Thursday, February 09, 2023

Intermitten Fasting : 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu


Intermitten Fasting : 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu
| Intermitten Fasting atau kita panggil mudah as IF, is actually salah satu cara pengawalan intake makanan yang lebih kurang macam kita berpuasa, bezanya adalah IF boleh minum tapi tak boleh makan, tapi puasa tidak boleh dua-dua, makan atau minum.

Intermitten Fasting ni actually salah satu cara yang digunakan untuk mereka yang baru bermula nak kurangkan pengambilan makanan dan minuman seharian. Bagaimana IF membantu dalam kawalan pengambilan? Okay dia macam ni, program Intermitten Fasting ni, dia ada masa yang membenarkan kita makan, dan ada masa yang kita kena berpuasa.

Sebagai contoh, ada beberapa slot masa yang kita boleh cuba untuk lihat slot window mana yang sesuai dengan body kita untuk memulakan proses Intermitten Fasting. Yang paling famous sekali ialah 12:12. Bermaksud disini 12 jam boleh makan, then 12 jam kena berpuasa.

Nak mudah faham, boleh tengok macam ni : 

Dari pukul 7 pagi sampai 7 malam > slot window makan, means boleh makan pada waktu ini tapi still dalam kuantiti yang berkurangan, jangan pula makan macam biasa dan berlebihan. Sebab kita kan dalam proses nak mengurangkan intake makanan.

Dari pukul 7 malam sampai 7 pagi esoknya > slot waktu untuk berpuasa. Tak boleh makan apa-apa kecuali minum air sahaja. Dan air pula, hanyalah air kosong/masak. Tak kira sejuk/suam atau panas, janji air kosong sebab 0 kalori.

Okay, sampai sini boleh faham ke? Jika boleh, kita teruskan dengan basic 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu bila nak bermula untuk buat diet Intermitten Fasting.




Intermitten Fasting : 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

1. Perkara yang paling WAJIB yang perlu anda buat sebelum memulakan IF ialah, baca dan cari dulu info dan pengetahuan tentang Intermitten Fasting. 

Dengan membaca, anda akan lebih faham tentang progress dan proses untuk memulakan IF buat diri anda. Kena fahami apa yang boleh dan tidak boleh dahulu supaya proses Intermitten Fasting anda dapat dilakukan dengan berjaya.

2. Set NIAT yang betul. 

Niat ni actually very subjektif. Anda boleh berniat nak kurus, nak sihat ataupun nak pastikan kesihatan anda lebih baik. Ikhtiar dulu niat anda untuk kenapa anda nak buat IF.

3. Pilih masa yang sesuai untuk anda. 

Untuk permulaan ini 12:12 adalah pilihan yang terbaik untuk beginners. Tetapi ada juga masa lain yang boleh anda cuba apabila masa pilihan 12:12 sudah serasi dengan diri. Antaranya ialah :

12 jam puasa, 12 jam makan

14 jam puasa, 10 jam makan

16 jam puasa, 8 jam makan

18 jam puasa, 6 jam makan

20 jam puasa, 4 jam makan

4. Pentingnya AIR MASAK/MINERAL, dalam menjalani program Intermitten Fasting

Air masak ni ianya 0 kalori, bermaksud minum banyak pun takkan menganggu kenaikan berat badan atau kacau bacaan gula dalam darah. Air masak sangat bagus untuk pastikan body hydrates dan cukup untuk menjalani hari-hari dalam sesi Intermitten Fasting. Kalau tak cukup air, body akan rasa sangat lemah dan boleh jadi sakit kepala dan menggangu masalah pencernaan. Nanti bila IF anda tak jadi, mula lah anda rasa tak best pula. Sayang kan kalau tak cukup water intake?

