Saturday, February 23, 2019

Cara Kecutkan Jerawat dengan Vitamin C


Cara Kecutkan Jerawat dengan Vitamin C | Assalammualaikaum !

Haaa siapa kat sini ada masalah jerawat kat muka and badan? Dah try macam-macam tapi tetap tak hilang jugak, kadang jerawat tumbuh besar sangat sampai  malu nak keluar rumah!

Nak plak kalau jerawat yang tinggalkan parut

aduhhh aduhh aduhh
aduh aduhh jerawat
aduhh aduhh aduhh aduhh jangan
aduhh aduhh datang lagi

ahh giteww haha

Okay fokus fokus, jerawat ni secara lumrahnya terjadi sebab pori-pori kita tersumbat, itu permulaan jadinya jerawat. Kalau muka jenis pori-pori besar lagi mudah untuk dia tersumbat. Sebab bila liang pori tu besar, mudah untuk bakteria and kotoran masuk dalam dan kalau tak cuci bersih mudah juga tersumbat

Jerawat ni sebelum dia jadi besar, dia jadi whitehead dulu, jika tak bersih dia akan lama lama jadi blackhead bila mana whitehead tu teroxidize. Kalau tak buat apa apa untuk bersihkan, haa tu lah jadi tersumbat besar nama jerawat. Nasib baik kalau jerawat tu kecik boleh handle lagi, kena yang besar sampai taktau nak buat apa? Haaaa



"JADI SIS, APA YANG PERLU SAYA BUAT NI?"

Okay untuk penjagaan muka ni, dia kena jaga dengan dua cara


  1. Secara luaran - dengan skincare or pergi spa ke
  2. Secara dalaman - vitamins, makanan yang sihat and minum banyak airrrrrr


Jadi kat sini kita nak share penjagaan dengan supplements Shaklee and skincare Youth Shaklee

Penjagaan Dalaman - Vitamin C

Vitamin C Shaklee ni or nama penuh dia Sustained Release Vita-C Plus, membantu mengatasi kulit jerawat dengan 2 cara iaitu bertindak sebagai antioksidan dan menghasilkan sintesis kolagen. Sebagai antioksida, Vitamin C akan menghalang sebarang radikal bebas dan kekotoran dari merosakkan kulit. Disebabkan kulit terdedah kepada pencemaran, toksin dan juga bertindak sebagai pintu keluar bagi toksin, maka ianya perlulah dilindungi secara konsisten. Radikal bebas yang meningkat di kawasan kulit akan meningkatkan pengeluaran sebum dan akhirnya jerawat terjadi.

Memandangkan kita ni sering kali terdedah dengan kotoran debu habuk asap kereta eh macam-macamlah, lagi lah tinggi kebarangkalian untuk kena jerawat kalau tak jaga. Jadi bila kita konsisten consume vitamin c, insya allah boleh bantu untuk menghalang radikal bebas and kurangkan jangkitan kuman yang menjadi punca jerawat naik.

Vitamin C Shaklee ni nama dia 'sustained release' sebab dia melepaskan nutrients vitamin c secara berperingkat, bermaksud ianya akan dilepaskan sikit-sikit supaya badan dapat manfaat penuh dari sebiji tablet vitamin c ni. Ini bezanya vitamin c shaklee dengan vitamin c yang kat luar.

Badan kita memerlukan atleast 500mg vitamin c setiap hari dan satu tablet vita-c ni mengandungi 550mg vitamin c bersamaan dengan 7.5 biji buah oren. Banyak kan? Larat ke nak makan sehari 7.5 biji buah oren? hihi

Shaklee dah mudahkan dalam cara tablets untuk kita telan sahaja, yang penting nutrients vitamin c cukup untuk penjagaan badan dan kulit muka.

Penjagaan Luaran - Youth Luminous Gel Oil Cleanser

Okay kenapa kita cakap cleanser ni bagus untuk kulit yang berjerawat? Sebab kalau jeni skulit yang sering naik jerawat ni maksudnya kulit tu jenis sensitif, tak boleh salah cleanser, tak boleh sembarangan skincare. Tapi tapiiii, youth ni sesuai untuk semua jenis kulit !

Tekstur dia jenis macam gel, takde buih, takde bau. Setengah cleanser kalau berbuih (foam) boleh buatkan kulit jadi lagi kering tau. Kalau ada bau wangi plak ada yang jadi teruk lagi sebab ada alcohol.

Jadi apa yang ada dalam Youth skincare ni yang buatkan dia baik untuk semua kulit?


