Thursday, April 09, 2020

Sejarah Shaklee


Assalammualaikum and Hi semuanya !

Hari ni kita nak share tentang sejarah Shaklee. Tentang founder pada produk Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee.

Nama penuh beliau ialah Forrest Clell Shaklee

Dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Dekat US tau. Sewaktu beliau dilahirkan, doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit TUBERCULOSIS - Satu penyakit batuk kering dan diramalkan beliau hanya boleh hidup selama 8 tahun sahaja. Itu pun mungkin dalam keadaan lemah dan bed-ridden. Dah macam mayat hidup nanti life beliau.

Jadi mak dan ayah beliau percaya dengan apa yang doktor katakan bahawasanya Forrest memerlukan

1 ) Good food
2 ) Fresh air
3 ) Lost of rest

Ibu dan ayahnya merupakan pekebun/peladang. Known as farmers. Disebabkan mereka sedih dengan keadaan anak mereka, mereka mengambil keputusan untuk berpindah dari Carlisle (situ kawasan lombong arang batu) ke tempat yang jauh dari kawasan bandar, iaitu ke area Utara Iowa.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Bila matahari naik, beliau banyak habiskan masa di luar. Seorang diri, memerhati keadaan sekeliling dan berfikir. Beliau sedar akan penyakit yang dihadapi, tapi beliau dah pandai berfikir.

Kalau kita selalu kaitkan alam ini, kehidupan ini akan berakhir dengan kematian, kenapa kita tak takleh fikir yang alam ini, ada sesuatu yang boleh menyembuhkan? 

Satu quite dalam buku The Shaklee Story dan rasa kagum dengan semangat Forrest ni ialah,

"He did not allow his illness to ruin his life!"

Ibu beliau selalu minta tolong beliau kumpulkan tumbuh-tumbuhan dan herba, untuk buat ubat tradisional. Ulam-ulaman, kadang buat sebagai teh, salad dan sebagainya. Apabila beliau meningkat remaja, doktor sangat berpuas hati dengan kesihatan beliau dan menyatakan penyakit Tuberculosis beliau adalah terkawal !




Bermula sebagai seorang Chiropractic Practitioner



Happy memang happy, tetapi keadaan beliau tidak lah secergas dan dan sesihat remaja lain. Forrest Shaklee waktu ini banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah 'Physical Magazine' yang mengatakan,

"Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit."

Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah alam semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan scene of chiropractic care.

Beliau kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J.Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, tapi beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer tang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan penyakit fizikal. Beliau percaya, perlu adanya sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.




Langkah pertama sebagai Nutritionist



Sewaktu menjadi chiropractic practitioner, minat beliau dalam bidang nutrisi makin bertambah. Beliau banyak membaca tentabg biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.

Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta supplemen PERTAMA di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan "Vitalized Minerals" yang sekarang dikelai sebagai VITALEA.

Terasa bangga pula makan Vitalea hihi

Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa, dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 23 bilik rawatan. Pusat perubatan tersebut bukan hanya terdiri daripada Chiropractics, malah Osteopathy, Internists dan juga pakar bedah.

Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut, diberikan diet pemakanan yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau semakin hari semakin maju.


Dr. Forrest C. Shaklee, diuji dengan kanser pula



Memandangkan beliau suka mengkaji dan belajar benda baru, beliau banyak menghabiskan masa untuk mempelajari bidang baru pada waktu itu iaitu, X-Ray Diagnosis. Pada waktu itu, tahap kebahayaan terhadap exposure atau pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui.

Masuk tahun 1921, beliau mula bimbang..

Ada rasa sakit di bahagian pinggul kanan dan bahu kiri beliau. Kemudian beliau menemui doktor pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca dari kanser !

Kata pakar tersebut, untuk mengelakkan sel kanser dari merebak, lengan kiri dan kaki kanan harus dipotong. Aduhhh takkan nak kudung pulak lepas ni !

Tak berpuas hati, Dr. Forrest C. Shaklee mencari second opinion di Mayo Clinic, Rochester, tetapi result nya tetap sama, kanser.

