Monday, August 06, 2018

Faedah & Kebaikan GLA Complex Shaklee | Shah Alam

Assalammualaikum,

Ni sambungan untuk posting GLA COMPLEX :)

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Info lanjut mengenai GLA boleh baca di sini.  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Mari kita baca kebaikan GLA Complex Shaklee :

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf. 

Setiap kapsul GLA Shaklee mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. GLA Shaklee digabungkan bersama minyak bunga matahari dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Kesegaran dan kerberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard iaitu anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu dengan berkesan sekali.

Sumber Asli GLA Complex :
1. Borage seed – 17% – 25%
2. Blackcurrant – 15% – 20%
3. EPO – 7% – 10%

MANFAAT UTAMA

• Herba tradisi yang dipercayai
Borage ialah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

• Mengawalselia estrogen dan testosterone
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simtom PMS seperti kesakitan, perubahan emosi, retensi air dan kesakitan pda bahagian payudara.

• Melambatkan menopaus
– Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan dipresi.
– Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan membuatkan kulit kelihatan lebih muda.

• Memperbaiki prostatomegaly
– GLA memperbaiki prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

• Menentang kanser
– GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan system imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

• Memperbaiki Inflamasi Kulit
– Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, dan kurap.
– Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism dan atritis.

• Mengurangkan komplikasi diabetis
– Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua.
– Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.

• Pelangsingan dan Menghalang Berat Badan Bertambah
– Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.
– Ambil semasa perut kosong untuk keasidan yang hiper

• Menghalang Tekanan Darah
– Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah dan memperbaiki tekanan darah tinggi.
– Mengelak masalah kesihatan jantung seperti arteriosclerosis dan myocardial infarction.

• Memperbaiki Tekstur Rambut
– Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

• Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)
– Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA dan minyak ikan memperbaiki keadaan kanak kanak autism, sukar memberi tumpuan dalam pembelajaran dan hiperaktif.

Untuk pertanyaan boleh contact saya di -


Asilah
Shaklee Independent Distributor

GLA Complex Shaklee | Shah Alam

Assalammualaikum,

Entri kali ini kita nak share mengenai kebaikan GLA Complex Shaklee. Yang tak pernah dengar GLA ni pasti teruja yang Shaklee juga ada evening primrose oil.

EPO (Evening Primerose Oil) tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Shaklee tidak mengeluarkan supplemen dengan nama EPO tetapi sesuatu yang lebih baik iaitu GLA complex.



Apa itu Gama Linolenik Asid (GLA)?

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak poli-tak-tepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.
GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.

Apa pula prostaglandin?

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Siapa yang perlukannya :
  • Wanita yang menghadapi PMS
  • Mereka yang menghadapi kencing manis
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit
Untuk pertanyaan boleh contact saya di -

Whatsapp
Instagram
Facebook

Asilah
Shaklee Independent Distributor

Friday, August 03, 2018

TWB The Glamorous Mobile Spa


Assalammualaikum,

By now, for those who knows me, tahu yang kita sekarang besides than jadi baker, kita juga merupakan salah satu Spa Beautician under The Walking Beauty.

Okay, apa itu The Walking Beauty? The Walking Beauty project ni adalah salah satu project under Master Ainul untuk membantu para wanita di luar sana dari segi kewangan dan juga untuk upgrade hidup.

Main reason tubuhnya The Walking Beauty ni, on why she came up with this idea is because of TANGGUNGJAWAB. She wants to help people who are :-

- ibu-ibu tunggal
- wanita yg punya suami tidak bertanggungjawab
- suami yg kurang upaya
- suami isteri yg dihimpit masalah kewangan

Salah satu element best dalam The Walking Beauty ni ialah you boleh bukak SPA ATAS NAMA SENDIRI TANPA KEDAI!

Kita memang suka anything related dengan beauty ni, jadi bila diberi peluang (melalui Kak Tiera) untuk join jadi beautician under TWB ni, terus seronok okay!

Bila join TWB ni dulu, yes first thing fikir nak cari backup untuk days yang takde order dari baking, after a while, INSTANT CASH yang dapat dari The Glamorous Mobile Spa ni, bantu banyak sangat in terms of nak bayar bil and kereta and etc.




Tu baru satu income dari buat bisnes spa, tapi dalam TWB ni ada LIMA (5) penjuru income tau!