  • Muscadine Grape - memperbaiki sel DNA dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin
  • Lotus Japonicus - mengaktifkan protein youth yg penting untuk generate new skin cells
  • Apple Stem Cell Extract - mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit
  • Schisandra Chinesis Fruit Extract - melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit
  • Vital Repair+ Complex - memberikan nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit

Semua kandungan ni diambil masa 8 tahun tau untuk siap, bukan calang-calang okay skincare shaklee ni hihi, ada yang dah dipatenkan and ada yang masih dalam proses mempaten. Shaklee memang titik beratkan kualiti dalam bahan bahan skincare Youth ni. Sebab tu sampai 8 tahun kajian untuk buat Youth ni.

Jadi kat sini kita nak offer SET BAJET CANTIK untuk mereka yang ada maslah kulit berjerawat, yang memang dah tak tahu nak buat apa dah, meh bagi kita peluang untuk tolong korang. Insya allah everything will be fine :)

Satu botol vitamin C boleh tahan 6 bulan, ada 180 tablets
Youth Luminous Gel Oil Cleanser boleh tahan 5-6 bulan






"WAH BESTNYAA TAHAN LAMA ! BERAPA SET NI SIS?"

Haaa untuk set dua ni hanya RM292 sahaja!

Kalau bahagi 6 bulan, awak cuma spend sebulan dalam RM48.70 jeee!

Jom order sekarang, jangan biarkan masalah kulit lagi melarat, sayangi lah kulit korangggg

Klik sini untuk WHATSAPP

AsilahB
SID 1267957
Shaklee Independent Distributor
Mobile Spa by AB
Bakes by AB

Resepi senang buat SHELLOUT

Hasil 'bersilat' kat dapur haha

Resepi Senang Buat Shellout | Hai guys! Assalammualaikum!

Naaaa ritu kita ada buat makan-makan birthday masa balik kampung. Sekali sambut birthday mummy and abah. So menu malam tu untuk makan reramai selain fruit pastry cake, adalah SHELLOUT!

Jujrnya, kita pernah makan shellout sekali je masa birthday kawan. Tu pun terkukat-kulat makan sebab kongsi kan, kena cover sikit portion nak makan, haha. Yang pasti shellout ni menu dia pakai seafood - ikan udang sotong kepah dan lain-lain.

Shellout and birthday celebration

So malam tu mummy beli seafood untuk 4 family makan, den lupo berapa exactly jumlah ekor/berat seafood ni, tapi ni lah yang kitorg makan :-

Ikan siakap
Ikan senangin
Sotong
Udang

Mummy kata nak dua jenis sos shellout - berlada dan buttermilk creamy lemon

Nah kita share resepi campak-campak, moga bermanfaat! (Yes, kita jarang ikut exactly resepi, selalu agak-agak je main campak-campak ikut suka hihi)

Maaflah gambar tak menggiurkan punn haha

RESEPI BERLADA SHELLOUT
(Sebenarnya buat sambal berlada biasa tu je)

1/2 cup Cili blend
10 batang Cili merah besar
Seganggam Cili api hijau
10 biji Cili api merah thailand (yg pedas gila tu!!)
1/2 kg Bawang merah
1/2 bunjut Bawang putih
2 inci Halia

Kita blend semua and tumis sampai pecah minyak, perasakan and siap!

RESEPI BUTTERMILK CREAMY LEMON
(Ala-ala chicken buttermilk, cuma tambah lemon jus)

5 biji Bawang merah (blend)
1/2 bunjut Bawang putih (hiris)
2 tin Susu cair/susu full cream
3 sudu besar Susu pekat
10 tangkai Cili kering (gunting kecil)
10 biji Cili api merah thailand (hiris)
2 tangkai Daun kari
1/2 cup Buttercup
2 biji Jus lemon (ikut sedap tekak)

Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak and butter
Masukkan cili kering (gunting kecil), daun kari, tumis sekejap bagi naik bau
Masukkan susu cair and susu pekat, nak sedap creamy pakai susu cair bukan susu full cream (tapi kalau takde susu cair sokayyy, boleh je susu FC tuuu)
Dah menggelegak, masukkan cili api merah, perasakan, jus lemon and siap!!
 
Since masak ni dalam kuantiti yang banyak, mummy kita suka half-cooked kan dulu seafood ni (sotong dan udang). Means rebuskan separuh masak lepas bersihkan, then nanti gaul dalam sos untuk masak lagi sekali. Sebab apa? Sebab tak nak sos tu berair dek air dari seafood, biar sos tu sentiasa kering. Baru lah nikmat! Haha.

Ikan pulak kita goreng  je garing-garing bagi rangup and sos tu tuaang je leleh leleh melelehhhhh

So siap dah menu celebration kita untuk malam tu!

NAK ORDER DESSERT? KLIK SINI - Bakes by AB
NAK BOOKING SPA? KLIK SINI - Mobile Spa by AB

Grand Lexis Port Dickson Review - Indah Khabar Dari Rupa


Grand Lexis Port Dickson Review | Hai hai!