Bayangkan..

Pada waktu karier beliau sebagai seorang doktor sedang melonjak naik, isteri beliau waktu itu sedang mengandung, dan mereka sudah mempunyai satu anak. Tak mampu rasanya menjadi seorang yang kudung kaki tangan.

Tapi Dr. Forrest C. Shaklee seorang yang sangat positif ! Kuat semangat ! Beliau bercakap berulang kali pada isterinya,

"Saya akan hidup !"

"Saya akan hidup !"


"Saya pasti boleh melakukannya !"


Begitu kuat semangat beliau. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa alam semulajadi. Tengok lah dulu doktor sahkan beliau hidup sampai 8 tahun sahaja, tapi berjaya je membesar sampai jadi doktor lagi. Lagipun memang sunnahtullah, nak sihat kena usaha kan?




Melawan kanser dengan cara semulajadi



Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil supplement dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya macam takde sebarang perubahan yang positif lagi. Namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya sekiranya beliau terus berfikiran positif dan teruskan amalkan pengambilan nutrisi yang lengkap, pasti akan sembuh !

Setahun berlalu, pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh ! Bukan itu sahaja, tahap kesihatan beliau juga makin pulih. Beliau masih hidup ! Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.





Bermulanya bisnes supplement Dr. Shaklee

Pada tahun 1924, Dr Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ni, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan yang di pakejkan oleh beliau untuk di berikan kepada pesakit. Malang tidak berbau..

Sekali lagi beliau diuji.. 5 tahun selepas itu, pada tahun 1929, pusat rawatan beliau terbakar! Habis musnah segala rekod beliau. Semua musnah kecuali buku inspirasi daripada Elbert_Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great

Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi 

"When all else is destroyed, only the product of the mind exists."

Dr Forrest C Shaklee kemudian mengambil keputusan untuk fokus dan tumpukan perhatian kepada kajian berkaitan nutrisi. Beliau pilih untuk fokus membina tubuh badan yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Faham tak?

Mencegah lebih baik dari mengubati.. kan? Kalau semua doktor fokus bantu yang dah ada penyakit, kenapa tidak beliau fokus bantu orang lain supaya usaha untuk sihat dan tidak dapat penyakit? Sunnatullah kan, hukum alam. Nak sihat, usaha. 

Kemudian beliau berpindah. Ke Eugene, Oregon kemudian ke Oakland, California. 

Selain membuat kajian, beliau juga banyak memberi talk umum, dan mendapat dua ijazah kehormat.

Professor of Chiropractic dan Doctor of Naturapathy. Pada tahun 1935 beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College. Wah pernah jadi lecturer jugak lah atok kita ni! hihi

Beliau besara pada 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Yelah lihatlah bagaimana beliau jaga apa yang ada di minda beliau semasa beliau sakit, dari kecik lagi. 

Kalau kita dalam islam pon kan Allah suruh jaga apa yang kita fikir. Kerana Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. Fikir negatif, yang buruk-buruk, maka jadi lah ia satu doa dan menimpa betul-betul perkara buruk. Sebab tu kena fikir positif fikir yang baik-baik saja.

Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah kuasa alam. The Power of Nature. Dua tahun kemudian, beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai "Thoughtmanship" 

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughtmanship ini. Ini menyebabkan beliau di anugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Coomonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau di mainkan di corong radio di San Fransisco dan Oakland. Famous Dr Shaklee ni kan!

Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, usia beliau waktu itu sudah 62 tahun. Dr Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Junior dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberi impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan supplement.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 april 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kelebihan supplement terlebih dahulu. Macam yang kami geng geng shaklee buat sekarang la :)

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement Dr Shaklee memberitahu anak anaknya. 

"Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.. "  :)

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tinggi, akhirnya keluarga shaklee telah berjaya menbina satu perniagaan yang berkonsepkan Direct Selling. 

Mengapa ia berkonsepkan direct selling? Kenapa tak letak sahaja di kedai kedai atau shopping mall ke? Terfikir tak? 