Product yang diberi bila join as beautician TWB ni, bukan calang-calang -  SHAKLEE okay!

Always safe, Always works, Always green.

Nah, dengan Shaklee boleh dapat income yang KEDUA plak dalam bentuk BONUS. Fuhhh, baru dua hehe, yang 3 4 5? Haaa yang tu kalau nak tahu kena join lah jadi ahli TWB :)




Bayangkan diri ni bila dulu makan supplement shaklee, tanpa ilmu, memang tak kemana. Now bila dah tahu cara makan and cara guna YOUTH SKINCARE, terus kulit rasa flawless and sunburn pun kurang. Tanpa sengaja bila jadi beautician TWB ni jadi cantik. Haha!

Jadi apa yang GLAMOUR sangat buat Mobile Spa ni?

Haa, tau tak servis mobile spa ni permintaan yang sangat-sangat tinggi? Dah lah tinggi, lepastu kita pakai products yang bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Insya allah sesuai dengan semua jenis kulit.

Yang membuatkan TWB ni lagi GLAMOUR ialah, taip je mobile spa mesti mostly semua dari beautician The Walking Beauty. Sebab TWB je yang ada group support paling power yang pernah kita tahu, and ramai dah gain benefits yang mengubah hidup dengan join bisnes ni. Dengar citer bulan Julai 2018 lepas seramai 66 orang ahli baru join. Omak aii, ramainya! Lagi besar lah team beautician TWB hehe

Ni bukan bisnes cikai-cikai okay, semua nya ada PROVEN RESULT, PROVEN PRODUCTS, & PROVEN MENTOR.

Jom lah join jadi ahli The Walking Beauty and open your own spa!

Meh whatsapp kita meh. Klik je link kat bawah niiiii

TWB THE GLAMOROUS MOBILE SPA



Asilah
Beautician Mobile Spa by AB :)







.

Kenapa ESP Shaklee sangat penting untuk kita?


Assalammualaikum,

Okay sebelum kita terus cerita pasal KENAPA ESP SANGAT PENTING UNTUK KITA, kita cerita dulu kenapa PROTEIN itu sendiri memang penting.

Protein ni ada TUJUH (7) kategori dan jugak fungsi masing-masing tau.

1) PROTEIN HORMON
Fungsinya sebagai 'bahan kimia' yang membentuk hormon.

2) PROTEIN ENZIM
Protein ini bertugas membentuk enzim. Contohnya zat-zat molekul lemak, karbohidrat kenalah dicerna dulu jadi molekul kecik untuk mudah diserap badan. So protein lah yang kena bentuk enzim-enzim ni.

3) PROTEIN STRUKTUR
Protein paling besar dalam tubuh badan kita untuk bentuk organ sel dan lain-lain. Dia ada DUA (2) kategori

a - Keratin, iaitu protein yang paling kuat dan berserat. Dia bentuk kuku, rambut, kulit dan gigi.
b - Kolagen, iaitu protein yang membentuk tendon tulang, otot tulang rawan dan kulit juga.

4) PROTEIN ANTIBODI
Protein adalah komponen yang bentuk antibodi. Siapa kata protein tak ada kaitan? Kat sini nak bagitahu, dengan adanya protein yang mencukupi setiap hari, maka pembentukan antibodi lebih optomum dan protektif.

5) PROTEIN TRANSPORT
Fungsi protein kat sini menghantar molekul-molekul dan zat kedalam dan ke luar sel. Contohnya, Haemoglobin hantar oxygen ke dalam darah. Serum albumin hantar lemak ke salur darah.

6) PROTEIN PENGIKAT
Kerja dia apa? Kerja dia ikat zat-zat yang masuk dalam badan kita. Tak mau terlepas yang terlebih-lebih, so kena ikat. Contoh macam Feritin, dia ikat zat besi supaya bila next time signal badan kata darah merah kurang, dia akan release zat besi ni.

7) PROTEIN PENGGERAK
Yang ni pun kita baru tahu. Protein ni atur kekuatan dan kecepatan jantung kita bergerak, sama jugak dengan otot. Contoh eh, bila kita bengkok kan kaki kan, sebenarnya ada reaksi protein nama dia Aktin dan Miosin. Dalam otot kita ni, dia akan tindak balas untuk jadikan otot boleh bengkok dan tegak balik.

