Friday, February 10, 2023

Masak Apa Hari Ni : Nasi Goreng Merah dan Ayam Masak Sos Tiram Pedas


Masak Apa Hari Ni : Nasi Goreng Merah dan Ayam Masak Sos Tiram Pedas
| Alhamdulillah, Syukur Ya Allah, hari ni hari yang indah. Hari yang baik-baik sahaja hendakNya. InsyaAllah. Semoga para pembaca dikurniakan rezeki yang melimpah, Aminnn.

Pagi ni I masak nasi goreng merah guna lebihan sambal ayam semalam. Semalam buat sambal ayam kentang kan, tapi sambal dia banyak sangat hehe selalu ada masalah nak bajet berapa banyak tumisan cili blend yang diperlukan untuk masak menu dua orang makan hehe



Maka extra sambal tu, I ambil sikit buat paste untuk nasi goreng merah. Hari ni punya cara, I ubah sikit. I goreng dulu isi ayam bagi garing sikit, and then asingkan and goreng pula telur bagi masak. Selalu telur and ayam ni masak sekali dalam paste cili, tapi hari ni rasa nak tukar cara masak.

Dah settle ayam and telur, asingkan, and then tumis sambal sikit. Tak habiskan semua sebab banyak sangat untuk nasi yang tak seberapa tu. Kang jadi nasi goreng sambal pulak haha

Alhamdulillah bila dah perasa garam and Knorr Pasti Sedap, sedap dah nasi. Just nice gorengannya. Husband punya ada sekali ayam goreng Lotus, but for me, kosong je sebab rasa isi ayam tu dah penuh isi dalam nasi goreng.




Untuk malam ni, I decide nak masak Ayam Masak Sos Tiram Pedas resepi dari Che Nom. Ayam dah keluar awal, cuma tak tahu nak masak menu apa. Jadi buka youtube tengok profile Che Nom, apa menu boleh masak today.

Menu ayam ni simple sangat. Sos tiram and kicap je. Bawang and cili api tu memang wajib lerrr hehe. Cuma nak cakap bahan ni memang confirm ada dekat setiap rumah kan. Jadi you pun boleh gak masak menu ni, kalau dah tak tahu nak masak apa.

Ni bahan yang digunakan untuk masak Ayam Masak Sos Tiram Pedas :

Isi ayam or ayam parts (perap dulu dengan sos tiram, kicap air dan tepung jagung). Then goreng, asingkan.

Tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris, cili api sikit untuk pedas. Sampai naik bau.

Then masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis dan tambahkan air sikit kalau nak berkuah.

Serious cakap, menu ni sangat mudah tapi sangat sedap !

Cara-cara masak and details bahan yang digunakan boleh tengok dekat Youtube Che Nom.

——————————


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...