Sunday, February 12, 2023

Makan Apa Hari Ni : Nasi Lemak Ayam dan Roti Canai



Makan Apa Hari Ni : Nasi Lemak Ayam dan Roti Canai | Alhamdulillah untuk rezeki hari ni dapat makan di luar. Semoga para pembaca dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan. Aminnn.

Memandangkan hari ni weekend, kita gantung kuali lah ye hehe. Breakfast kita makan dekat luar. Pilihan today Restoran Mak Uda dekat Bukit Jelutong.



Kedai ni kalau pagi-pagi memang ramai. Customer yang datang selepas bersenam, datang makan dengan family, datang lepak kawan-kawan. Best tengok.

Pilihan makanan pun banyak. Selain dari Nasi Lemak dan Roti Canai, ada juga bahagian makanan style buffet/cedok juga, macam meehoon, nasi goreng, mee goreng dan etc.




Nasi Dagang dan Nasi Kerabu pun ada juga. Beserta kuih-muih.

Harga untuk semua makanan, affordable juga. Not too fancy.

Bila dah selesai makan, kami singgah kedai beli barang baking sat. Untuk my cakes and cupcakes orders. Takut tau tengok harga-harga barang baking sekarang. *nangis bucu katil*




Owh ya, sebelum keluar tadi, minum dulu CINCH SHAKE Shaklee untuk supplement protein tambahan. Tengok lah beg Shaklee ni, besar and boleh isi macam-macam barang baking hehe

Okay lah, itu je nak share pagi ni. Jumpa dekat next entry. Have a great weekend everyone !

——————————

Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam


No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...