Jadi, sebab ini lah kita perlukan PROTEIN!


Jadi KENAPA ESP TERBAIK UNTUK KITA?

Esp ni ada ujian klinikal tau seluruh dunia iktiraf Esp bermutu tinggi. Sebab apa dia sepcial? Sebab ESP diproses dengan air yang bersih untuk pelihara ISOFLAVONS. Isoflavons ni bertindak meransang dan menerima estrogen dalam otak. Terutama sekali dalam Hippocampus (kawasan penting dalam memori manusia)

ESP bebas lactose (gula), rendah lemak, free kolestrol, tahap 39 je GI. Biasanya paras rendah GI ialah 55 tau! Tp Esp 36 je hihi

1 hidangan ESP sama dengan 2x daging, 4x telur, 12x susu. Sebab tu Esp sesuai untuk yang nak diet.

Esp ada 22 jenis amino asid, 9 daripadanya terpenting dan tak boleh dihasilkan oleh badan.

Mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim.

850g protein tu bersamaan 30kg kacang soya!

Esp ni meningkatkan fungsi hormon. Sebab apa? Sebab dalam kacang soya je ada ISOFLAVONS tau. Isoflavons ni tugas dia sama sebijik macam pil hormon wanita. Sebab tu denganadanya Esp ni, dia akan topup hormon-hormon kita yang kurang atau terlebih tu dia reduce balik.

ISOFLAVONS ni punya best sebab ada PHOLIFENOL. Bertindak sebagai PHYTOESTROGEN, ANTIOKSIDA, ANTI-KANSER.

Esp jugak mampu memulihkan fungsi prostat lelaki. Sebab dalam ESP ada GENISTEIN.

Apa tu Genistein? Haaa, Genistein ni adalah ESTROGEN terkuat dalam banyak-banyak Isoflavons.

  1. Mampu lindung kita dari Osteoporosis, 
  2. Kurangkan gejala Menopause.
  3. Mampu menghalang pertumbuhan sel kanser dari merebak, 
  4. Mampu musnahkan radikal bebas dalam kulit.
Esp memang penuh dengan fungsi protein-protein tadi. Ia bagi kita bertenaga sebab laju je dia tukarkan molekul protein, lactose kepada ATP (tenaga) Sebab protein kita cukup!


Kesimpulannya, ESP NI DAH TERSANGAT LENGKAP SEBAB ADA 50,000 jenis protein. 20,000 jenis enzim dan MANFAAT ISOFLAVONS yang tak akan dapat kat mana-mana :)

Kalau ada yang nak try minum ESP ni untuk kulit cantik ke, untuk kurus ke, untuk bertenaga ke, ataupun untuk menambahkan susu buat ibu menyusu, boleh whatsapp kita :)

Nak dapat HARGA PROMO, or FREE POSTAGE or  FREE SHAKER, boleh whatsapp kita sebelum 31 Ogos 2018 :)

Whatsapp
Instagram
Facebook

Asilah
Shaklee Independent Distributor

Thursday, August 02, 2018

Set Cantik Shaklee | Shah Alam


Assalammualaikum,

Okay hari ni kita nak share apa yang ada dalam SET CANTIK SHAKLEE :)

Most of my spa customer PM kita tanya tentang set ni. Jadi meh kita share sikit info yang sangat mudah untuk korang faham akan benefit and fungsinya.

Dalam set cantik Shaklee ada tiga iaitu - Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin C dan Vitamin E. ESP adalah dari jenis minuman. Manakala Vitamin C dan Vitamin E adalah dari jenis tablet.

Fungsi Set Cantik Shaklee

Secara umumnya, Set Cantik ini berfungsi untuk memberikan kulit yang lebih cantik dan sihat. Menurut fakta, sel kulit manusia akan diperbaharui selepas setiap 21 hari. Jadi, sekiranya kulit kita mendapat nutrien dan vitamin yang cukup, sel kulit baru yang terhasil akan lebih cantik. Kalau kulit gagal mendapatkan nutrien secukupnya, sel yang terhasil samada sama atau lebih teruk.

