Sunday, May 03, 2020

Biografi Dr Forest C. Shaklee


Kenali lebih rapat siapa Pengasas Syarikat Shaklee:

1- Syarikat Shaklee diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee  pada tahun 1956 ketika beliau berusia 61 tahun.

2- Dr. Forrest C. Shaklee lahir pada bulan November 1894 di Carlisle, Iowa.

3- Mempunyai seorang abang Ralph yang lahir pada tahun 1889, dan seorang adik perempuan Cecily yang lahir pada tahun 1897.

4- Semasa beliau dilahirkan , beliau disahkan mengidap Tuberculosis ( batuk kering ). Waktu tu, penyakit TB tiada ubat, sama seperti penyakit kusta. Dan perlu dibuat pengasingan atau kuarantin

5- Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja.

6- Punca penyakit beliau adalah disebabkan persekitaran tempat tinggal beliau di Iowa yang berdebu, kotor & tercemar (Iowa adalah bandar perlombongan arang batu).

7- Ketika dilahirkan, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hidup. Berulang kali beliau terpaksa dibantu dgn bantuan pernafasan sehingga pakar yg merawat berkata:

" The case is hopeless. This baby cannot be expected to live long. His short life will be living death"

8- Tetapi ibu & ayah Shaklee tidak berputus asa. Mereka kemudian berpindah ke utara Iowa kerana mereka percaya, rawatan terbaik untuk batuk kering adalah Udara yang bersih & rehat yang mencukupi.

9- Dr Shaklee diberikan diet makanan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan herba. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan.

10- Inilah zaman pemulihan beliau. Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam pembesaran beliau.

11- Ibu & ayah Shaklee tidak boleh menerima pendapat doktor bahawa anak mereka akan mati. Bagi mereka, selagi Shaklee bernafas, beliau mempunyai harapan untuk hidup.

12- Dan akhirnya pada umur 4 tahun, beliau boleh duduk dengan sendirinya!

13- Selama 10 tahun Shaklee meluangkan masa dengan berehat dan memerhati alam sekitar & haiwan.

Quotes yang sangat digemari Shaklee:

" Animal watch for for the signals and listen to the voice of nature, while men have forgotten how to read or listen to them."

14- Shaklee mula berfikir kenapa beliau boleh sihat dan hidup lagi sedangkan doktor kata dia tidak dapat hidup lama. Kerana keyakinan & kesungguhan ibu ayah beliau yg percaya dgn kuasa penyembuhan semulajadi.

Beliau melihat, bagaimana Ibunya menggabungkan banyak herba terpilih ke dalam pemakanan beliau. Ibunya juga turut mengurut seluruh badan kecil Shaklee berulang kali dengan minyak dan ramuan herba.

15- Dari sini, timbul minat Shaklee terhadap ilmu sains Chiropractic. Beliau yakin, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi.

" Living in Harmony with Nature® ".

Sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.

16- Shaklee kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

17- Sewaktu menjadi Chiropractic Practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.

18- Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea (means sebelum syarikat Shaklee tertubuh, Vitalea telah wujud. And it's already 105 years tercipta!).

#Note: Asal usul perkataan "vitamin" adalah dari VITAlized MINerals. Ia mengikut huruf yg awal setiap perkataan. Vitalea adalah multivitamin pertama didunia. Dan ianya hasil ciptaan dari Dr Forrest C Shaklee pada usia 21 tahun.

19- Pada tahun 1917, Shaklee berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada Chiropractors, malah Osteopaths, Internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

20- DR FORREST DIUJI DENGAN KANSER - ketika menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau

21- Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

22- Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’.

Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.

23- Shaklee MELAWAN KANSER DENGAN CARA SEMULAJADI melalui nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya, penyembuhan akan berlaku sekiranya beliau terus berfikiran positf dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

24- Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

25- Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.

26- Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi,

“When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.

27- Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

28- Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan mendapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

29- Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

30- Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di San Francisco dan Oakland

31- PENUBUHAN SHAKLEE CORPORATION - pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan supplement. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan supplement.

32- Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, Shaklee percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

33- Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement , Dr. Shaklee memberitahu anaknya,

“Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain”.

"Teach Others To Teach Others"

34- Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadi pioneer kpd konsep direct selling untuk produk suplemen. (Dan kemudian konsep ini menjadi satu fenomena pada hari ini & diikuti oleh banyak company2 direct selling yg lain).

Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.

35- Keluarga shaklee menubuhkan syarikat mereka bukan untuk mendapatkan keuntungan yang banyak tetapi lebih untuk membantu orang hidup dengan lebih sihat.

36- Syarikat Shaklee berpegang kpd 2 asas:

PERTAMA:

Dr Shaklee mahu setiap produk mereka mesti menjadi yang terbaik seumpanya dan memenuhi keperluan sebenar, bukan hanya diletak di atas rak.

KEDUA:

Beliau tahu perbualan secara peribadi adalah cara terbaik untuk menerangkan faedah kesihatan dengan cara pencegahan.

Dr Shaklee percaya dgn konsep:

"We teach few people, and the people will teach few more"

Dr Forrest Shaklee tak nak produk Shaklee dijual secara retail.

Dia nak, produk Shaklee disampaikan heart-to-heart, one person to another.

Perlu ada good consultation, perlu ada good explanation.

Dr Forrest Shaklee nak, ilmu nutrisi ini disebarkan ke seluruh Dunia

Ye, supaya people aware ttg Nutrisi dan bagaimana Nutrisi yg tepat, dapat membantu menghalang penyakit.

Dr Shaklee tak mampu nak ajar semua orang, sebab tu, dia come out dgn bisness method iaitu multi level marketing.

" Kita akan mengajar beberapa dan mereka akan mengajar orang lain untuk mengajar orang dan untuk mengajar orang lain."

Jadi orang-orang Shaklee menyampaikan kebaikan supplement dengan cara bercakap dengan orang di serata California, bertempat di stesen kereta kuda Plymouth sebagai pusat pengedaran mereka.

Mereka bercakap, orang mendengar dan memberitahu orang lain.

Walaupun tanpa "jurujual" yang formal, mesejnya tersebar luas.

Pasukan bapa dan anak ini telah mencipta beratus ribu pergerakkan akar umbi dan melahirkan sebuah syarikat yang hari ini bernilai USD$ 500 JUTA.

37- Pada tahun 2004, Billionaire Roger Barnett mengambil alih syarikat Shaklee (setelah 48 tahun) apabila melihat bagaimana produk Shaklee membantu kesihatan anak lelaki sulong mereka yang sembuh dari asma setelah mereka bertukar kpd produk Shaklee.

Nak tahu kisah Roger pula, boleh baca di LINK INI

xoxo,
Asilah
WHATSAPP
FACEBOOK
INSTAGRAM

No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...