Assalamualaikum semuanya! Haaa cuti-cuti buat apa tuu?

Okay hari ni nak share sikit cerita masa trip pergi Grand Lexis Port Dickson beberapa minggu lepas.

Planning asal buat masa nak pergi trip ni memang tak plan lama pun, kebetulan kawan ada ambil cuti 3 hari terus ajak pergi. Kita pula cek tabung travel cukup nak join, terus gerak haha.

Kira trip ni macam birthday celebration jugak lah, birthday lagi, haha

Belated birthday untuk Atul (4/2)
Advance birthday for me (March)
Advance birthday for Aqilah (23/4)

Private Pool boleh terjun terus!

Dua queen bed, so boleh datang dua family or 4 sekawan

Shaklee ESP tak tinggal ya kawan-kawan hihi

Bahagian pantry yang luas

Disebabkan line kerja Atul banyak pada weekends, jadi kitorg pilih untuk bercuti pada hari kerja. Jalan tak jam and orang tak ramai.

Bertolak isnin and balik rabu. Bertolak dalam tengahari and perjalanan cuma ambil satu jam setengah jee. #DekatJe Check-in dalam pukul 3pm, haaa time ni kan masing-masing terkejut dengan dua benda iaitu :-

1) Deposit mahal gila RM300
Time ni terkejut gak lah sebab memang tahu hotel polisi akan ada deposit kena letak dulu, tapi takde lah sampai RM300, ingat kan RM100 or RM150 je maximum haha. Tapi tengokkan muka kitorg yang minta belas kasihan sebab tak cukup cash dalam tangan, receptionist tu amek deposit RM100 je, yes!

2) Bilik yang kitorg booking adalah bukan bilik yang kitorg harapkan
Okay masa praktikal dulu kitorg stay satu bilik ni, dekat bahagian apartment, means dapat view tinggi dari atas, dapatlah tengok pemandangan laut yang luas. Tapi masa nak check-in tu tanyalah bilik kitorg tingkat berapa, and tau apa staff tu jawab?

"Tingkat berapa? Eh takk bilik you guys bawah ni je, depan tuu"

Tercengang masing-masing (masukkan emoji ketawa air mata) rupanya bilik yang kitorg nak tu nama dia SKY POOL VILLA, yang kitorg booking GARDEN POOL VILLA, adehai haha lawak betul.

Tak perasan plak nama dia lain-lain sebab gambar dia sama macam yang kitorg stay duluuuu~~

Okay lah kitorg ambil juga bilik tu, haa part 'indah khabar dari rupa' tuu nak cakap yang gambar-gambar korang tengok kat website takkan boleh lawan dengan depan mata. Bilik dia awesome and private pool tu lah yang paling dinantikan and sangat selesa and sangat privacy okayy!

Jangan tengok gambar je, datang sini check-in and experience this!

Owh yaa, nak share lagi

NAK ORDER DESSERT? KLIK SINI - Bakes by AB
NAK BOOKING SLOT SPA? KLIK SINI - Mobile Spa by AB

View laut dekat water villa

Aktiviti berbasikal lepas breakfast

Kasi chance lah nak fefeling haha

3) Booking breakfast

Dekat booking.com akan ada senarai harga yang lain-lain ikut pada berapa ramai pax nak stay, kena baca betul-betul if dia tulis

Breakfast included or
Breakfast available at the premises

Dua ni berbeza tau, satu maksudkan breakfast included dengan harga, satu lagi maksudnya korang kena BAYAR ADD ON breakfast kalau nak breakfast.

Untuk kitorg mula-mula ambil 2 pax punya harga bilik dengan breakfast and nak add on another 1 pax for breakfast, tapi bila cek harga untuk 3 pax punya bilik sekali dengan breakfast sama je kalau add on. Baik ambil 3 pax terus, settle. Tak yah pening-pening.

4) Ada banyak aktiviti kat Grand Lexis
Kitorg pilih untuk berbasikal keliling villa. Lepas siap je breakfast terus ambil aktiviti ni, satu jam RM10/basikal/seorang, tapi 30 minit je lepas tu penat haha

5) MAKE SURE AKAUN BANK ADA DUIT AND AKAUN CREDIT CARD
Kenapa kita cakap macam ni, grand lexis ni tak macam hotel lain, walaupun booking dengan booking.com, pIhak Grand Lexis akan tetap tolak duit dari akaun ya untuk confirmation. Kitorg mengalami 'sudden attack' bila staff Grand Lexis hantar email kata tak boleh booking and sekiranya nak cancel kena bayar jumlah wang yang sama. Apsal plak?!