Fungsi ESP Shaklee


  1. Mencerahkan dan menjadikan tona kulit lebih sekata
  2. Menghilangkan parut jerawat degil
  3. Menghilangkan parut jenis berlubang
  4. Menghilangkan jeragat
  5. Menjadikan kulit yang kusam tak bermaya kepada kulit yang lebih sihat serta GLOWING
  6. Membantu mengecilkan pori muka
  7. Mengurangkan masalah blackheads / whiteheads
  8. Kulit tegang, anjal, gebu
  9. Awet muda


Fungsi Vitamin C Shaklee


  1. Merangsang pembentukan kolagen
  2. Membantu mengekalkan kulit yang awet muda
  3. Mencerahkan kulit secara semula jadi
  4. Mengawal masalah kulit berminyak
  5. Mengecilkan pori muka
  6. Membantu melindungi badan dari radikal bebas


Fungsi Vitamin E Shaklee

  1. Mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan juga untuk awet muda (kulit lebih tegang dan anjal, bertindak sebagai anti-penuaan)
  2. Mengurangkan parut jerawat dan jeragat (juga STRETCH MARK selepas bersalin)
  3. Menyembuhkan luka atau kesan lecur dengan lebih cepat (sapu minyak Vitamin E pada bahagian yang luka atau melecur)
  4. Kulit dan rambut sihat, menjadi lebih cantik dan lebat
  5. Mengatasi kulit kering dengan melembapkan kulit
Vitamin E Shaklee ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya khusus untuk kulit yang CANTIK, SIHAT and GLOWING.

Kebaikan kesihatan grape seed extract:
  1. Menyingkirkan radikal bebas
  2. Mengurangkan radang (inflammatory)
  3. Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
  4. Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
  5. Mencegah masalah kelenjar prostat
  6. Melambatkan proses penuaan
  7. Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  8. Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  9. Membantu fungsi sistem saraf otak
  10. Meningkatkan daya pertahanan badan


Okay lah kalau nak dapat HARGA PROMO, boleh dapat FREE POSTAGE and FREE SHAKER, boleh whatsapp kita 0126714589 sebelum 31 Ogos 2018 :)


Asilah
Shaklee Independent Distributor

Wednesday, August 01, 2018

Youth Shaklee and Vitamin C untuk Kulit Jerawat


Assalammualaikum,

Hari ni kita nak share real testimoni from oen of our own TWB Beautican - Farah :)

[Real Testimoni - TWB Beautician Farah]
.
Sebelum tu fara kenalkan diri secara ringkas, nama diberi Nur Farah Mohd Zin, biasa org pnggil fara, tp nama glamour dlm bisness Chefa.

Sy berusia 29 tahun, sudah kawin dan mempunyai seorg anak dara berumur 4 tahun.

Sy seorang fashion designer + tailor + twb beautician.

Camno sy kenal shaklee?

Sy kenal shaklee 2016 masa tu sy add master ainul dlm fb, serious sy mmg tak kenal langsung shaklee sebelum tu. Tahu shaklee tp xpernah beli atau ambik tahu, sampai la sy slalu tgk master ainul selalu post psl shaklee kat wall fb dia.

Jadi sy pon mula risik2 tnya pasal shaklee and master pon slow2 tarik sy masuk jd ahli, (nmpk tak permainan master disitu) haha

First produk sy mkn adalah ostematrix!

Tailor WAJIB mkn ni. Mana taknya lengoh2 habis bdn bile duk menjahit baju.. sbb asik lengoh2 ni la sy usha TWB.

Tp sy akui sy agak lalang mula-mula. Nak2 bile shaklee kena viral oleh pihak tak bertanggungjwb ckp shaklee ni bahaya. Saya dh mula slow2 avoid shaklee.

Setahun sy bercerai dgn shaklee, yup setahun!

2018, Allah jentik sekali lg hati sy nak join TWB.

Dan masa saya bercerai dgn shaklee ni la permulaan kisah sedih saya T_T



2017

Sy ni mmg ada masalah resdung + jerawat dr zaman ank dara lg, and lps kahwin dan bersalin ok tp kdg2 dtg juga bile salah mkn.

Sy mula cuba guna skincare mamadil, yup sbb sy baca bnyk feedback ckp mamadil bagus tp mgkin tak bagus utk sy. Muka sy makin hari makin teruk, dr tempat yg tak pernah ada jerawat timbul jerawat

Sy habiskan juga sbb sabun tu agak mahal dan lps sy stop sy rasa hmpir semua skincare sy beli kat watson atau guardian, 1 pon xleh bg kesan positif pada sy

Bygkan bile ada yg tegur muke, malu beb! Sampai sy feedup last2 sy cuci pakai sabun sirih, tu je yg sy rase ok. Tapi tetap kna cover dgn bedak 😓😓 biji2 still ada.

