Tau kan punca datangnya penyakit kanser adalah dari sel sel membahagi yang rosak?

2) Pembentukan AGE protein

AGE stands for Advance Glycation End-product

Bagaimana AGE Protein terjadi?

Ianya adalah gabungan excess sugar bersama protein.

Excess sugar ni dihasilkan oleh badan bila mana kita makan karbo dan tidak ditukarkan kepada tenaga. So badan akan simpan gula berlebihan. 

Dan gula ni pula bergabung dengan protein lalu membentuk AGE Protein.

#Nota : Protein tak salah tau, yang salah adalah excess sugar

Bila bergabung dengan protein, ia akan membentuk komponen jahat yang merosakkan badan. Antara organ yang akan terkesan disebabkan AGE Protein adalah buanh pinggang, jantung, hati, otak, otot dan banyak lagi.

Jom tengok macam mana AGE Protein menggangu fungsi-fungsi organ kita

🌟 Kulit
Bila AGE Protein build up dalam badan, excess gula tu akan membuatkan kulit kita nampak lebih tua dari usia. Lepastu, bila sel badan tak sihat, kulit muka boleh jadi kusam dan tak bermaya, tak mustahil jeragat pun akan mula nampak.

🌟 Otot
Kalau AGE Protein terlalu banyak sangat terkumpul kat bahagian otot, otot kita akan cepat stiff - kejang, tegang, susah nak bergerak dan etc

Perasan kan kalau tibe tibe tangan or kaki kita kebas bila bangun tidur? Tu menandakan badan kita mungkin ada banyak AGE Protein.

🌟 Jantung
AGE akan merangsang penghasilan kolestrol jahal (LDL), dan LDL hanya akan masuk ke saluran darah bila dinding arteri rosak.

Bila umur makin meningkat, dinding arteri makin rapuh. Then stress juga boleh rosakkan lagi dinding arteri.

So, bila anda banyak AGE, AGE akan rangsang banyak LDL, dan LDL pula akan masuk ke saluran darah akibat dinding arteri rosak.

Lalu terjadilah sakit jantung (bila kolestrol terkumpul dalam saluran darah)

🌟 Otak
AGE Protein akan merangsang penghasilan AMILOD PLAQUE.

Bila terlalu banyak amilod plaque, lama-lama sedikit demi sedikit kita akan mula lupa dan akhirnya nyanyuk.

Dan ini dinamakan Alzheimer (lupa ingatan atau nyanyuk)

Penyakit ini tidak berlaku dalam sehari. Ia mengambil masa bertahun-tahun akibat penghasilan Amilod Plaque.

Scary tak AGE Protein ni? 😱

3) Mitokondria semakin berkurang

Okay next, macam mana sel boleh jadi tua juga? Adalah disebabkan bilangan Mitokondria yang semakin kurang.

Mitokondria ni ibarat enjin kereta. Badan kita pula ibarat sebuah kereta.


Mitokondria ni penting untuk memberi tenaga pada sel.

Sebab apa?

Sebab sel kita bekerja setiap hari 24 jam non stop!

Setiap hari, sel badan perlu tenaga untuk membahagi (build and divide)

Nak hasilkan sel kulit yang baru, sel kena buat division, kalau tak cukup tenaga, sel tak boleh membahagi. Bila sel tak boleh membahagi, akibatnya kulit tak boleh nak renew.

Tu yang kulit jadi kusam. Sel rambut pun perlukan tenaga untuk membahagi. Tak cukup tenaga, maka sel division susah nak berlaku. Tu yang jadi rambut susah nak panjang, susah nak tumbuh.

Sama juga dengan sistem reproduktif.

Bila sel sperma cukup tenaga, senang lah nak bergerak ke ovum.

Bila sel ovum cukup tenaga, senanglah nak keluar dari ovari dan buat sel divisyen dari zigot > embrio > fetus > baby

Bilangan Mitokondria berkurang juga disebabkan gaya hidup dan faktor umur.

Jadi nak tambah bilangan Mitokondria, kena konsisten ambil makanan yang tinggi kandungan polyphenols

4) Telomere semakin memendek

Okay last sekali, sebab sel rosak dan jadi tua adalah kerana telomere yang semakin memendek.

Telomere ni apa? Dia ada kat hujung kromosom DNA kita

Dalam sel > ada nucleus.
Dalam nucleus > ada kromosom (kromosom bentuk X)

Telomere ada dekat setiap hujung X kromosom

Boleh baca juga tentang TELOMERE STUDY



Korang tahu tak, tahap kepanjangan telomere untuk ibu anak satu lebih panjang berbanding ibu anak 3?

Sebab apa? Sebab ibu anak tiga lebih stress dari ibu anak satu. Ingatkan tadi kita bincang, stress boleh mengecutkan sel dan merosakkan sel?

Jadi bagaimana nak sihatkan sel sel badan kita?

Tahu kah kita, Shaklee telah ke seluruh dunia mencari sumber semulajadi yanb paling mujarab, yang paling tinggi kandungan anti oksidan untuk tujuan anti penuaan.

Dan akhirnya, Shaklee telah menemukannya pada Anggur Muscadine !

Kemudian anggur muscadine ni dicampurkan dengan Resveratol dari sumber-sumber bahan botani yang lain untuk menghasilkan campuran anti oksidan semulajadi yang lebih hebat !

Dan semua ini dibuktikan dengan RESEARCH ya.

Research telah membuktikan, kandungan NUTRIENT dalam sebotol Vivix / ResV MAMPU untuk menghalang 4 proses sel rosak and tua yang kita cerita dekat atas tadi.

University Laboratory Studie show that Vivix Key Ingredients Can Help Protect and Repair Cells from Age Related Damages

Vivix dihasilkan dengan campuran botanik Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Gabungan istimewa inj berasaskan daripada Anggur Muscadine, dan paling best, ia menggunakan proses ekstrak berpaten.

BACA JUGA : SEJARAH SHAKLEE

Apa yang dipatenkan ada 3 👇

1) Proses Cold Filing Extractions
2) Gabungan Polifenol
3) Semulajadi, tanpa pengawet dan stabil

Jom kita baca setiap satu



1) Proses Cold Filing Extractions

Ada banyak jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh-tumbuhan.

Cold extraction maksudnya buah-buah yang digunakan dalam Vivix ditekan (press) untuk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah

Ada pengeluar yg buat proses ini menggunakan air panas atau suhu panas (sbb hasilnya lebih banyak dan cepat) tetapi proses begini boleh menurunkan kualiti produk itu !!

Berbeza dengan Shaklee

Shaklee telah mempatenkan proses ‘cold filling extraction‘ ini eksklusif untuk Shaklee.

Bayangkan, anggur muscadine yg harga nya RM 2k sekilo.

Shaklee extract utk dapat patinya and it just cost RM 380! 

Murah sebenarnya Vivix ni kalau nak compare premium ingredients di dalamnya


2) Gabungan Polifenol

Untuk bagi kesan yang maksimum, Vivix bukan cuma ada resveratrol tetapi gabungan polifenol!

Yang ni, adalah Secret Recipe Shaklee. 

Gabungan ke 4-4 bahan-bahan botani ini memberikan spektrum polifenol yang sempurna 

So company lain tak boleh tiru sebab resipi ini dah dipatenkan.

3) Semulajadi, tanpa pengawet & stabil

- Kalau Vivix dibiarkan di atas permukaan pada suhu bilik, kandunagn Vivix takkan meruap

- and lagi best, kalau kita letak Vivix dalam peti ais bahagian sejuk-beku (freezer), Vivix takkan membeku!

Dan ini bukan disebabkan bahan kimia ok! 

Vivix adalah Semulajadi, tanpa bahan pengawet dan stabil.

Ini lah teknologi yang Shaklee dah patentkan, so adalah teknologi yang depa gunakan 

- sumber2 bahan botani terbaik dari alam semulajadi.


Nutrisi di dalam Vivix secara klinikal dapat :

i. Membaiki sel
ii. Melindungi sel
iii. Merencatkan pertumbuhan sel sel yang rosak 

Bila sel kita dibaiki dan dilindungi, sel kita sendiri yang akan melawan sel penyakit tersebut.

Contoh nya seperti sel kanser. 

Vivix rencatkan pertumbuhan sel kanser.

Then repair sel yg dah rosak.

Then lindungi sel yang masih sihat.

Seterusnya sel baru dapat tumbuh lebih sihat dan kuat untuk membantu pesakit kanser menjalani kimoterapi dan lawan sel kanser 

This is how vivix helps !









Perlukan Vivix? Boleh contact saya thru WHATSAPP

Asilah 0197467892
Agen Sah Shaklee (1267957)

Monday, September 28, 2020

Kenapa Harga Shaklee Mahal


Memang tak dinafikan, ramai akan cakap harga produk Shaklee sangat mahal. Ada yang sampai kata harga tak masuk akal untuk produk kesihatan. Ada juga yang kata, banyak lagi harga yang jauh lebih murah berbanding Shaklee.

Tapi bagi saya, buat mereka yang kata produk Shaklee ni mahal, mungkin anda belum tahu selengkapnya details tentang mengapa harga-harga Shaklee mahal.

Jom kita tengok dulu contoh antara harga produk Shaklee. Saya bahagikan harga kepada tiga bahagian - mampu milik, medium dan premium.

Antara produk MAMPU MILIK adalah berharga antara Rm50 ke Rm100, sebagai contoh

Peppermint Ginger Plus - RM48
Lecithin - RM55
Garlic Complex - RM56
Herblax - RM57
Alfalfa - RM57
Bcomplex - RM58
Ostematrix - RM61
Performance drink (orange) - RM87
GLA - RM92
Vitalea - RM94
Vitamin C - RM97

Antara produk MEDIUM adalah berharga antara Rm110 sehingga Rm300, sebagai contoh

Vitalea children - RM111
Mealshakes - RM120
Omega Guard - RM136
Dtx - RM156
Vitamin E - RM156
Esp - RM161
Cinch shake - RM181
Nutriferon - RM190
Phytocol - RM197
Collagen powder - RM298

Antara produk PREMIUM adalah berharga antara RM400 ke RM500, sebagai contoh

Vivix - RM475
ResV - RM510

Tapi anda kena ingat, ini semua adalah HARGA RETAIL atau HARGA JUAL, bukan harga ahli. Harga ahli jauh lebih murah, paling murah adalah sebanyak 21% lebih murah. Sebab itu saya selalu rekomen pada customer untuk daftar sebagai ahli, untuk menikmati penjimatan yang sangat berbaloi !