5. Kurangkan pengambilan makanan dalam food window.

Pada waktu masa yang dibenarkan untuk makan, sebaiknya kurangkan jumlah pengambilan makanan tidak seperti biasa. Sebagai contoh, jika hidangan untuk nasi biasanya adalah 1 cawan, untuk program Intermitten Fasting ni boleh cuba kurangkan jadi 1/2 cawan. Bagi memudahkan proses IF berjalan dengan lebih baik. Ini saya kongsikan apa yang saya pernah makan masa melalui program IF tahun ini :

Breakfast (7 pagi) : Saya ambil roti dan telur beserta ESP/CINCH dari Shaklee untuk pastikan saya kenyang lebih lama dan memastikan body still ada intake protein.

Tengahari (12-1 tengahari) : Boleh makan nasi dan lauk macam biasa hanya portion sahaja perlu dikurangkan.

Petang (6 petang) : Saya akan minum lagi sekali ESP/CINCH untuk menggantikan snacking atau dinner.

Malam (7 malam - 7 pagi) : Proses Intermitten Fasting pun bermula sampai esok pagi.

6. Boleh download any apps yang berkaitan IF atau boleh juga buat alarm as reminder.

Apps yang boleh anda cuba ialah : Fasting dan Fasting Tracking.

7. Pentingnya untuk BERPANTANG MAKANAN

Bukan hanya ibu bersalin kena pantang makan, tapi jika anda sedang melalui proses Intermitten Fasting, anda wajib berpantang makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula dan manis, junk foods, ais krim, coklat dan seangkatan dengannya. Makanan ini boleh ganggu paras insulin dan  perjalanan Intermitten Fasting anda.

8. SUPPLEMENT TAMBAHAN sangat membantu bagi melancarkan proses Intermitten Fasting anda dengan lebih baik.

Sini saya akan kongsikan beberapa supplement dari Shaklee untuk pengetahuan anda :

CINCH CHOCOLATE/VANILLA/CAFE LATTE : Supplement dari sumber protein untuk bantu rasa kenyang lebih lama, rasa yang sedap, beri tenaga tambahan, kawal pemakanan, badan fit tidak menggeleber bila kurus, dan bonus kulit yang cantik !

LIFE SHAKE ELDERBERRY/MATCHA : Supplement dari sumber protein juga yang mengandungi prebiotik, tinggi kandungan serat dan protein, bagus untuk yang kurang makan fibre (sayur dan buah), multivitamin yang lengkap, mengandungi lemak sihat, tiada kolestrol, bantu bakar lemak dan bina otot.

LECITHIN : Bantu pecahkan lemak-lemak degil dalam badan kepada molekul yang lebih kecil untuk mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan.

OMEGA GUARD : Bantu bakar lemak dalam badan (visceral fat), mengawal selera makan dan cravings, serta turunkan kolestrol

HERBLAX : Bantu detox usus besar, kempiskan perut dan melegakan sembelit.

KHAS UNTUK NEW MEMBER : Dengan pembelian set lengkap Hello New You Shaklee, anda berpeluang untuk dapat PERCUMA SHAKER (RM15), PERCUMA POSTAGE (RM10) dan PERCUMA MEMBERSHIP (RM35).


9. Cari group atau kawan-kawan untuk ajak buat Intermitten Fasting sama-sama agar anda tak bosan, dan sentiasa ada semangat dan konsisten untuk teruskan journey dalam IF.

Baiklah, rasanya itu sahaja sharing saya untuk anda hari ni, semoga perkongsian artikel saya ini bermanfaat untuk anda dan juga keluarga dan kawan-kawan. Sampai jumpa di lain artikel pula.

Owh ya, anda juga boleh baca penulisan dari kawan saya Kak Zainab, tentang Intermitten Fasting : Berkesankah Bagi Kita Kurus?

#ProjekMegaBlog #ShakleeThrive203 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam

--------------------

BACA JUGA :

Semua Tentang ESP

Semua Tentang Omega Guard

Semua Tentang Vitamin C

Semua Tentang Nutriferon

Semua Tentang Lecithin

--------------------

Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...