Anddd yg paling meriah sekali 3 bulan lepas, mgkin sbb sy stress kalut siapkn tempahan raya + tido xcukup + makan mengarut mkin menjadi2 dia kuar.

Sedih tgk muke sendiri. Di saat2 bintik keluar dgn jayanya. Cover dgn bedak pon still nmpk bintik2

6/5/2018 Tarikh Training TWB

Masa jerawat tgh meriah ni banyak la kwn2 duk offer skincare itu ini.m, termasuk mary kay, sy tak tergerak hati utk cuba, kwn hari2 pujuk duk iklan. Sampai dia feedup, dia ckp sy tak mampu la tu nk beli skincare mahal (lawak plak bile ingt)

Masa sy masuk kelas online rm99 #TWB sy mmg dh stop pape jenis skincare sbb sy nk pakai youth! Lantak la jerawat nk kua sgt.

Masa traning tu sy mmg ckp kat master, “Tunggu la sy pakai youth, cantik la sy pasni”. Yakin betol and master ckp mkn vit c sekali.

Sy bukan ckp produk2 yg sy guna sebelum ni tak bagus mgkin tak sesuai dgn sy. Sepanjang healing tu ambil vit c dan youth je!

Mula2 mmg pedih terutama toner tp master ckp mmg mcm tu, so sy selang2 shj.

Vit c sy ambik 2 biji sblum tido. Sy jga permakanan juga..mmg nekad.. dah nak raya time tuu, xnak la muke comot comot kan.

Sekarang skin dh bertambah baik dan baik. Sy tak sngka la youth dan vit c shaklee bg sy effect smpai camni, sy sndiri terkejut!

Dulu sy rase klu pencuci muka rm50 rase mcm mahal sgt dah tp youth lg mahal tp sy rase berbaloi sangat-sangat.

So kena workhard sbb dah terjebak dgn skincare org have2, xleh undur dah haha

Tips simple dr sy - kalau jerawat naik sy akn tepek alfafa kat situ semalaman. So far sy buat mmg cpt kecut.

And kalau ada yg bgthu muka naik bintik2 lps pakai youth kenal pasti dulu yg mana tak sesuai, toner ker night cream ke, stop dulu, just guna pencuci.

TAPI

Saya percaya detox dr dalam juga sgt2 penting, sbb tu sy ambil vitamin C :)

-------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau ada yang nak try Youth Shaklee and Vitamin C boleh whatsapp kita. Klik je link bawah ni

Klik sini WHATSAPP

Asilah
Shaklee Independent Distributor

Monday, July 30, 2018

10 Kebaikan ESP Shaklee | Shah Alam


Assalammualaikum,

Okay topik hari ni kita nak share solely on ESP Shaklee.

Masa first time consume Esp ni, kenal dengan Kak Tiera, masa tu just nak cuba konon nak kurus, after a few months contact balik Kak Tiera and order lagi satu tong Esp and cuba faham cara makan and google all the benefits, and alhamdulillah niat nak kurus dapat kurangkan 6KG dalam 2 bulan and secara tak langsung kulit makin better and cerah. Before sunburn agak gelap sebab masa praktikal memang travel je kerja.

So hari ni, kita nak share kenapa ESP ni sangat lah bagus untuk diconsume hari-hari :)

1) KUNCI AWET MUDA

Kenapa awet muda? Okay protein sangat penting dalam penghasilan sel kulit baru. Membina sel baru dan menggantikan sel lama yang mati. Sel kita biasanya akan rosak akibat penambahan usia, terdedah dengan radikal bebas and kalau stress pun sel badan boleh rosak jugak tau! Hanya sel yang sihat sahaja boleh bantu kita dapat kulit awet muda and ESP Shaklee boleh bantu kita untuk dapat sel yang sihat

