Thursday, April 09, 2020

Sejarah Shaklee


Assalammualaikum and Hi semuanya !

Hari ni kita nak share tentang sejarah Shaklee. Tentang founder pada produk Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee.

Nama penuh beliau ialah Forrest Clell Shaklee

Dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Dekat US tau. Sewaktu beliau dilahirkan, doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit TUBERCULOSIS - Satu penyakit batuk kering dan diramalkan beliau hanya boleh hidup selama 8 tahun sahaja. Itu pun mungkin dalam keadaan lemah dan bed-ridden. Dah macam mayat hidup nanti life beliau.

Jadi mak dan ayah beliau percaya dengan apa yang doktor katakan bahawasanya Forrest memerlukan

1 ) Good food
2 ) Fresh air
3 ) Lost of rest

Ibu dan ayahnya merupakan pekebun/peladang. Known as farmers. Disebabkan mereka sedih dengan keadaan anak mereka, mereka mengambil keputusan untuk berpindah dari Carlisle (situ kawasan lombong arang batu) ke tempat yang jauh dari kawasan bandar, iaitu ke area Utara Iowa.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Bila matahari naik, beliau banyak habiskan masa di luar. Seorang diri, memerhati keadaan sekeliling dan berfikir. Beliau sedar akan penyakit yang dihadapi, tapi beliau dah pandai berfikir.

Kalau kita selalu kaitkan alam ini, kehidupan ini akan berakhir dengan kematian, kenapa kita tak takleh fikir yang alam ini, ada sesuatu yang boleh menyembuhkan? 

Satu quite dalam buku The Shaklee Story dan rasa kagum dengan semangat Forrest ni ialah,

"He did not allow his illness to ruin his life!"

Ibu beliau selalu minta tolong beliau kumpulkan tumbuh-tumbuhan dan herba, untuk buat ubat tradisional. Ulam-ulaman, kadang buat sebagai teh, salad dan sebagainya. Apabila beliau meningkat remaja, doktor sangat berpuas hati dengan kesihatan beliau dan menyatakan penyakit Tuberculosis beliau adalah terkawal !




Bermula sebagai seorang Chiropractic Practitioner



Happy memang happy, tetapi keadaan beliau tidak lah secergas dan dan sesihat remaja lain. Forrest Shaklee waktu ini banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah 'Physical Magazine' yang mengatakan,

"Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit."

Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah alam semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan scene of chiropractic care.

Beliau kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J.Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, tapi beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer tang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan penyakit fizikal. Beliau percaya, perlu adanya sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.




Langkah pertama sebagai Nutritionist



Sewaktu menjadi chiropractic practitioner, minat beliau dalam bidang nutrisi makin bertambah. Beliau banyak membaca tentabg biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.

Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta supplemen PERTAMA di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan "Vitalized Minerals" yang sekarang dikelai sebagai VITALEA.

Terasa bangga pula makan Vitalea hihi

Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa, dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 23 bilik rawatan. Pusat perubatan tersebut bukan hanya terdiri daripada Chiropractics, malah Osteopathy, Internists dan juga pakar bedah.

Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut, diberikan diet pemakanan yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau semakin hari semakin maju.


Dr. Forrest C. Shaklee, diuji dengan kanser pula



Memandangkan beliau suka mengkaji dan belajar benda baru, beliau banyak menghabiskan masa untuk mempelajari bidang baru pada waktu itu iaitu, X-Ray Diagnosis. Pada waktu itu, tahap kebahayaan terhadap exposure atau pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui.

Masuk tahun 1921, beliau mula bimbang..

Ada rasa sakit di bahagian pinggul kanan dan bahu kiri beliau. Kemudian beliau menemui doktor pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca dari kanser !

Kata pakar tersebut, untuk mengelakkan sel kanser dari merebak, lengan kiri dan kaki kanan harus dipotong. Aduhhh takkan nak kudung pulak lepas ni !

Tak berpuas hati, Dr. Forrest C. Shaklee mencari second opinion di Mayo Clinic, Rochester, tetapi result nya tetap sama, kanser.

Bayangkan..

Pada waktu karier beliau sebagai seorang doktor sedang melonjak naik, isteri beliau waktu itu sedang mengandung, dan mereka sudah mempunyai satu anak. Tak mampu rasanya menjadi seorang yang kudung kaki tangan.

Tapi Dr. Forrest C. Shaklee seorang yang sangat positif ! Kuat semangat ! Beliau bercakap berulang kali pada isterinya,

"Saya akan hidup !"

"Saya akan hidup !"


"Saya pasti boleh melakukannya !"


Begitu kuat semangat beliau. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa alam semulajadi. Tengok lah dulu doktor sahkan beliau hidup sampai 8 tahun sahaja, tapi berjaya je membesar sampai jadi doktor lagi. Lagipun memang sunnahtullah, nak sihat kena usaha kan?