Dok dalih-dalih rupanya diorg nak tolak jumlah harga dari bank je. Cuba lah cakap awal-awal, ni dah masukkan duit dalam bank pun tetap tak boleh tolak sebab akaun debit card. Depa nak CREDIT CARD ye anak-anak (facepalm), lagi mudah kalau pihak depa ni bagitahu semua ni dalam fine print (facepalm kali kedua)

But all in all, we had a really good time!

Breakfast best!
Bilik best!
Private pool best!
View best!

Mana-mana yang tak pernah stay dekat Grand Lexis ni, kena cuba sekali at least!

So tunggu apa lagi? Ajak family/kawan-kawan and buat bajet now-now hehe


Saturday, February 09, 2019

Kursus Mobile Spa Termurah 2019


Assalammualaikum! and selamat pagi!

Haa sabtu-sabtu pergi mana jeee tuu. Ke ada lagi yang masih cuti dari CNY hihi

Okay kita nak share siapa yang tengah nak cari duit lebih, nak duit poket extra RM300-RM500 sebulan, boleh join kursus mobile spa dari TWB

Insya allah tahun ni 2019, Pakej Training Spa akan jadi lagi menarik!


"Apa ada dalam pakej spa ni kak?"


Dalam satu harga you guys akan belajar 5 course + 1 Make Over course dan pastinya lengkap dengan semua barang-barang spa and skincare products!

"Apa yang akan diajar kak?"


*Belajar 5+1 courses*

*-Relaxing facial*
*-Body Scrub*
*-Aura Bath*
*-Hands & Foot Spa*
*-Sauna*

*+1 how to set up home & mobile spa*

*BONUS*

✔ module lengkap
✔ support group
✔ beauty products lengkap
✔ basic tools
✔ lifetime coaching
✔ income 6 penjuru



"Yang Make Over course tu macam mana kak?"


Dalam pakej ni, kita bukan sahaja ajar untuk run bisnes spa, tapi kita ajar sekali macam mana nak jaga penampilan diri sebagai owner pada bisnes spa, (Makeup + Overall Image) Haa, bukan setakat customer je kena jaga nak cantik, kita pun kena tau! hihi

Nak cantik? Bisa aja!!

"Training ni ramai-ramai ke macam dalam dewan?"


Eh no no! Kita training you guys one-on-one baru lah lebih fokussss. Takde ramai-ramai macam kuliah tu. Kita nak in-depth training supaya korang lebih jelas and faham macam mana nak run bisnes and all the teknik yang kita akan ajar. Tak lama pun kursus, sehari je in a few hours hihi

Training on-on-one tau!

"Kalau saya join kursus ni dapat barang sekali tak?"



Semestinya! Dalam satu harga yang sangat murah ni, korang akan dapat macam-macam barang yang complete untuk terus run setup bisnes spa lepas training!

Apa yang korangakan dapat kalau join kursus ni??

-Youth Skincare
-Eye Treatment
-Natural Scrub
-Natural Masker

Dan produk-produk Shaklee yang lain yang sangat awesome untuk penggunaan dalam bisnes spa korang nanti

- - - - - - - - - -

Anda akan dapat juga:

-Trolley Beg SPA
-Skin Analyzer
-Ion massage
-Trial kit Spa
-Sijil

'Wow banyaknya barang! Berapa harga kursus ni kak?"


Pakej terbaru kursus mobile spa 2019!

Haaa, SEMUA ni hanya RM2,999 sahaja. Bayangkan mana nak dapat harga semurah ini untuk SEMUA YANG KORANG dapat kat atas tuu. Pelaburan sekali sahaja, untung lepas tu korang yang punya. Tu yang tak mustahil korang boleh buat extra RM300-RM500 sebulan ataupun lebih! Kita ada je testimoni yang dapat pulang balik modal dalam sebulan ke sebulan setengah jeee.

Korang bayangkan. kalau kursus lain kat luar, satu course je dah beratus. Dalam ni korang dapat 5 course plus extras lagi. Kursus makeover tu plak kalau kat luar lebih dari RM2K tau!

Untung sangat kalau korang join kursus ni, marketing kita ajar, support group ada, tinggal you guys follow je apa kita ajar. Insya allah boleh dapat income lebih tiap-tiap bulan.

Ramai je yang kerja full-time tapi buat bisnes spa sebagai part-time, duit geli-geli lah orang kata hihi

Jadi jangan risau untuk spend RM2,999 untuk belajar ilmu yang boleh pakai lama. Wanita dan kecantikan berpisah tiada.

So amacam? Jom jadi berani and join kursus mobile spa termurah 2019 ! Ubah hidup anda !