2) MEMBERI TENAGA SEGERA

Bila protein cukup dalam badan, kita nak ada tenaga for the whole day pun dah boleh cover. Sebab apa? Sebab dalam ESP Shaklee ni ada asid amino perlu. Dari segi kimia dia, asid amino ni lebih kurang macam glukos cuma ia mengandungi nitrogen. Apabila asid amino diproses, nitrogen disingkirkan dan menjadi asid lemak yang digunakan untuk bekalkan tenaga. Berbeza dengan karbohidrat, protein Esp akan bekalkan tenaga yang perlahan tapi bertahan lebih lama, sebab tu bagus ambil Esp masa sahur time bulan puasa :)


3) TIADA KOLESTROL DAN RENDAH LEMAK

Esp adalah sumber makanan 100% bebas kolestrol! Kalau nak dapatkan protein hanya pada ayam sahaja, kena fikir kolestrol lemak pada kulit ayam and cara ianya dimasak, kalau nak grab proetin from daging sangatlah tinggi kolestrol. Jadi denga Esp sahaja anda tak perlu fikir pasal kolestrol dah.

4) ESP RENDAH GLISEMIK INDEX (GI)

Sangat penting untuk anda cari makanan yang rendah parasa glisemik index, bila tahap GI rendah ia mampu untuk kawal paras gula dalam darah dan memecahkan gula secara perlahan dan melepaskan glukos perlahan-lahan ke dalam sistem badan kita, sebab itu mereka yang menghidap diabetes elok ambil Esp Shaklee!

5) ESP Shaklee diperbuat daripada soya BUKAN GMO

Non-GMO atau BUKAN GMO adalah organisma yang tidak diubah secara genetik, tanpa bahan kimia. Sesuatu tumbuhan BUKAN GMO akan tumbuh membesar mengikut fitrah semulajadi. Banyak dah makanan dan tumbuhan nowadays yang GMO, tak berapa bagus, sebab boleh beri kesan jangkamasa panjang pada tubuh badan kita. Esp bebas dari risiko ini, insya Allah. Anda boleh percaya kerana ia bukan diperbuat dari soya GMO. Ingat lagi Dr Zubaidi pernah cakap,

"When it comes to soy, don't blame the bean, blame the process.."


6) ESP diproses tidak menggunakan alkohol

Sesetengah soya diproses menggunakan alkohol, tapi TIDAK bagi Esp Shaklee. Pentingnya tiada alkohol dalam Esp ialah, satu, dari segi status halalnya, dua, kalau ada involvement of alcohol, kandungan Isoflavon dalam soya akan hilang dan jadi beracun! Sebaliknya Esp hanya menggunakan air bersih sahaja demi mengekalkan isoflavonnya.

7) ADA KALSIUM DALAM PROTEIN ESP

Ada kajian menunjukkan soya bersifat asid and boleh sebabkan kerapuhkan tulang, maka unsur kalsium diperlukan untuk meneutralkan sifat asid tersebut. Tak banyak pengeluar soya kat luar sana menambahakan unsur kalsium ni, tapi Shaklee ada, dalam ESP ada penambahan 500mh kalsium untuk setiap satu canister.

8) LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO PERLU

Protein terdiri dari 20 jenis asid amino. Setiap satu akan membantu setiap satu fungsi yang berbeza ikut keperluan dalam badan kita. Ada yang badan kita boleh hasilkan, ada yang tidak. Yang mana badan kita hasilkan adalah asdi amino tidak perlu, and yang mana tak boelh dihasilkan oleh badan kita ialah asid amino perlu. Dan ESP ada semua asid amino perlu :)

9) ESP MENGGUNAKAN PROSES PENSIJILAN IPP

Maksud proses Pensijilan IPP ialah Identity Preserved Program (IPP) yang memastikan kacang soya bebas dari perubahan genetik (GMO) dari peringkat benih sampailah ke peringkat pengeluaran.


10) SELAMAT DAN BERKUALITI

1 hidangan ESP dah bersamaan dengan 2 kali ganda protein daging, 4 kali ganda protein telur dan 12 kali ganda protein susu rendah lemak! Bebas kolestrol, tiada asid urik, dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan.

Okay lah kalau nak dapat HARGA PROMO ESP, boleh dapat FREE POSTAGE and FREE SHAKER, boleh whatsapp kita 0126714589 sebelum 31 Ogos 2018 :)

Whatsapp
Instagram
Facebook

Asilah
Shaklee Independent Distributor

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...