Monday, July 01, 2019

5 TIPS SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI RUMAH


Bila masuk tahun baru, mesti akan ada birthday celebration yang perlu disambut. Sambutan yang selalu ditunggu-tunggu ibu bapa ialah sambutan harijadi anak! Birthday ni ada parents suka kan sambutan yang grand, tapi ada juga yang mahukan sambutan yang sederhana sesuai untuk close family and friends.

Tak kisah pilihan sambutan yang macam mana pun, yang pasti sambutan tersebut meriah! Jadi sebelum you guys nak buat planning untuk sambut birthday anak korang, ada a few tips yang boleh korang cuba untuk apply kan bagi mengurangkan aksi terkejut mahupun stress hihi

Jom tengok 5 TIPS SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI RUMAH


#1 Tarikh/Lokasi/Masa

Pemilihan tarikh kena plan betul-betul, kena make sure tarik tersebut sesuai untuk sambutan birthday. Bukan semata public holiday, sebab berkemungkinan tetamu ramai tak dapat hadir sebab balik kampung ataupun outstation holiday. Jadi pilihan tarikh sangat crucial, saya suggest better buat pada hari sabtu instead of ahad, sebab kalau buat sabtu atleast hari ahad boleh berehat. Kalau buat ahad, isnin dah kerja maaa

Lokasi disini, saya share untuk mereka yang nak buat dirumah. Mudah untuk yang nak buat untuk close friends and family, kalau buat di luar boleh je, macam kedai fast food or any restaurant, tapi mungkin bajet akan terlebih dan kapasiti tak mampu untuk support big numbers.

Pemilihan masa untuk sambut birthday ni korang kena fikir nak buat lunch mahupun ala-ala tea-time, kalau nak buat tengahari dah consider as lunch time, jadi pemilihan makanan kena sesuai. Kalau you guys bajet tak berapa banyak mungkin boleh pilih masa around tea-time session. Macam pukul 3pm ke atas. Jadi menu boleh bajet tak perlu berat sangat.



#2 Menu Catering/Masak Sendiri

Bila dah pilih tarikh dan masa, dah boleh pilih menu. Nak menu apa untuk main and desserts, and of course kek birthday jangan lupa. Kalau nak pilih catering, pastikan rsvp jemputan ada anggaran mudah untuk bagi pada pihak catering. You guys boleh survery price per pax yang sesuai dengan bajet.

Kalau decide nak masak sendiri kena fikir, utensils dan kudrat tenaga siapa nak guna untuk handle makanan. Sepastinya korang sebagai tuan rumah takkan nak handle makanan kan? Jadi kena bincang betul-betul dengan pasangan if pilih untuk masak sendiri.

Macam sini, kami pilih mini catering dari Yanie's Kitchen, sebab diorg boleh cater pax yang less than 50 people. Menu pilihan untuk 30pax ialah Nasi Ayam Merah dan Mee Kari





#3 Birthday Cake/Dessert Table

Nak sambut birthday kena lah ada cake kan? So nak cake apa? Fondant? Buttercream? Kecil ? Besar? Nampak macam simple kan nak beli kek je pun, tapi ada banyak elemen kena consider nak beli cake ni. Antaranya - cake nak beli dari siapa? Instagram or kedai fizikal kek. Better cek bajet dulu dalam berapa, then baru survey bakers and availability untuk bake pada tarikh pilihan, anddd kena pastikan siapa boleh pickup or if bakers tersebut boleh buat delivery.

Dah dua kali kami pilih wahdi_le.chouette.macaron sebagai birthday cake untuk birthday girl !
Kalau untuk dessert table pula, korang boleh pilih sama ada nak sewa deko or nak buat sendiri. Kalau ada kawan-kawan korang seorang baker cake, boleh lah pinjam/sewa barang-barang deko untuk save sedikit bajet hehe pilihan desserts or candy kecik-kecik pun jangan lupa masuk bajet yaaa

Untuk tray deko desserts table ni kami dapat dari Bakes by AB



#4 Tema

Tema. Tema. Tema. Birthday girl or birthday boy? Umur berapa? Haaa kena make sure sesuai tau! Kang terlari plak tema hehe, untuk birthday girl kami umur 1 tahun, ni, pilihan unicorn menjadi pujaan sebab baby Aaira ni character dia lembut, suka senyum, sweet-sweet gitewww sesuai dengan tema unicornnn



#5 Doorgift

Kalau ada bajet lebih boleh sediakan sedikit doorgift untuk tetamu yang hadir. Nak bagi cookies ke, gula-gula dengan air kotak ke, anything that’s within your bajet. Nak lagi best, meringue kisses !

Boleh contact Bakes by AB untuk order :)



#6 STANDBY EXTRA MAKANAN !

Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang tentukan. Ditakdirkan jemputan yang hadir melebihi kapasiti makanan, maka dengan pantas kami sedara tolong masak menu extra kat dapur. Boleh stock up bahan-bahan yang mudah untuk masak seperti mee goreng ataupun any nugget/sosej


Semoga tips dan sharing ni bermanfaat untuk korang, tapi ingat yaa, yang paling penting sekali breakdown bajet tau, pengiraan bajet sangat crucial hihi

-----------------------------------------------------

Perlukan desserts untuk majlis you guys?

Boleh contact dengan klik je link kat bawah ni

AsilahB
Whatsapp

1 comment:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...