Melawan kanser dengan cara semulajadi



Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil supplement dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya macam takde sebarang perubahan yang positif lagi. Namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya sekiranya beliau terus berfikiran positif dan teruskan amalkan pengambilan nutrisi yang lengkap, pasti akan sembuh !

Setahun berlalu, pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh ! Bukan itu sahaja, tahap kesihatan beliau juga makin pulih. Beliau masih hidup ! Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.





Bermulanya bisnes supplement Dr. Shaklee

Pada tahun 1924, Dr Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ni, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan yang di pakejkan oleh beliau untuk di berikan kepada pesakit. Malang tidak berbau..

Sekali lagi beliau diuji.. 5 tahun selepas itu, pada tahun 1929, pusat rawatan beliau terbakar! Habis musnah segala rekod beliau. Semua musnah kecuali buku inspirasi daripada Elbert_Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great

Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi 

"When all else is destroyed, only the product of the mind exists."

Dr Forrest C Shaklee kemudian mengambil keputusan untuk fokus dan tumpukan perhatian kepada kajian berkaitan nutrisi. Beliau pilih untuk fokus membina tubuh badan yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Faham tak?

Mencegah lebih baik dari mengubati.. kan? Kalau semua doktor fokus bantu yang dah ada penyakit, kenapa tidak beliau fokus bantu orang lain supaya usaha untuk sihat dan tidak dapat penyakit? Sunnatullah kan, hukum alam. Nak sihat, usaha. 

Kemudian beliau berpindah. Ke Eugene, Oregon kemudian ke Oakland, California. 

Selain membuat kajian, beliau juga banyak memberi talk umum, dan mendapat dua ijazah kehormat.

Professor of Chiropractic dan Doctor of Naturapathy. Pada tahun 1935 beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College. Wah pernah jadi lecturer jugak lah atok kita ni! hihi

Beliau besara pada 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Yelah lihatlah bagaimana beliau jaga apa yang ada di minda beliau semasa beliau sakit, dari kecik lagi. 

Kalau kita dalam islam pon kan Allah suruh jaga apa yang kita fikir. Kerana Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. Fikir negatif, yang buruk-buruk, maka jadi lah ia satu doa dan menimpa betul-betul perkara buruk. Sebab tu kena fikir positif fikir yang baik-baik saja.

Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah kuasa alam. The Power of Nature. Dua tahun kemudian, beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai "Thoughtmanship" 

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughtmanship ini. Ini menyebabkan beliau di anugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Coomonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau di mainkan di corong radio di San Fransisco dan Oakland. Famous Dr Shaklee ni kan!

Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, usia beliau waktu itu sudah 62 tahun. Dr Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Junior dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberi impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan supplement.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 april 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kelebihan supplement terlebih dahulu. Macam yang kami geng geng shaklee buat sekarang la :)

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement Dr Shaklee memberitahu anak anaknya. 

"Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.. "  :)

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tinggi, akhirnya keluarga shaklee telah berjaya menbina satu perniagaan yang berkonsepkan Direct Selling. 

Mengapa ia berkonsepkan direct selling? Kenapa tak letak sahaja di kedai kedai atau shopping mall ke? Terfikir tak? 

Kerana Dr Forrest mahu kita benar benar membantu orang, dan berkongsi dari hati. Beli dekat kedai, siapa nak consult? Siapa nak follow up? takde.. 

Tapi dengan konsep direct selling. Kita lebih cenderung untuk membantu dengan ikhlas.

Amacam?
Seronok kan?

Bangga pulak rasa berada dalam legasi shaklee ni :)

Sampai sekarang nama beliau kita sebut sebut.. vitamin apa? Shaklee hihihi.. Terima kasih atok, kisah atok sangat memberi inspirasi buat semua :)


Gambar noslagia sangat kan? Dr Forrest C Shaklee bertukar hadiah dengan Kol Sanders KFC (Sebotol basic H dengan Bucket ayam goreng) . Adakah anda tahu Kol Sanders merupakan seorang supervisor dalam shaklee dulu kala? Ok bangga jap kalau p KFC. Ada kaitan haha. 

Mereka adalah usahawan tersohor. Seorang memperkenalkan sistem networking (MLM) seorang lagi pula memperkenalkan sistem franchais. Shaklee adalah pelopor, yang PERTAMA sekali pioneer dalam bidang nutrisi dan Network Marketing. Bangga tak ? :)

Lepas ni makan KFC, ingat shaklee. Mereka ada kaitan! hihi

Untuk beberapa point dalam entry ini saya kreditkan kepada

- Athirah Abd Razak
- Firdaus Azizi
- Haji Roslan
- Betty Woodhouse

Terima Kasih kerana membaca hingga habis :)

No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...