Saya share sedikit harga ahli dalam gambar-gambar di bawah untuk makluman anda










Okay now kita akan pergi lebih details, KENAPA HARGA SHAKLEE MAHAL 😉

1) Penjimatan penggunaan

Setiap satu produk Shaklee mempunyai kuantiti yang berbeza mengikut bulan. Ada yang tahan sebulan, ada yang tiga bulan, dan yang paling lama tahan adalah 6 bulan ! Berbaloi kan?

Contoh macam Vitamin C, satu botol berharga RM97 dan harga ahli cuma RM78, dah jimat RM19 lepastu tahan 6 bulan tau. Jadi sebulan anda cuma labur dalam RM13-RM16 sahaja. Jimat sangat ni !

Contoh lagi macam Esp, satu tong RM161, harga ahli RM129, dah jimat RM32, lepastu tahan 2-3 bulan. Jadi sebulan tu anda cuma labur RM43-RM53 sahaja

2) Material yang berkualiti

Shaklee menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, yang semulajadi dan bebas dari kandungan berbahaya. Lihat sahaja contoh terbaik Vivix, bahan yang digunakan adalah dari bahan gred tinggi, salah satunya ialah Anggur Muscadine. Memiliki 20 kromosom yang memberi lebih banyak faedah kesihatan.

Shaklee siap patenkan tau cara pembuatan Vivix ni supaya syarikat lain tak boleh tiru.

BACA JUGA : SEJARAH SHAKLEE

3) Kajian Terperinci

Tahu tak yang lebih 83,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun. Malah sebanyak 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru juga dijalankan oleh saintis-saintis hebat Shaklee.


4) Pelaburan tinggi demi kesihatan

Shaklee telah melaburkan sekurang-kurangnya USD 300 juta dalam Research & Developement (R&D). Sebanyak 100 kajian klinikal telah diterbitkan, 55 paten dan Shaklee juga telah melakukan Landmark Study kerjasama dengan University of California Berkeley.


5) 50 tahun di pasaran

Shaklee telah berdiri teguh selama lebih 50 tahun demi menghasilkan Vitamin yang berkualiti dan berkesan. Semakin ramai orang yang mempunyai kesihatan yang lebih baik dengan pengambilan vitamin Shaklee yang konsisten.

Jadi boleh bayangkan syarikat yang dah bertapak dari 1956, sampai sekarang masih teguh, bayangkan betapa berbaloi dan jimatnya anda berlabur pada produk Shaklee untuk kesihatan.


Jadi ini serba sedikit kenapa harga Shaklee dikategori sebagai mahal, walaupun tak semua mahal sebenarnya. Percayalah, lebih baik mencegah dari mengubati ☺️

Kalau anda ada mencari produk Shaklee untuk kesihatan, boleh contact saya di WHATSAPP

Asilah 0197467892
Agen Sah Shaklee
Fb : Asilah Bakri
Instagram : mobilespabyab

Sunday, September 27, 2020

Cara hilangkan biji kolestrol bawah mata

Kadang geram kan bila tengok kat cermin ada banyak biji atau bintik kolestrol dekat bawah mata ataupun atas mata. Rasa macam sangat tua bila ada biji-biji ni kat muka.

Dia buatkan kita rasa macam nak cungkil atau korek je biji ni macam jerawat, dengan harapan dia akan keluar 'nasi' and hilang, macam jerawat.

Tapi kena ingat ya biji kolestrol ni tak sama macam jerawat. Biji kolestrol ni dia akan keluar dekat kelenjar-kelenjar kita.

Bilamana badan kita mempunyai kandungan kolestrol jahat yang tinggi, dia akan mula terkumpul dan berbentuk seperti biji kecil yang akan keluar menjadi benjolan kecil melalu kelenjar kita.

Bila dah nampak kehadiran biji-biji kolestrol ni, memang dah tanda bahawasanya badan kita tak sihat. Tak sihat akibat kandungan kolestrol yang tinggi.


Tau kan kalau kolestrol tinggi sangat bahaya? Lemak-lemak degil apa semua tu boleh mengundang banyak penyakit yang tidak baik untuk kita.

Kita pernah dapat satu customer spa dulu, yang ada banyak biji/bintik kolestrol bawah mata. Jadi saja lah borak dengan akak tu, apa cara yang dia ambil untuk kurang atau hilangkan biji ni?

Akak tu kata, dia pergi satu klinik ni, tapi satu kali sesi dah cecah RM1000 ! Lepastu doktor tu kata, nak hilangkan tak boleh dengan satu sesi je, kena banyak kali repeat sesi. Oh my, that is a lot of money! Bayangkan kalau dah 10 kali sesi dah RM10,000 !