Kerana Dr Forrest mahu kita benar benar membantu orang, dan berkongsi dari hati. Beli dekat kedai, siapa nak consult? Siapa nak follow up? takde.. 

Tapi dengan konsep direct selling. Kita lebih cenderung untuk membantu dengan ikhlas.

Amacam?
Seronok kan?

Bangga pulak rasa berada dalam legasi shaklee ni :)

Sampai sekarang nama beliau kita sebut sebut.. vitamin apa? Shaklee hihihi.. Terima kasih atok, kisah atok sangat memberi inspirasi buat semua :)


Gambar noslagia sangat kan? Dr Forrest C Shaklee bertukar hadiah dengan Kol Sanders KFC (Sebotol basic H dengan Bucket ayam goreng) . Adakah anda tahu Kol Sanders merupakan seorang supervisor dalam shaklee dulu kala? Ok bangga jap kalau p KFC. Ada kaitan haha. 

Mereka adalah usahawan tersohor. Seorang memperkenalkan sistem networking (MLM) seorang lagi pula memperkenalkan sistem franchais. Shaklee adalah pelopor, yang PERTAMA sekali pioneer dalam bidang nutrisi dan Network Marketing. Bangga tak ? :)

Lepas ni makan KFC, ingat shaklee. Mereka ada kaitan! hihi

Untuk beberapa point dalam entry ini saya kreditkan kepada

- Athirah Abd Razak
- Firdaus Azizi
- Haji Roslan
- Betty Woodhouse

Terima Kasih kerana membaca hingga habis :)

Sunday, April 05, 2020

INFO PRODUK - VITALEA MULTIVITAMIN PERTAMA DUNIA


Assalammualaikum dan Hi semuanya !

Hari ni kita nak share tentang porduk yang sudah lama berada di pasaran, iaitu VITALEA dari Shaklee

Korang tahu tak mana datangnya perkataan VITAMIN ?

Semestinya ia datang dari MULTIVITAMIN pertama di dunia yang dicipta oleh DR FORREST C SHAKLEE pada tahun 1915, wow hampir 105 tahun dah !



Asalnya ia dinamakan SHAKLEE VITALZED MINERALS, tapi dipendekkan menjadi VITA-MIN dan digunakan diseluruh dunia sampai sekarang.

Yang menjadikan ianya lebih menarik ialah, waktu Vita-lea ni dicipta, DR FORREST baru sahaja berumur 21 tahun ! Amazing !

Korang boleh baca kisau beliau dekat keratan di bawah ni



Sejarah Shaklee yang disiarkan dalam majalah ISihat edisi Februari 2013

Wahh, bangga tau dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee :)

Kini kita bertambah yakin sebab Shaklee menitikberatkan aspek KEASLIAN dan INFO PRODUK - VITALEA MULTIVITAMIN PERTAMA DUNIA, menyebabkan setiap produk yang dihasilkan disokong oleh KAJIAN SAINS.

SHAKLEE adalah terbukti SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

I LOVE MY VITALEA !


Kita sendiri memnag consume Vitalea ni dari tahun 2017 lagi. Disebabkan kerja sebagao baker dan juga beautician spa, tenaga banyak sangat pakai. Balik je mesti penat.



Alhamdulillah lepas consume Vitalea ni penat dah berkurangan, boleh bangun awal pagi dan tenaga tahan sampai malam. Boleh buat banyak kerja seharian.

Syukur, Alhamdulillah, dipertemukan dengan Vitalea Shaklee :)

KEISTIMEWAAN VITALEA SHAKLEE


Vitalea merupakan KILLER PRODUK of Shaklee kerana ianya multivitamin bersama Iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan juga sel dalam badan. 2 biji Vitalea bersamaan dengan nutrisi dari 40 hidangan lauk sehari !


Ada kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang. Sebenarnya semua masalah kesihatan memerlukan multivitamin ini. Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Kenapa Vitalea Shaklee Adalah Multivitamin terbaik?


Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.


✯ 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
✯ 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
✯ 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
✯ 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
✯ 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
✯ 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
✯ 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
✯ 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

Kebaikan Multivitamin Vitalea Shaklee


Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.


Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee


✯ Sebagai penambahan tenaga segera. Kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

✯ Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia

✯ Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

✯ Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

✯ Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

✯ Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati

Siapa Yang Memerlukan Multivitamin?


✯ Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
✯ Individu yang tidak lengkap diet hariannya
✯ Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
✯ Remaja yang sedang membesar
✯ Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
✯ Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
✯ Individu yang menopous
✯ Wanita yang baru bersalin





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk korang dan juga keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


SUPERVISOR ASILAH
Leader of Team Amethyst
Shaklee ID : 1267957
Whatsapp : 0126714589
Facebook : Asilah Bakri

Friday, April 03, 2020

3 Tips Kekal Sihat Ketika Tempoh PKP


Assalammualaikum and hai semuanya!

Hari ni merupakan hari yang ke-17 untuk PKP (Program Kawalan Pergerakan). Jadi by the 17th day ni mesti ramai dah tepu tak tahu nak buat apa kan?

Jadi kita nak share 3 Tips Kekal Sihat Ketika Tempoh PKP. Jom tengok apa boleh buat untuk sentiasa kekal sihat dan ceria !


Yang pertama adalah kekal aktif. Stay active they say. So macam mana cara nak stay aktif kalau kat rumah ni?

Memandangkan kita semua tak boleh sewenangnya keluar ke gym, or jogging kat taman, kita masih boleh kekal aktif dengan buat home workouts.

Boleh google je jenis-jenis senaman yang boleh dibuat dirumah. Kat Youtube pun banyak, kat FB pun ada je coach fitness buat live exersice. Boleh juga join hehe

Sapu sampah, mop lantai, kejar anak-anak tak consider as senaman ya hehe kena buat senaman yang korang fokus 30 minit tau.

Kenapa kita kena kekal aktif for atleast 30 minit? Senaman bantu dalam tingkatkan peraliran darah dalam badan dan bantu proses detoksifikasi.

Bila kita bersenam, kita berpeluh, dan peluh tu adalah salah satu proses membuang toksin. Bagus la kan? Dari duduk je tak buat apa hehe


Yang kedua adalah Kekal Hidrasi. Stay hydrated. Just because korang tak keluar memana, tak bermakna tak tayah jaga water intake pula hehe

Walaupun kena stay at home, body kena sentiasa hydrates. Kena make sure minum cukup air.

Setiap 25kg berat badan memerlukan 1L air. Kalau korang berat 50kg kena lah minum 2L air. Macam kita sendiri, perlukan 2.8L air. Banyak kan?

Kenapa pula kena sentiasa jaga water intake?

Bagi memudahkan proses penyerapan nutrients dalam badan. Bila kita makan hidangan, vitamins or supplemen, body memerlukan air yang banyak untuk penyerapan nutrients yang optimum. Bagus kan bila kita minum banyak air? Nutrients dapat diserap dengan lebih baik.

Bila minum air yang mencukupi, kita dapat kawal suhu badan. Sebab tu kalau orang cakap, bila cuaca panas terik je kena sentiasa minum air, untuk elakkan heatstroke dan pengsan. Sangat crucial untuk jaga pengambilan air walaupun kita duduk di rumah.

Bila badan tak cukup air, bibir akan merekah, kukit akan kering dan bila kering, cepat naik jerawat. Tekak pun jadi kering and badan jadi mudah penat. Sebab takde fluid langsung.

Another reason why kena minum air mencukupi, adalah untuk pastikan kandungan elektrolit dalam badan mencukup untuk make sure takde kehilangan cecair dalam badan. Disarankan untuk cari minuman yang ada elektrolit.



Macam kami sebagai SID Shaklee, kami minum air Performance Drink (PD), dimana air PD ni mempunyai elektrolit yang diperlukan badan, ada dua perasa iaitu Orange dan Lemon & Lime.

Performance drink ni bantu untuk menghalang pengeluaran cecair dan membantu mengekalkan paras cecair dalam badan.

Tambah nak masuk bulan puasa ni, lagi lah kena jaga water intake supaya tahan sampai berbuka.


