Wednesday, February 15, 2023

Masak Apa Hari Ni : Resepi Mee Hoon Goreng Putih



Masak Apa Hari Ni : Resepi Mee Hoon Goreng Putih | Assalammualaikum buat semua para pembaca hari ni. Semoga apa yang diusahakan, dipermudahkan urusan. Aminn.

Alright, hari ni menu nak makan meehoon. Last time masak, meehoon goreng merah. Kali ni kita buat style masak goreng putih, ala-ala style macam meehoon goreng singapore. Tapi saya olah sikit ikut apa bahan yang ada dekat rumah hehe

Macam biasa, cara mudah nak lembutkan meehoon, adalah dengan rendam satu malam. Before tidur, rendam dulu meehoon, esok pagi nak masak, ia dah lembut, jadi mudah nak masak.

First, I akan tumbuk dulu bawang putih, cili api, udang kering dan blackpepper . Lately ni rasa suka pula pakai lesung batu dok tumbuk-tumbuk. Selalunya pakai handchopper je. Tekan je on. Hehe. Kali ni kita manual je.




Dalam kuali, panaskan minyak, kita goreng dulu isi ayam. Isi ayam ni I perapkan sekejap dengan kicap cair, serbuk blackpepper and tepung jagung. Lepastu goreng dan asingkan.

Lepastu goreng pula telur sebiji, dan asingkan.

Now, kita tumis bahan yang dah ditumbuk tadi sampai naik bau and wangi, owh ya, I tambah juga sedikit bawang holland. Ada lebihan separuh dari masakan semalam. Buat ada rasa manis-manis sikit.

Lepas dah siap tumisan, masukkan meehoon, and gaul rata, masukkan ayam dan telur, last sekali I masukkan sayur pakchoy. Ada satu comel je dalam peti. Maka marilah kita habiskan sayur tersebut,

Test rasa sikit tengok apa yang kurang, and perasakan siap-siap garam, gula dan perasa. And siap !!

Owh ya sebelum makan meehoon, I akan minum dulu my protein shake dari Shaklee, namanya Cinch Shake perisa chocolate. Sedap sangat. Cinch ni bantu I untuk kurangkan craving makan banyak sangat. Plus, bagi I supplement protein tambahan untuk cukupkan intake protein for the day. Almaklumlah, pemakanan kita sekarang ni nutrisi nya sudah kurang. Jadi memang kena tambah dengan supplement.




Everyday lepas makan, I memang takkan lupa ambil Vitamin C Shaklee. Sebab sekarang ni kan musim-musim hujan, musim orang demam batuk selsema. Jadi ni adalah salah satu cara untuk pastikan I tingkatkan imun sistem dalam badan. Supaya tak mudah jatuh sakit. Nanti susah nak bekerja.

Murah je Vitamin C Shaklee ni, satu botol ada 180 biji, tahan 6 bulan dan hanyalah RM92. Murah sangat, sebiji jatuh 52 sen sahaja. Jimat bukan?

Okay lah ini saja sharing I untuk hari ni, semoga resepi ni dapat membantu you untuk masak for family. Jumpa lagi dalam next entry :)




——————————



Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam

No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...