Terasa macam, mak aih mahal betul servis nak hilangkan biji kolestrol ni 😅

Tapi, korang tau tak ada cara yang lebih affordable, untuk bantu kurangkan masalah biji-biji ni?



Dengan Omega Guard Shaklee, insya Allah boleh bantu !

Macam mana?

Okay, macam kita explain awal tadi, biji kolestrol hanya akan keluar bila kandungan kolestrol kita dah terlalu tinggi dalam badan.

Kandungan kolestrol jahat nama dia LDL (Low-density lipoprotein) adalah kolesterol yang akan selalunya ada pada pembuluh darah arteri, membentuk plak yang membuat arteri menjadi sempit dan kurang fleksibel (aterosklerosis). Kondisi inilah yang sering menyebabkan penyakit jantung koroner dan stroke.



Jadi Omega Guard merupakan sumber omega-3 dari ikan kecil, yang boleh bantu menurunkan paras kolestrol jahat. Omega-3 ni antara minyak ikan yang memang diperlukan oleh badan, sangat penting.

Bila konsisten makan Omega Guard ni, insyaAllah paras kolestrol akan terjaga anddd biji/bintik kolestrol pun akan berkurangan.

Berapa harga sebotol Omega ni?

Tak mahal pun, hanya RM137 sahaja sebotol ada 90 capsules. Sebiji jatuh RM1.50 sahaja. Bayangkan kalau spend RM1000 untuk satu sesi tu, boleh dapat dalam 10 botol Omega Guard tau hehe lagi lah berbaloi, tahan 10 bulan punya stok tau. Lagi best hehe





Nak hilangkan biji kolestrol tak? Dengan harga yang lebih murah lagi?

Meh contact kita ☺️

Asilah 0126714589
Agen Sah Shaklee 1267957

KLIK SINI UNTUK WHATSAPP

Monday, September 14, 2020

Kajian Telomere Vivix | Shaklee Shah Alam



Kajian Telomere Vivix | Kalau search tentang Vivix, pasti akan ada banyak yang kaitkan dengan kesihatan sel dan juga DNA. Apa kaitannya?

Telomere ni adalah satu "pelindung" atau "cap" pada hujung kormosom DNA kita. Telomeres mempunyai tugas yang sangat penting iaitu MELINDUNGI DNA KITA DARI KEROSAKAN.

Telomere ni, contohnya macam ni, kalau tali kasut dekat hujungnya ada macam pelindung plastik kan? untuk pastikan tali tidak terburai mahupun rosak/koyak. Sama juga dengan Telomere, ianya untuk pastikan sel kromosom kita tidak rosak mahupun musnah.

Apabila kita dilahirkan, secara semulajadinya, kita semua mempunyai Telomere yang panjang. Telomere ni boleh didapati dalam kromosom kita. Tetapi ianya boleh jadi semakin pendek dengan cepat seiring usia yang bertambah.

Bila kita makin tua, kepanjangan telomere akan memendek. Bahaya ke kalau telomere jadi pendek dan terus memendek?

Apabila Telemore semakin pendek, sel-sel badan kita tak dapat nak berfungsi dengan baik, lalu menyebabkan sel kita mudah rosak / musnah.

Telomere merupakan satu bahagian penting sel manusia yang mempengaruhi bagaimana sel badan anda meningkat usia. Mereka dilihat sebagai penanda untuk meramal kesihatan seseorang dalam perlanjutan usia. Sebahagian dari proses penuaan, sel kita akan membahagi, dan setiap kali ianya membahagi Telomere akan jadi semakin pendek dan membuatkan sel tidak aktif, berhenti daripada pembahagian dan seterusnya mati – menyebabkan penurunan kesihatan. Selain itu, telomere juga akan memendek apabila terdedah kepada keradangan, toksin-toksin alam sekitar, sinaran UV, stress dan diet yang kurang elok.

Sebab tu bila kita lihat mereka yang sudah lanjut usia, mengalami banyak penyakit, kerana Telomere sudah takde untuk melindunga sel-sel badan.

Dengan Telomere yang pendek, peluang penuaan awal dan mendapat penyakit lebih tinggi. Pembentukan penyakit-penyakit berkaitan penuaan seperti diabetes, kanser, penyakit jantung, dan nyanyuk juga hasil daripada pendeknya telomere. Secara ringkasnya, lebih panjang Telomere anda, lebih tinggi peluang untuk hidup lebih lama dan sihat.



Boleh ke Telomere ni kekal panjang?

Tahukah anda Telomere yang lebih baik dan lebih panjang adalah rahsia kepada awet muda, bukan sahaja pada luaran tetapi juga dalaman.

Dengan pengambilan kandungan tinggi POLIFENOL dengan konsisten, anda mampu untuk melindungi sel-sel dari radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan. Polifenol merupakan kandungan anti oksidan yang tinggi, yang sangat bagus untuk kesihatan sel-sel badan.