Tips yang ketiga, untuk sentiasa kekal sihat ketika PKP ialah dengan mengambil 5 hidangan sayur dan buah.

3 hidangan sayur
2 hidangan buah

According to the nutritionist, if korang masak 1 cawan sayur dan kongsi 5 orang makan, actually kandungan nutrients dalam sayur tu tak mencukupi.

Disarankan ambil hidangan yang colorful, penuh warna-warni kerana sayur dan buah yang colorful ni mempunyai kandungan polifenol yang lebih tinggi.

Polifenol adalah nutrients yang sangat penting untuk perlindungan sel badan. Kalau sel badan kita banyak yang rosak, body akan mudah jatuh sakit. Which is not what we wanted kan?

Jika tak mampu nak cukupkan pengambilan polifenol dalam hidangan seharian, boleh topup dengan supplemen Shaklee.

Antara supplemen Shaklee yang tinggi dengan polifenol ialah Vivix dan Res-V



Kita harap dengan sharing tips kekal sihat ketika PKP ni dapat membantu korang semua, dan diri sendiri juga untuk sentiasa kekal sihat dan gembira di rumah hehe

Jika antara korang ada nak menambahkan air Performance Drink dan juga Vivix dalam hidangan harian, boleh hubungi saya (Asilah) di :

Whatsapp : 0126714589

Facebook : Asilah Bakri

Instagram : Mobile Spa by AB

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/ LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH, ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.

Wednesday, April 01, 2020

Kenali Perbezaan Antara Gerd dan Gastrik



Assalammualaikum semuanya!

Memandangkan baru-baru ni adik kita mengadu katanya sakit gastrik, tapi ada macam pedih ulu hati. So bila berlakunya macam ni, katanya susah nak tidur, susah nak buat kerja. Terganggu sangat.

Pernah tengah jalan-jalan Ikea, tibe adik ngadu pedih tekak. Macam sendawa pedas, terasa payau and macam nak muntah.

Hmm macam gastrik, tapi macam gerd oun ada jugak tanda-tanda tu. Korang pernah alami juga macam ni?

Apa kata, jom kita belajar sikit pasal perbezaan dua kondisi ni, Double G, gerd and gastrik.


GERD


Gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah keadaan apabila kandungan asid reflux dalam perut tertolak ke atas dan memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang ini menyebabkan pedih ulu hati, ketidakselesaan di bahagian dada yang menular hingga ke kerongkong, mulut terasa masam dan dan loya.

Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia pada tahun 2012 tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit ini.

Bagaimana GERD ni terjadi? Sebenarnya di dalam perut setiap orang mengandungi asid yang membantu mencernakan makanan yang kita makan. Apabila asid ni naik ke esofagus, struktur dinding esofagus tidak mampu mengendalikan asid ini lalu menyebabkan rasa terbakar (burning sensation) yang dikenali sebagau pedih ulu hati. Tidak semua yang alami pedih ulu hati ini adalah penghidap GERD, tetapi sekiranya keadaan ini melanda korang lebih dari satu jam dan agak kerap, kemungkinan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diagnosis lanjut.

Antara simpton lain termasuk rasa mual dan dan mu, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Penghidao GERD juga seringkali mengalami sakit dada yang terjadi apabila otot pencerut sphincter tidak tertutup dengan sempurna lalu menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Komplikasi GERD yang kronik boleh menyumbang kepada asma, batuk yang kronik dan pulmonary fibrosis.

Penghidao GERD juga disarankan untuk mengelakkan beberapa jenis makanan dan minuman seperti arak, minuman berkafein, minuman berkarbonat, coklat, buah-buahan citrus, makanan berlemak atau bergoreng, makanan pedas dan makanan berasaskan tomato seperti sos tomato, spaghetti dan lain-lain.