-------------------------------------------------------

Nak tahu lebih lanjut boleh baca posting ini




xoxo,
AsilahB
SID 1267957
Beautician Mobile Spa by AB

Thursday, February 07, 2019

ESP bagus untuk Breakfast

Assalammualaikum and good morning!!

Dah start kerja ke tueew? Pada yang da start, selamat bekerja. Pada yg masih cuti, happy holidays lagi hehe

Kerja or cuti jangan lupa jaga kesihatan badan, jangan lupa add on supplemet to support rongga-rongga yang kosong dalam nutrient utk badan naaa

Rini kita nak share macam mana ESP bantu kawan kita dalam breakfast instake dia. Kawan kita ni, Tirah, sering skip breakfast sebab nak cepat. Bangun pagi seawal 4.30 untuk siap and drive pergi ofis, mana lah nak sempat breakfast kan?

Alhamdulillah kita share dgn dia cara consume ESP untuk breakfast and it tunrs out sangat membantu untuk Tirah :) katanya tak lagi lapar, kenyanggggg jeee pagi everyday




ESP MENGENYANGKAN!

Ya, ESP memang buat kita rasa kenyang. Biasanya kita pagi-pagi tak sempat nak breakfast sebelum keluar pergi kelas, pergi office kan

Lepastu kalau busy sgt dgn kerja sampai tak sempat jugak nak lunch. So, dgn ESP nie la kita dpt elakkan drpd perut kita kosong. Bagus sangat la untuk korang yg tengah diet kan

Okayy meh nak cerita kelebihan ESP
🌸Rasa kenyang yang berpanjangan
🌸Rendah lemak, tanpa kolestrol
🌸Membentuk sel kulit baru yang lebih sihat
🌸Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
🌸Kulit bertambah cerah dan berseri
🌸Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
🌸Memberi tenaga berpanjangan
🌸1tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya

Untuk dapatkan harga PROMO dan FREE consultation boleh whatsapp
🌸Asilah | 0126714589

Servis Spa ke Rumah | Shah Alam


 Hai korang! Assalammualaikum!

Haaa kalau jumpa post ni mesti korang tengah cari SERVIS SPA KE RUMAH kan? Mest dok taip 'servis spa' 'spa bergerak' 'mobile spa' betul tak? hihi

Rezeki korang sebab terjumpa blog kita :D

Ya, kita ada buat servis Mobile Spa, iaitu servis spa bergerak ke rumah customer. Korang dah tak perlu runsing nak fikir spa mana nak pergi lepas kerja, nak terkejar masa lagi, nak cari parking lagi, and etc.

U guys boleh je whatsapp untuk booking servis spa dari kita - Mobile Spa by AB. Search je nama ni kat instagram nanti jumpa lah profile kita!

Tak pun malas nak taip? Nahhh KLIK je siniii

Antara servis yang kita ada ialah:-


  • Facial
  • Herbal Sauna
  • Body Scrub/Urut Lulur
  • Manicure and Pedicure
  • Hand and Foot Spa
  • Pakej Pengantin


Untuk senarai harga boleh je whatsapp kita terus, lagi senang nak communicate and bagi details apa semua. Camne nak whatsapp?

KLIK SINI - khas untuk customer dari blog, bagi code "BLOG2019" nanti kita bagi special price mur-mur punya hihi

Mana-mana yang ada masalah kulit dan perlukan bantuan, boleh juga booking. Jangan risau kita pakai product natural from Shaklee - Youth Skincare. Product skincare yang dikaji selama 8 tahun, dan dipatenkan rumusan and ada lagi yang masih dalam proses mempaten.

Bahan-bahan yang digunakan untuk buat Youth SKincare ni pun bahan yang elok and baik untuk semua jenis kulit



  • Muscadine Grape - memperbaiki sel DNA dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin
  • Lotus Japonicus - mengaktifkan protein youth yg penting untuk generate new skin cells
  • Apple Stem Cell Extract - mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit
  • Schisandra Chinesis Fruit Extract - melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit
  • Vital Repair+ Complex - memberikan nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit


Boleh juga baca sini untuk info lanjut




So tunggu apa lagi? Jom booking slot spa dengan MOBILE SPA BY AB !

xoxo,
Asilah B
SID 1267957
Mobile Spa by AB
Bakes by AB


Wednesday, February 06, 2019

10 sebab kenapa perlukan protein untuk cantik



Nak kulit cantik? Tambahkan protein dalam intake makanan seharian korang!

By now mesti ramai dah tahu yang protein penting dalam pemakanan seharian kita, tentang manfaat dan kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Lagi bagus untuk yang jenis nak jaga kulit je memanjang hihi tau tak untuk dapat kulit yang cantik sihat dan gebu, bukan setakat asyik kena tukar skincare je. Dalaman pun kena jaga jugak tau! Dari segi pemakanan pun boleh kait dengan kesihatan kulit yaaa.

Kebanyakkan protein dalam diet kita berasal dari produk berasaskan haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur dan susu dan terdapat juga berasaskan tumbuhan seperti kekacang. Some of us yang dah aware tentang ni, decide untuk ambil makanan tambahan bagi mencukupkan pengambilan protein seharian. Sebab kita tahu apa yang kita makan everyday belum tentu cukup kandungan proteinnya.

Nah kita share sikit, 10 fakta mengapa protein sangat penting untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan

Membantu mengekalkan berat badan ideal

Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal. Sebagai contoh boleh minum ESP Shaklee sebagai pengganti breakfast, 3 sudu esp baru 14gm protein dan 91 kalori sahaja.

Membantu mengawal rasa lapar

Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari. Blend sahaja ESP dengan buah-buahan serta susu dah boleh jadi breakfast smoothies yang enak!

Membuat anda rasa kenyang

Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak. Minuman protein ESP mampu untuk buat you guys rasa kenyang di awal pagi, jadi takde lah gastrik attack!

Protin membantu membakar lebih banyak kalori

Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan, sebab tu ESP shaklee boleh bagi tenaga berpanjangan!

Protein penting untuk penjagaan tulang

Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang. Bagusnya kalau tambah ESP dalam diet seharian korang, atleast bukan setakat sumber protein dapat, tapi sumber kalsium pun dapat okayyy!

Membantu melawan penuaan

Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein disamping senaman yang teratur amat penting. KUlit kusam dan tak bermaya apatah lagi sebab sunburn boleh buat kita nampak lagi tua dari usia, jom minum ESP untuk generate new skin cells biar lagi sihat dan cantik.

Melindungi anda dari stress

Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan. Setiap 1kg berat anda perlukan 1gm protein, jadi if berat korang 70kg korang perlukan 70gm protein atleast!

Bagus untuk kulit

Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda. Nak cantikkan kulit? Jom minum ES.

Bagus untuk rambut

Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi. Hair loss no more!

Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya SEDAP

Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya. Yup, boleh je makan ikan ayam daging, and tambah satu hidangan dari ESP!

PERLUKAN ESP UNTUK TAMBAHAN PROTEIN HARIAN KORANG?

Jom order ! Kita bagi FREE SHAKER AND FREE POSTAGE sekali!

Klik SINI untuk order

AsilahB
SID 1267957
Mobile Spa by AB

Tuesday, February 05, 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019

The reason behind me doing my business - my parents
I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream, I have a dream.

Kalau sebut je tentang dream, perkataan dream tu, mesti akan ingat lagu ABBA ni hehe

Dream = Impian


As growing up, jarang sekali kita nak berimpian ni. Sebab selalu fikir impian-impian ni orang-orang kaya je boleh achieved. Memang dari kecik zaman sekolah lagi, dok fikir hanya orang kaya or berada je boleh pakai beg mahal, kereta mewah, boleh pergi travel memana sesuka hati macam tu je haha

Because I have never been exposed much on how to achieved that, all I knew was if you work hard you can get it. Knowing that dulu kerja pun lompat-lompat jadi impian on what to achieved pun lompat-lompat gak lah.

Tambah plak zaman muda remaja, bila set on goals and dreams tapi bila tak tercapai, merajuk moody LOL padahal boleh je cuba lagi, tapi tulah, nama pun budak hingusan.

But one thing for sure, sejak berbisnes sendiri ni pemikiran tentang impian ni jadi lebih luas dan ada sedikit pemahaman untuk how to achieved, tak dinafikan, DUIT memang diperlukan untuk capai sebab tu dulu rasa orang kaya-kaya je boleh dapat

There are things yang I did achieve dari bisnes Shaklee and baking, small things first before the big ones. Impian kecil yang macam ala-ala wishlist lah

I got my favourite heels from H&M
I get to own a kitchen for my baking business
Get to buy some supplies for my spa business
I'm able to pay monthly for my car
and much more

But for some this is consider as small dream or it might not be dreams at all!

Lepas dah banyak kali group sharing dalam telegram/whatsapp baru lah dapat idea on

'Apa itu Impian?'

Impian ni, on my definition is something big that you really want, that if you tak dapat memang akan rase miserable yang amat! haha exaggerate betul

Tapi betul, I have a few of my dreams, that by now I should have make it as my VISION BOARD, yang bila tak tercapai rasa macam urghhhh

So here I am sharing my dreams, which I have NEVER SHARED it before!