Khasiat polifenol ni sudah dibuktikan dalam kajian Telomere oleh Shaklee. Shaklee buat kajian pada dua kumpulan selama 5 tahun, mereka yang mengambil supplemen Shaklee termasuk Vivix, dengan mereka yang sihat bukan perokok yang hidup dalam Wilayah Teluk San Franciso (Bay Area). Kajian telah menunjukkan yang pengguna-pengguna Shaklee mempunyai Telomere yang nyata lebih panjang.

Hasil Kajian Shaklee



Hasil kajian yang pertama, yang dijalankan oleh Shaklee, menunjukkan bahawa, bagi mereka yang mengambil supplemen tambahan seperti Vivix secara konsisten, dapat mengurangkan kadar pemendekkan telomere pada kadar 40% !

Hasil kajian yang kedua, Pengguna Shaklee yang mengambil Vivix mempunyai 11% peningkatan Telomere berbanding yang tidak mengambil Vivix.

Bukti klinikal anda boleh hidup lebih muda dan lebih sihat > Kajian Telomere

Nak order sebotol Vivix? Contact saya

Asilah 0126714589

SID 1267957

WHATSAPP LINK

Sunday, May 03, 2020

Biografi Dr Forest C. Shaklee


Kenali lebih rapat siapa Pengasas Syarikat Shaklee:

1- Syarikat Shaklee diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee  pada tahun 1956 ketika beliau berusia 61 tahun.

2- Dr. Forrest C. Shaklee lahir pada bulan November 1894 di Carlisle, Iowa.

3- Mempunyai seorang abang Ralph yang lahir pada tahun 1889, dan seorang adik perempuan Cecily yang lahir pada tahun 1897.

4- Semasa beliau dilahirkan , beliau disahkan mengidap Tuberculosis ( batuk kering ). Waktu tu, penyakit TB tiada ubat, sama seperti penyakit kusta. Dan perlu dibuat pengasingan atau kuarantin

5- Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja.

6- Punca penyakit beliau adalah disebabkan persekitaran tempat tinggal beliau di Iowa yang berdebu, kotor & tercemar (Iowa adalah bandar perlombongan arang batu).

7- Ketika dilahirkan, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hidup. Berulang kali beliau terpaksa dibantu dgn bantuan pernafasan sehingga pakar yg merawat berkata:

" The case is hopeless. This baby cannot be expected to live long. His short life will be living death"

8- Tetapi ibu & ayah Shaklee tidak berputus asa. Mereka kemudian berpindah ke utara Iowa kerana mereka percaya, rawatan terbaik untuk batuk kering adalah Udara yang bersih & rehat yang mencukupi.

9- Dr Shaklee diberikan diet makanan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan herba. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan.

10- Inilah zaman pemulihan beliau. Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam pembesaran beliau.

11- Ibu & ayah Shaklee tidak boleh menerima pendapat doktor bahawa anak mereka akan mati. Bagi mereka, selagi Shaklee bernafas, beliau mempunyai harapan untuk hidup.

12- Dan akhirnya pada umur 4 tahun, beliau boleh duduk dengan sendirinya!

13- Selama 10 tahun Shaklee meluangkan masa dengan berehat dan memerhati alam sekitar & haiwan.

Quotes yang sangat digemari Shaklee:

" Animal watch for for the signals and listen to the voice of nature, while men have forgotten how to read or listen to them."

14- Shaklee mula berfikir kenapa beliau boleh sihat dan hidup lagi sedangkan doktor kata dia tidak dapat hidup lama. Kerana keyakinan & kesungguhan ibu ayah beliau yg percaya dgn kuasa penyembuhan semulajadi.

Beliau melihat, bagaimana Ibunya menggabungkan banyak herba terpilih ke dalam pemakanan beliau. Ibunya juga turut mengurut seluruh badan kecil Shaklee berulang kali dengan minyak dan ramuan herba.

15- Dari sini, timbul minat Shaklee terhadap ilmu sains Chiropractic. Beliau yakin, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi.

" Living in Harmony with Nature® ".

Sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.

16- Shaklee kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

17- Sewaktu menjadi Chiropractic Practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.

18- Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea (means sebelum syarikat Shaklee tertubuh, Vitalea telah wujud. And it's already 105 years tercipta!).

#Note: Asal usul perkataan "vitamin" adalah dari VITAlized MINerals. Ia mengikut huruf yg awal setiap perkataan. Vitalea adalah multivitamin pertama didunia. Dan ianya hasil ciptaan dari Dr Forrest C Shaklee pada usia 21 tahun.

19- Pada tahun 1917, Shaklee berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada Chiropractors, malah Osteopaths, Internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

20- DR FORREST DIUJI DENGAN KANSER - ketika menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau

21- Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

22- Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’.

Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.

23- Shaklee MELAWAN KANSER DENGAN CARA SEMULAJADI melalui nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya, penyembuhan akan berlaku sekiranya beliau terus berfikiran positf dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

24- Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

25- Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.

26- Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi,

“When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.

27- Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

28- Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan mendapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

29- Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

30- Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di San Francisco dan Oakland

31- PENUBUHAN SHAKLEE CORPORATION - pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan supplement. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan supplement.

32- Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, Shaklee percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

33- Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement , Dr. Shaklee memberitahu anaknya,

“Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain”.

"Teach Others To Teach Others"

34- Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadi pioneer kpd konsep direct selling untuk produk suplemen. (Dan kemudian konsep ini menjadi satu fenomena pada hari ini & diikuti oleh banyak company2 direct selling yg lain).

Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.

35- Keluarga shaklee menubuhkan syarikat mereka bukan untuk mendapatkan keuntungan yang banyak tetapi lebih untuk membantu orang hidup dengan lebih sihat.

36- Syarikat Shaklee berpegang kpd 2 asas:

PERTAMA:

Dr Shaklee mahu setiap produk mereka mesti menjadi yang terbaik seumpanya dan memenuhi keperluan sebenar, bukan hanya diletak di atas rak.

KEDUA:

Beliau tahu perbualan secara peribadi adalah cara terbaik untuk menerangkan faedah kesihatan dengan cara pencegahan.

Dr Shaklee percaya dgn konsep:

"We teach few people, and the people will teach few more"

Dr Forrest Shaklee tak nak produk Shaklee dijual secara retail.

Dia nak, produk Shaklee disampaikan heart-to-heart, one person to another.

Perlu ada good consultation, perlu ada good explanation.

Dr Forrest Shaklee nak, ilmu nutrisi ini disebarkan ke seluruh Dunia

Ye, supaya people aware ttg Nutrisi dan bagaimana Nutrisi yg tepat, dapat membantu menghalang penyakit.

Dr Shaklee tak mampu nak ajar semua orang, sebab tu, dia come out dgn bisness method iaitu multi level marketing.

" Kita akan mengajar beberapa dan mereka akan mengajar orang lain untuk mengajar orang dan untuk mengajar orang lain."

Jadi orang-orang Shaklee menyampaikan kebaikan supplement dengan cara bercakap dengan orang di serata California, bertempat di stesen kereta kuda Plymouth sebagai pusat pengedaran mereka.

Mereka bercakap, orang mendengar dan memberitahu orang lain.

Walaupun tanpa "jurujual" yang formal, mesejnya tersebar luas.

Pasukan bapa dan anak ini telah mencipta beratus ribu pergerakkan akar umbi dan melahirkan sebuah syarikat yang hari ini bernilai USD$ 500 JUTA.

37- Pada tahun 2004, Billionaire Roger Barnett mengambil alih syarikat Shaklee (setelah 48 tahun) apabila melihat bagaimana produk Shaklee membantu kesihatan anak lelaki sulong mereka yang sembuh dari asma setelah mereka bertukar kpd produk Shaklee.

Nak tahu kisah Roger pula, boleh baca di LINK INI

xoxo,
Asilah
WHATSAPP
FACEBOOK
INSTAGRAM

Fungsi Lecithin Shaklee untuk Kurus


Topik Hari Ini

Fungsi Lecithin Shaklee Untuk Kurus

Apabila disebut Lecithin Shaklee ramai yang mengenalinya untuk produk kuruskan badan.

Jadi kita akan menjelaskan kepada korang yang Lecithin bukan hanya untuk kurus sahaja. Malah ia juga baik untuk kesihatan.

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang berupaya menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman.

🌟 APAKAH ITU LECITHIN?

Lecithin adalah sejenis molekul lemak (phosphatidylcholine) yang terdiri daripada inositol dan choline yang terdapat dalam sel hidup.

Ia disebut sebagai bermanfaat untuk banyak penyakit, termasuk masalah pundi hempedu, penurunan memori yang berkaitan dengan Alzheimer dan melegakan arthritis, menurut Vanderbilt University.

Badan kita menghasilkan phosphatidylcholine dari choline, tetapi choline mesti berasal dari sumber makanan, seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan, soya, produk tenusu dan telur.

Untuk makluman korang, Lecithin sebenarnya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan tapi hakikatnya ia sangat penting untuk badan anda.


🌟 Kesistimewaan Leicthin Shaklee

Ia diekstrak daripada kacang soya organik. Setiap kapsul lecithin mengandungi 518 mg Lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol

🌟 FUNGSI LECITHIN SHAKLEE

1. Pengemulsi Lemak Semulajadi

Fungsi Lecithin Shaklee adalah sebagai pengemulsi semulajadi yang bertindak menarik lemak di dalam air seterusnya membantu membuang sebahagian lemak makanan yang tidak diingini melalui proses penghadaman.

2. Mengawal Sebahagian Kolesterol Dan Lemak

Fungsi Lecithin Shaklee adalah mengawal sebahagian kolesterol dan lemak dalam sistem kardiovaskular daripada melekat pada dinding arteri.

Lecithin adalah fosfolipid utama yang beredar dalam plasma, menjadi komponen integral dari kolesterol HDL iaitu kolestrol baik.

Komponen utama Lecithin iaitu choline, membantu mencerna lemak, memindahkan buangan dan nutrien masuk dan keluar dari sel dan mengekalkan fungsi penting tubuh, menurut Huntington College of Health Sciences.

