Saturday, November 26, 2011

Kesian Yuna. Kesian Anuar Zain.


Hello pimples ;)

Siapa baca paper Metro semalam? tentang "Artis Jadi Mangsa"?

"Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan," kata Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 semalam (24 nov 2011). Dia menganggap perkara ini sebagai sejarah hitam kerana artis menjadi mangsa.

 Credit to Harian Metro (25 nov 2011)

Kesian Yuna. Kesian juga kepada Anuar Zain. Atas sebab masalah teknikal, perkara ini terjadi.
AIM terpaksa lucut kemenangan Yuna apabila trofi tersebut sebenarnya milik Anuar Zain.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Pihak penganjur memohon maaf atas kesilapan tersebut. Sayang kan bila perkara macam ni berlaku?
AIM perlu lebih berwaspada tentang masalah2 teknikal ni. And hope in the future, it will never happen again.

Full story - KLIK HERE
Jangan lupa KLIK SINI juga :)

No comments: