Thursday, February 09, 2023

Masak Apa Hari Ni : Nasi Goreng Cili Api dan Ayam Sambal


Masak Apa Hari Ni : Nasi Goreng Cili Api dan Ayam Sambal | Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana kurniakan aku rezeki untuk masak hari untuk diri ku dan juga suamiku.

Menu pagi ni simple sahaja. Nasi goreng cili api dengan ikan bilis yang baru sampai semalam dari Ocean Papa. Order dari Shopee sahaja, mudah. Beli yang dah siap kopek dan size M. Dia besar sikit size dia.

Makan pula dengan ayam goreng spicy dari Lotus. Sedap juga brand Lotus ni. Sama macam brand Ayamas, tapi lebih murah dan jimat harganya. Sedap pun sedap. Bagus hehe



Untuk petang pula, kita masak ayam sambal dan kentang. Blend cili kering dengan bawang holland, bawang putih dan halia. Tumis sampai pecah minyak. Kalau tengok pada gambar, takut tengok minyak dia kan hehe terlebih pula minyak dia sebab nak pastikan sambalnya masak dengan baik. Kang sakit perut pula nanti.




TONTON JUGA : Ayam Goreng Berlada Che Nom

Lepas makan, wajib ambil Vitamin C dan Alfalfa, untuk bantu kuatkan imun sistem badan dan flush out toksin yang tak baik dalam badan.



——————————

Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...