Impian Saya Pada Tahun 2019


1. To gain RM500 bonus Shaklee every month
2. To give my parents RM200 per month Insya allah
3. To travel one negeri one month and Twice a year for overseas
4. To expand my Shaklee business and calling it Dangerous Divas or The Blossoms or I think I need some time to think about this group name hehe
5. TO MAKE SURE THAT WHEN I'M 40 YEARS OLD I WON'T HAVE TO WORK SO HARD
6. To FINALLY being able to rank up SUPERVISOR, it has been so longggg
7. To collect enough money for down payment rumah
8. To achieved freedom in terms of money and time
9. To get married and owning a house
10. NAK CARI AGENT YANG NAK BUAT DUIT hehehe

Okay kita share 10 je dulu, teringat Master Tiera pernah share satu video pasal nak buat vision board untuk impian-impian ni. Ada satu video tu cakap cuba tulis 100 impian atas kertas and tampal kan pada tempat yang hari-hari akan nampak. Nampak macam kelakar kan? Tapi dengan cara ini sebenarnya secara tak langsung jadi pembakar semangat you untuk achived all your dreams.

Next kita akan buat 100 list impian untuk tampal dalam bilik, gambate kudasai!

Nah #10yearschallenge !

Masa praktikal paling seronok sebab dapat free travel!

First time sampai Johor

Got to stay at the most expensive hotel back then - Lexis PD

Went to Penang for a trip

Learn all sorts of baking class to expand my business

My first car that I paid monthly

My spa business - Mobile Spa by AB
I really love my job!

How I intended to get weekly :D

Jadi apa beza angan-angan dan impian/cita-cita? Tau tak? Ni kita share dari Master Tiera

Angan-angan tu adalah benda yang kita fikir tapi sentiasa dalam kepala, means dalam fikiran je tak pernah dikeluarkan. Asyik layan dalam kepala je haha

Impian/Cita-cita ni adalah benda yang kita fikir dan kita tuliskan atas kertas, macam zaman SPM dulu, nak 12A score so kita tulis besar besar atas kertas kan? hihi

So now nak tulis besar-besar atas kertas and tampal ! and tanamkan kepercayaan dalam impian ni !

Moga impian Asilah ni tercapai insya allah. Aminn.

From your truly,
AsilahB (0126714589)
SID 1267957
Mobile Spa by AB
Bakes by AB

Kenapa kita perlukan protein?


Kenapa protein penting untuk kulit kita?

Sebab protein ini lah yang hasilkan kulit-kulit kita jadi cantik, flawless and gebu jeeee

Tapi,

APA ITU PROTEIN?


Protein ni ada je dalam tubuh kita and terdapat dalam setiap sel body kita. Pembinaan tisu merupakan salah satu fungsi utama protein. Protein ni merupakan komponen struktur paling utama untuk semua sel - kulit, rambut, kuku dan tulang. Protein ni merupakan bahan mentah yang diperlukan badan untuk menghasilkan enzim yang penting untuk fungsi tubuh, dari pencernaan hingga pembiakan. Protein pun penting dalam menghasilkan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh. Selain itu, protein juga diperlukan untuk imunisasi badan.

Dalam badan kita ni ada lebih 100,000 protein yang berbeza tau! Walaupun banyak, tapi badan kita ni tak boleh produce protein sendiri jadi kita kena tambah dari segi pemakanan untuk gantikan yang dah hilang setiap hari.

Mana nak dapat protein ni?

haaa protein ni boleh dapat kalau kita makan ayam, daging, ikan, telur dna produk tenusu yang merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan semua asid amino perlu. Protein pun ada dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian yang dikategorikan sebagai protein tak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino perlu.

BERAPA PROTEIN DIPERLUKAN SETIAP HARI?


Mengikut kajian, setiap 1kg berat perlukan 1gm protein, jadi kalau berat uols 70kg, uols perlukan 70gm protein! Macam mana nak tahu apa yang kita makan everyday tu cukup ke tak? or masih ada lagi ke protein lepas dah dimasak dengan miyak yang diulang-pakai?

ESP SUMBER PROTEIN DARI SOYA NON-GMO


Energizing Soya Protein ni merupakan meal supplement iaitu makanan tambahan untuk sumber protein harian. Bukan meal replacemement yaa, jangan silap hihi. Makanan tambahan maksudnya, penambahan dalam makanan seharian korang.

Contoh, awal pagi dah pergi kerja kadang tak sempat nak breakfast and protein penting untuk start the day, tak cukup. Sini lah gunanya ESP untuk sumbangkan protein ke dalam badan before tunggu makan lunch nanti. Boleh bantu elak gastrik and tambah tenaga waktu pagi. Sesuai untuk student and yang bekerja.

Baca juga:
Kenapa ESP penting untuk kita?
10 Kebaikan ESP Shaklee

JADI SIAPA PERLUKAN PROTEIN NI?


