Sunday, May 03, 2020

Anemia dan Cadangan Suplemen


Hari ni kita nak share

ANEMIA DAN CADANGAN SUPLEMEN

Tadi kita google pasal anemia, kebetulan ada customer tanya apa yang boleh bantu untuk tingkatkan bacaan HB

Jadi terdetik nak berkongsi ilmu pasal anemia atau masalah kekurangan darah merah, dan selitkan berkenaan cadangan suplemen yang boleh korang amalkan untuk mengelakkan masalah anemia berlaku.

Untuk hari ini kita cuba fokuskan perkongsian mengenai anemia disebabkan kekurangan zat besi.

So basically anemia ni adalah masalah kekurangan darah merah. Kadang-kadang ada juga pesakit yang merujuk anemia sebagai kekurangan hemoglobin (HB)


So, apa itu Hemoglobin?

Hemoglobin adalah molekul protein di dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen dari paru-paru untuk dihantar ke seluruh tubuh dan juga mengangkut karbon dioksida balik ke paru-paru untuk dilepaskan keluar tubuh.

Hemoglobin terdiri dari 4 rantaian globin (2 alpha dan 2 beta) dan di setiap rantaian globin ini ada zat besi.

Zat besi ini memberikan warna kepada sel darah merah kita. Selain mengangkut oksigen dan karbon dioksida, hemoglobin juga berfungsi untuk memberikan bentuk yang normal kepada sel darah merah.

Bentuk yang seakan-akan donut dengan bahagian tengah yang lebih nipis dapat membantu sel darah merah mengalir dengan baik di saluran darah.


So macam mana doktor menentukan seseorang tu mempunyai masalah anemia?

Doktor akan melakukan saringan ujian darah Full Blood Count (FBC). FBC adalah ujian darah untuk melihat profil darah dalam badan. Melalui FBC ni, kita boleh mengetahui jumlah hemoglobin di dalam darah seseorang itu.

Kalau jumlah hemoglobin kurang dari 12 bagi wanita, kurang dari 13 bagi lelaki dan bagi wanita mengandung kurang dari 11 maka mereka mempunyai masalah anemia.

Tidak cukup hanya mengetahui sebatas jumlah hemoglobin dalam rawatan anemia. Untuk memberikan rawatan doktor perlu mengetahui penyebab anemia berlaku.

Doktor biasanya akan melakukan ujian lanjut untuk mengetahui penyebab anemia seperti kekurangan nutrisi zat besi, vitamin B12 dan asid folik. Doktor akan melakukan ujian darah yang dinamakan iron study bagi melihat jumlah zat besi di dalam darah, feritin (jumlah protein yang menyimpan zat besi) dan transferin (jumlah protein yang mengangkut zat besi).

Apabila jumlah bagi ketiga-tiga molekul tersebut di dalam darah rendah daripada nilai normal maka pesakit tersebut menghidap anemia disebabkan kekurangan zat besi atau Iron Deficiency Anemia (IDA).

Selain itu, kekurangan vitamin B12 dan asid folik juga boleh menyebabkan masalah anemia. Seperti masalah IDA, untuk menentukan masalah anemia disebabkan kekurangan vitamin B12 dan folik asid adalah dengan mengambil darah untuk melihat jumlahnya di dalam badan.


🌟 Jadi apa yang menyebabkan anemia selain masalah nutrisi?

Selain dari masalah kekurangan nutrisi, ada banyak lagi faktor penyebab kepada anemia.

Antaranya adalah:

1) Kehilangan darah samada disebabkan kemalangan, pembedahan, kanser atau luka disebabkan penyakit seperti ulcer di perut
2) Masalah pada bone marrow atau sum-sum tulang seperti kanser darah
3) Gangguan ketika proses pembentukan sel darah disebabkan ubat kemoterapi.
4) Masalah kegagalan buah pinggang
5) Masalah genetik seperti thalasemia

🌟 Apakah tanda/gejala anemia?