3. Membantu Fungsi Sel Tubuh

Lecithin terdapat pada membran-membran sel, memastikan fungsi sel normal dan penting untuk mengangkut kolesterol dengan selamat melalui aliran darah.

Phosphatidylcholines adalah kumpulan phosopholipids yang juga mengandungi choline. Phospholipid terlibat dalam lipid bilayer sel, mengawal selia nutrien yang boleh masuk dan keluar dari sel.

Di samping itu, choline terlibat dalam penghasilan acetylcholine, iaitu sejenis neurotransmitter.

Inositol adalah karbohidrat yang juga terlibat dalam isyarat sel, khususnya untuk isyarat  penghasilan insulin dan juga boleh terlibat dalam ekspresi gen.

4. Membantu Penyakit Hati Berlemak

Hati kita menggunakan Lecithin dari makanan untuk membawa choline ini ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Dalam ujian haiwan, kolin juga dilihat melindungi hati daripada penyakit hati berlemak.

5. Minda Yang Cergas

Lecithin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh anda, yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.

Fungsi Lecithin Shaklee, untuk sistem saraf, menghasilkan asetilkolina, yang memainkan peranan penting dalam pembentukan dan kecergasan otak, tidur, ingatan dan pembelajaran.

Lecithin biasanya merupakan fosfolipid paling banyak di kedua-dua sel tumbuhan dan haiwan. Ia boleh membentuk hampir 50% daripada jumlah kandungan phospholipid.


🌟 Lecithin Shaklee – Lemak Sihat Yang Anda Perlukan

1. Menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Lecithin Shaklee diambil bersama makanan untuk membantu  proses penghadaman lemak.

2. Lecithin ditukar menjadi asetilkolina yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh yang sihat dan meningkatkan kecergasan otak

3. Menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga, meningkatkan metabolisma seterusnya membantu mereka yang nak kurus.


Ada yang nak kurus untuk RAYA ni? Boleh whatsapp kita untuk makluman lebih lanjut 🙂

xoxo,
Asilah
0126714589
FACEBOOK
INSTAGRAM

Anemia dan Cadangan Suplemen


Hari ni kita nak share

ANEMIA DAN CADANGAN SUPLEMEN

Tadi kita google pasal anemia, kebetulan ada customer tanya apa yang boleh bantu untuk tingkatkan bacaan HB

Jadi terdetik nak berkongsi ilmu pasal anemia atau masalah kekurangan darah merah, dan selitkan berkenaan cadangan suplemen yang boleh korang amalkan untuk mengelakkan masalah anemia berlaku.

Untuk hari ini kita cuba fokuskan perkongsian mengenai anemia disebabkan kekurangan zat besi.

So basically anemia ni adalah masalah kekurangan darah merah. Kadang-kadang ada juga pesakit yang merujuk anemia sebagai kekurangan hemoglobin (HB)


So, apa itu Hemoglobin?

Hemoglobin adalah molekul protein di dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen dari paru-paru untuk dihantar ke seluruh tubuh dan juga mengangkut karbon dioksida balik ke paru-paru untuk dilepaskan keluar tubuh.

Hemoglobin terdiri dari 4 rantaian globin (2 alpha dan 2 beta) dan di setiap rantaian globin ini ada zat besi.

Zat besi ini memberikan warna kepada sel darah merah kita. Selain mengangkut oksigen dan karbon dioksida, hemoglobin juga berfungsi untuk memberikan bentuk yang normal kepada sel darah merah.

Bentuk yang seakan-akan donut dengan bahagian tengah yang lebih nipis dapat membantu sel darah merah mengalir dengan baik di saluran darah.


So macam mana doktor menentukan seseorang tu mempunyai masalah anemia?

Doktor akan melakukan saringan ujian darah Full Blood Count (FBC). FBC adalah ujian darah untuk melihat profil darah dalam badan. Melalui FBC ni, kita boleh mengetahui jumlah hemoglobin di dalam darah seseorang itu.

Kalau jumlah hemoglobin kurang dari 12 bagi wanita, kurang dari 13 bagi lelaki dan bagi wanita mengandung kurang dari 11 maka mereka mempunyai masalah anemia.

Tidak cukup hanya mengetahui sebatas jumlah hemoglobin dalam rawatan anemia. Untuk memberikan rawatan doktor perlu mengetahui penyebab anemia berlaku.

Doktor biasanya akan melakukan ujian lanjut untuk mengetahui penyebab anemia seperti kekurangan nutrisi zat besi, vitamin B12 dan asid folik. Doktor akan melakukan ujian darah yang dinamakan iron study bagi melihat jumlah zat besi di dalam darah, feritin (jumlah protein yang menyimpan zat besi) dan transferin (jumlah protein yang mengangkut zat besi).

Apabila jumlah bagi ketiga-tiga molekul tersebut di dalam darah rendah daripada nilai normal maka pesakit tersebut menghidap anemia disebabkan kekurangan zat besi atau Iron Deficiency Anemia (IDA).