1) KANAK-KANAK - untuk tumbesaran dan perkembangan


Proses pembesaran dari sejak lahir hingga kanak-kanak menjadi asas kepada kesihatan mental dan fizikal. Start young they say.  Pentingnya sumber protein ni untuk memastikan asas kesihatan kanak-kanak kekal kukuh sepanjang tahun pembesaran dan perkembangan diorang. Dengan khasiat protein, noleh bentuk sistem imun dan otot yang kuat dalam membina dan membaiki tisu termasuk mengawal atur fungsi tubuh.

2) PENUAAN YANG SIHAT - untuk kecergasan, tenaga dan kesihatan umum


Tipulah kalau kita-kita semua nanti dah tua tak nak sihat and cergas kan? Mesti semua idamkan life yang kuat walaupun dah tua. Untuk itu, korang kena makan jumlah protein yang tepat. Pengambilan protein mempengaruhi kecergasan dan tumpuan kerana nutrien ini diubah menjadi sumber tenaga harian korang. Protein juga meningkatkan sistem imun, menggantikan sel yang rosak dan meningkatkan kekuatan otot untuk memastikan you guys boleh menempuh hari, melakukan perkara yang korang suka dengan penuh tenaga dan bersemangat.

3) KECANTIKAN - untuk kulit yang lebih sihat


Umur dan jantina bukan penghalang untuk korang kelihatan cantik. Kunci kepada kulit yang lembut dan berseri terletak pada kolagen yang diperbuat daripada protein berserat. Tau tak, kolagen terdiri daripada 30% jumlah protein tubuh! Ia menyatukan pelbagai organ dan sel tisu, menambah baik keanjalan dan menguatkan kulit. Protein juga perlu untuk pembentukan tisu baru serta pembaikan dan penjanaan semula tisu untuk memastikan penyelenggaraan saluran darah, tulang dan gigi yang sihat. Dengan sumber protein yang tepat, korang boleh mengekalkan kecantikan dan keremajaan anda. Sebab tu yang ada masalah jerawat or parut jerawat disarankan ambil ESP sebagai protein tambahan untuk bantu hasilkan kulit baru!

PERLUKAN ESP UNTUK TAMBAHAN PROTEIN HARIAN KORANG?

Jom order ! Kita bagi FREE SHAKER AND FREE POSTAGE sekali!

Klik SINI untuk order

AsilahB
SID 1267957
Mobile Spa by AB

Saturday, February 02, 2019

Why I love TWB family


Hai semuanya assalammualaikum!

Apa khabar? Cuti-cuti ni pergi mana je? Almaklumlah cuti panjangkan hari wilayah tarik sampai raya cina. Kita pun tak lepaskan peluang untuk balik kampung.

Hari ni kita nak share sikit why I love  my TWB family?

Tak sangka dah setahun dah berkecimpung dalam bisnes mobile spa bawah kursus The Walking Beauty. Alhamdulillah I’m enjoying it and feeling so grateful about it.

Baru-baru ni dikejutkan dengan kes steamer muka, yang dikaitkan dengan team TWB (The Walking Beauty) yang kalau diikutkan shouldn’t be related pun tapi takpe kita faham netizen selalu akan follow yang viral and sebelah cerita je.

Tak kurang juga ada yang tanya kita pasal kes ni, dok sharing and story kt fb, lalu timeline kita. Ada yg sokong ada yg bangkang. But I have my own stand and chose not to comment much because it was not me who is in the situation, but I still believe on my mentor and waiting for the actual news/stories.

Kalau ada yg nak tahu cerita sebenar yg lagi padat dengan info, boleh klik link ni

Kes Viral Steamer Muka

I admire how Master Ainul dealing with conflicts situations, and that is one of the reason I love my TWB family. It shows that you will learn on how to deal it in a calm way, how to deal with customers and unexpected things.

To have a good supporting system to achieve good & great things is not an easy task, I myself pun masih belajar banyak benda and that is why when people keep on saying,

“Masih consume shaklee ke?”
“Masih buat spa ke?”
“Boleh go ke dengan bisness ni?”

I akan jawab, “YES MASIH LAGI”

In anything you do, pokok pangkalnya, you need SUPPORT. If you buat sorang, you boleh je nak capai apa-apa tapi maybe mungkin ‘aku selow sungguh selow’ hehe. So, the biggest reason why I love my TWB family - mentor & group support :)

If u guys first time baca blog iols, and nak tahu lebih lanjut tentang TWB ni? Klik je one of these links okiess

Saat Magika Bersama TWB
Buat Duit dengan Mobile Spa
TWB The Glamourous Mobile Spa
Masih Releven Ke Bisnes Sendiri?
Hebatnya Facial dengan Team TWB

From yours truly,
AsilahB
Mobile Spa by AB
0126714589

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...