Anemia boleh detect dengan banyak gejala dan kadang-kadang gejala ini dianggap perkara biasa oleh ramai orang seperti mudah letih, mudah rasa lesu, tidak bermaya, wajah tidak berseri atau pucat, sering sakit kepala dan pening kepala, luka yang lambat sembuh, rambut yang senang luruh dan kuku yang tidak cantik.

Selain itu, masalah anemia yang teruk jika tidak dirawat akan menyebabkan kerosakkan organ lain seperti jantung (susah nafas, jantung berdebar, sakit dada), otak (selalu pitam/pengsan dan koma dan kerosakkan buah pinggang.


🌟 Bagaimana cara untuk mengelakkan anemia?

"Prevention is Better Than Cure" adalah paling tepat untuk merawat masalah anemia. Amalan diet yang mempunyai zat besi, vitamin B12 dan asid folik penting untuk diambil setiap hari.

Zat besi boleh dapat dari sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis.

Zat besi dari sumber sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan.

Kalau korang merupakan seorang vegetarian, dan berkemungkinan mendapat zat besi dari sumber tumbuhan, korang kena pastikan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin C sebagai enhancer untuk membantu penyerapan zat besi dari tumbuhan.

Antara yang korang boleh amalkan seperti jambu batu, limau, betik, mangga, tomato, epal dan pelbagai jenis beri.

Selain itu, bagi meningkatkan lagi penyerapan zat besi dari makanan, korang dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai bahan penghalang penyerapan zat besi seperti minuman berkafein seperti kopi dan nescafe, teh, minuman bercoklat, minuman bercola dan minuman atau makananan berkalsium seperti susu.

🌟 Rawatan anemia bergantung kepada penyebab anemia

Pesakit anemia usually disebabkan kekurangan zat besi, vitamin B12 dan asid folik boleh mengambil suplemen yang mengandungi nutrisi-nutrisi tersebut.

Disini saya mencadangkan beberapa suplemen yang korang boleh amalkan antaranya:

1) ZAT BESI
Kita cadangkan korang yang mengalami masalah anemia boleh ambil Vitalea. Vitalea merupakan multivitamin pertama di dunia yang dihasilkan oleh Shaklee dan juga mempunyai zat besi.

Zat besi di dalam vitalea adalah mudah diserap, dan tidak menyebabkan najis berwarna hitam dan sembelit serta tiada metallic taste yang biasa membuatkan rasa loya dan tidak selesa pada perut.


2) VITAMIN C
Pengambilan vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi terutamanya bagi korang yang vegetarian atau kurang makan makanan yang tinggi vitamin C.

Cadangan kita ialah sustained release vitamin C dari shaklee yang mempunyai teknologi pelepasan vitamin C secara berperingkat sejam demi sejam untuk memastikan vitamin C diserap secara optimal.


3) VITAMIN B12 dan ASID FOLIK
Kedua-dua nutrisi ini korang boleh dapatkan dari suplemen B complex dari shaklee. Selain baik untuk pembentukkan sel darah merah yang normal, vitamin B juga membantu proses metabolisma makanan untuk membentuk tenaga dan saraf berfungsi dengan baik.


4) PROTEIN
Selain nutrisi utama seperti zat besi, vitamin B12 dan asid folik, protein juga memainkan peranan dalam pembentukan molekul hemoglobin di dalam darah merah.

Protein juga merupakan komponen penting untuk menyimpan dan mengangkut zat besi di dalam tubuh. Maka pengambilan protein yang baik tidak boleh dipandang remeh.

Protein soya dari ESP Soy Protein Isolate Powder adalah cadangan kita. ESP membekalkan protein soya tulin, tanpa pengawet, bersifat non-GMO serta mengandungi asid amino yang essential untuk tubuh.


Pengambilan protein dari soya diakui mampu menurunkan kolestrol di dalam badan dan mempunyai skor protein yang berkualiti tinggi.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk kita semua terutamanya kepada anda yang mempunyai masalah anemia

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan masalah anemia dan cadangan suplemen yang diberikan, korang boleh cari kita ☺️

xoxo,
Asilah Bakri
0126714589
FACEBOOK
INSTAGRAM

No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...