Selain itu, kekurangan vitamin B12 dan asid folik juga boleh menyebabkan masalah anemia. Seperti masalah IDA, untuk menentukan masalah anemia disebabkan kekurangan vitamin B12 dan folik asid adalah dengan mengambil darah untuk melihat jumlahnya di dalam badan.


🌟 Jadi apa yang menyebabkan anemia selain masalah nutrisi?

Selain dari masalah kekurangan nutrisi, ada banyak lagi faktor penyebab kepada anemia.

Antaranya adalah:

1) Kehilangan darah samada disebabkan kemalangan, pembedahan, kanser atau luka disebabkan penyakit seperti ulcer di perut
2) Masalah pada bone marrow atau sum-sum tulang seperti kanser darah
3) Gangguan ketika proses pembentukan sel darah disebabkan ubat kemoterapi.
4) Masalah kegagalan buah pinggang
5) Masalah genetik seperti thalasemia

🌟 Apakah tanda/gejala anemia?

Anemia boleh detect dengan banyak gejala dan kadang-kadang gejala ini dianggap perkara biasa oleh ramai orang seperti mudah letih, mudah rasa lesu, tidak bermaya, wajah tidak berseri atau pucat, sering sakit kepala dan pening kepala, luka yang lambat sembuh, rambut yang senang luruh dan kuku yang tidak cantik.

Selain itu, masalah anemia yang teruk jika tidak dirawat akan menyebabkan kerosakkan organ lain seperti jantung (susah nafas, jantung berdebar, sakit dada), otak (selalu pitam/pengsan dan koma dan kerosakkan buah pinggang.


🌟 Bagaimana cara untuk mengelakkan anemia?

"Prevention is Better Than Cure" adalah paling tepat untuk merawat masalah anemia. Amalan diet yang mempunyai zat besi, vitamin B12 dan asid folik penting untuk diambil setiap hari.

Zat besi boleh dapat dari sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis.

Zat besi dari sumber sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan.

Kalau korang merupakan seorang vegetarian, dan berkemungkinan mendapat zat besi dari sumber tumbuhan, korang kena pastikan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin C sebagai enhancer untuk membantu penyerapan zat besi dari tumbuhan.

Antara yang korang boleh amalkan seperti jambu batu, limau, betik, mangga, tomato, epal dan pelbagai jenis beri.

Selain itu, bagi meningkatkan lagi penyerapan zat besi dari makanan, korang dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai bahan penghalang penyerapan zat besi seperti minuman berkafein seperti kopi dan nescafe, teh, minuman bercoklat, minuman bercola dan minuman atau makananan berkalsium seperti susu.

🌟 Rawatan anemia bergantung kepada penyebab anemia

Pesakit anemia usually disebabkan kekurangan zat besi, vitamin B12 dan asid folik boleh mengambil suplemen yang mengandungi nutrisi-nutrisi tersebut.

Disini saya mencadangkan beberapa suplemen yang korang boleh amalkan antaranya:

1) ZAT BESI
Kita cadangkan korang yang mengalami masalah anemia boleh ambil Vitalea. Vitalea merupakan multivitamin pertama di dunia yang dihasilkan oleh Shaklee dan juga mempunyai zat besi.

Zat besi di dalam vitalea adalah mudah diserap, dan tidak menyebabkan najis berwarna hitam dan sembelit serta tiada metallic taste yang biasa membuatkan rasa loya dan tidak selesa pada perut.


2) VITAMIN C
Pengambilan vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi terutamanya bagi korang yang vegetarian atau kurang makan makanan yang tinggi vitamin C.

Cadangan kita ialah sustained release vitamin C dari shaklee yang mempunyai teknologi pelepasan vitamin C secara berperingkat sejam demi sejam untuk memastikan vitamin C diserap secara optimal.


3) VITAMIN B12 dan ASID FOLIK
Kedua-dua nutrisi ini korang boleh dapatkan dari suplemen B complex dari shaklee. Selain baik untuk pembentukkan sel darah merah yang normal, vitamin B juga membantu proses metabolisma makanan untuk membentuk tenaga dan saraf berfungsi dengan baik.


4) PROTEIN
Selain nutrisi utama seperti zat besi, vitamin B12 dan asid folik, protein juga memainkan peranan dalam pembentukan molekul hemoglobin di dalam darah merah.

Protein juga merupakan komponen penting untuk menyimpan dan mengangkut zat besi di dalam tubuh. Maka pengambilan protein yang baik tidak boleh dipandang remeh.

Protein soya dari ESP Soy Protein Isolate Powder adalah cadangan kita. ESP membekalkan protein soya tulin, tanpa pengawet, bersifat non-GMO serta mengandungi asid amino yang essential untuk tubuh.


Pengambilan protein dari soya diakui mampu menurunkan kolestrol di dalam badan dan mempunyai skor protein yang berkualiti tinggi.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk kita semua terutamanya kepada anda yang mempunyai masalah anemia

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan masalah anemia dan cadangan suplemen yang diberikan, korang boleh cari kita ☺️

xoxo,
Asilah Bakri
0126714589
FACEBOOK
INSTAGRAM

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...