Grand Lexis Port Dickson Review | Hai hai!
Assalamualaikum semuanya! Haaa cuti-cuti buat apa tuu?
Okay hari ni nak share sikit cerita masa trip pergi Grand Lexis Port Dickson beberapa minggu lepas.
Planning asal buat masa nak pergi trip ni memang tak plan lama pun, kebetulan kawan ada ambil cuti 3 hari terus ajak pergi. Kita pula cek tabung travel cukup nak join, terus gerak haha.
Kira trip ni macam birthday celebration jugak lah, birthday lagi, haha
Belated birthday untuk Atul (4/2)
Advance birthday for me (March)
Advance birthday for Aqilah (23/4)
Private Pool boleh terjun terus! |
Dua queen bed, so boleh datang dua family or 4 sekawan |
Shaklee ESP tak tinggal ya kawan-kawan hihi |
Bahagian pantry yang luas |
Bertolak isnin and balik rabu. Bertolak dalam tengahari and perjalanan cuma ambil satu jam setengah jee. #DekatJe Check-in dalam pukul 3pm, haaa time ni kan masing-masing terkejut dengan dua benda iaitu :-
1) Deposit mahal gila RM300
Time ni terkejut gak lah sebab memang tahu hotel polisi akan ada deposit kena letak dulu, tapi takde lah sampai RM300, ingat kan RM100 or RM150 je maximum haha. Tapi tengokkan muka kitorg yang minta belas kasihan sebab tak cukup cash dalam tangan, receptionist tu amek deposit RM100 je, yes!
2) Bilik yang kitorg booking adalah bukan bilik yang kitorg harapkan
Okay masa praktikal dulu kitorg stay satu bilik ni, dekat bahagian apartment, means dapat view tinggi dari atas, dapatlah tengok pemandangan laut yang luas. Tapi masa nak check-in tu tanyalah bilik kitorg tingkat berapa, and tau apa staff tu jawab?
"Tingkat berapa? Eh takk bilik you guys bawah ni je, depan tuu"
Tercengang masing-masing (masukkan emoji ketawa air mata) rupanya bilik yang kitorg nak tu nama dia SKY POOL VILLA, yang kitorg booking GARDEN POOL VILLA, adehai haha lawak betul.
Tak perasan plak nama dia lain-lain sebab gambar dia sama macam yang kitorg stay duluuuu~~
Okay lah kitorg ambil juga bilik tu, haa part 'indah khabar dari rupa' tuu nak cakap yang gambar-gambar korang tengok kat website takkan boleh lawan dengan depan mata. Bilik dia awesome and private pool tu lah yang paling dinantikan and sangat selesa and sangat privacy okayy!
Jangan tengok gambar je, datang sini check-in and experience this!
Owh yaa, nak share lagi
NAK ORDER DESSERT? KLIK SINI - Bakes by AB
NAK BOOKING SLOT SPA? KLIK SINI - Mobile Spa by AB
View laut dekat water villa |
Aktiviti berbasikal lepas breakfast |
Kasi chance lah nak fefeling haha |
3) Booking breakfast
Dekat booking.com akan ada senarai harga yang lain-lain ikut pada berapa ramai pax nak stay, kena baca betul-betul if dia tulis
Breakfast included or
Breakfast available at the premises
Dua ni berbeza tau, satu maksudkan breakfast included dengan harga, satu lagi maksudnya korang kena BAYAR ADD ON breakfast kalau nak breakfast.
Untuk kitorg mula-mula ambil 2 pax punya harga bilik dengan breakfast and nak add on another 1 pax for breakfast, tapi bila cek harga untuk 3 pax punya bilik sekali dengan breakfast sama je kalau add on. Baik ambil 3 pax terus, settle. Tak yah pening-pening.
4) Ada banyak aktiviti kat Grand Lexis
Kitorg pilih untuk berbasikal keliling villa. Lepas siap je breakfast terus ambil aktiviti ni, satu jam RM10/basikal/seorang, tapi 30 minit je lepas tu penat haha
5) MAKE SURE AKAUN BANK ADA DUIT AND AKAUN CREDIT CARD
Kenapa kita cakap macam ni, grand lexis ni tak macam hotel lain, walaupun booking dengan booking.com, pIhak Grand Lexis akan tetap tolak duit dari akaun ya untuk confirmation. Kitorg mengalami 'sudden attack' bila staff Grand Lexis hantar email kata tak boleh booking and sekiranya nak cancel kena bayar jumlah wang yang sama. Apsal plak?!
Dok dalih-dalih rupanya diorg nak tolak jumlah harga dari bank je. Cuba lah cakap awal-awal, ni dah masukkan duit dalam bank pun tetap tak boleh tolak sebab akaun debit card. Depa nak CREDIT CARD ye anak-anak (facepalm), lagi mudah kalau pihak depa ni bagitahu semua ni dalam fine print (facepalm kali kedua)
But all in all, we had a really good time!
Breakfast best!
Bilik best!
Private pool best!
View best!
Mana-mana yang tak pernah stay dekat Grand Lexis ni, kena cuba sekali at least!
So tunggu apa lagi? Ajak family/kawan-kawan and buat bajet now-now hehe
No comments:
Post a Comment