GASTRIK


Bagaimana pula dengan gastrik? Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik (HCL) atau asid di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Asid ini mempunyai sifat corrosive atau menghakis yang boleh mencederakan sekiranya terkena pada kulit. Walaubagaimanapun, perut kita mempunyai perlindungan khas daripada asid HCL iaitu mukosa yang berfungsi sebagai barrier daripada kesan asid HCL ini. Terdaoat tiga jenis gastrik yang sering didiagnos oleh pakai doktor iaitu:


  1. Gastritis ringan - Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  2. Gastritis berat - Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  3. Ulser gastrik (Peptic ulser) - Ulser gastrik boleh terjadi apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid HCL yang terlalu banyak dan lapisan pertahanan mukosa yang menjadi lemah. Apabila lapisan mukosa menjadi lemah, asid hidroklorik boleh sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan. Boleh dikesan melalui muntah yang pekat dan mengandungi darah atau warna gelap seperti kopi dan najis yang gelap dan hitam.

Antara tanda-tanda gastrik termasuklah:

  1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
  2. Rasa senak, berangin atau pedih
  3. Rasa tidak selesa dan kembung, sering sendawa selepas makan
  4. Rasa loya dan muntah
  5. Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)

BOLEHKAH GERD DAN GASTRIK DIRAWAT?


Para pengamal perubatan mungkin akan mencadangkan penghidap GERD dan gastrik untuk mengamalkan antasid yang boleh dibeli di farmasi untuk meneutralkan asid perut atau membantu otot mengosongkan perut anda. Sekiranya kondisi GERD anda semakin serius, pembedahan laparoskopik mungkin terpaksa dilakukan.

Tapi, takkan lah sampai nak bedah kan? Seriau sis hehe. Jadi di sini, kita nak share kan alternatif lain bagi mengurangkan simptom GERD dan gastrik dengan supplemen Shaklee.



Peppermint Ginger Plus

Supplemen ni mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Tablet Peppermint ini juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas dan diminum sebagai minuman herba semulajadi yang menyegarkan.

Okay, now kita akan share and terangkan bagaimana Peppermint Ginger Plus berfungsi mengurangkan ketidakselesaan akibat GERD. Ada empat (4) komponen utama dalam Peppermint iaitu:

  1. Daun Pudina - melegakan otot perut, membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, pedih hulu hati dan cirit-birit. Juga mampu melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan.
  2. Halia - merangsang rembesan enzim untuk mencernakan makanan, melegakan ketidakselesaan perut dan usus.
  3. Jintan hitam - menghilangkan kembung perut dan membantu masalah saluran usus.
  4. Jintan manis - melegakan masalah pencernaan dengan merangsang rembesan jus gastrik.

"Kak, qila rasa stress lah asyik rasa macam gastrik je. Padahal dah makan dah. Ke ada qila salah makan tak takt masa? Ada tak supplemen Shaklee yang boleh kurangkan rasa tak sedap ni?" - Adik saya hehe

Hehe mesti lah ada. Jom sambung baca.

Kalau korang ada masalah gastrik, kita suggest kan Set Gastrik Shaklee yang mengandungi empat (4) supplemen khas termasuk killer product bulan ni iaitu ESP

Bagaimana Set Gastrik ni berfungsi?


Energizing Soy Protein (ESP)

Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana protein yang bersifat alkali.
Mengandungi 20 jenis asid amino lengkap yang membantu membina sel-sel baru dan menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik pada perut semasa proses pencernaan.

Ostematrix

Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali membantu mengurangkan keasidan dalam perut.
Mengurangkan rasa pedih hulu hati dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus.

B Complex

Membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisme.
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat stress.

Peppermint Ginger Plus

Mengurangkan masalah sebu, senak perut, dan menyingkirkan angin dalam badan.
Mengurangkan ketidakselesaan akibat masalah penghadaman.

TESTIMONI SET GASTRIK








Jika korang ada mempunyai masalah Gerd atau Gastrik dan berminat untuk ikhtiar dengan supplmen Shaklee, boleh hubungi saya (Asilah) di:

Whatsapp : 0126714589

Facebook : Asilah Bakri

Instagram : Mobile Spa by AB

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/ LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.

INFO CREDIT TO : AQILAH ROHIZAD

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...