Monday, February 13, 2023

5 Sebab Vitamin C Shaklee Bagus Untuk Student


5 Sebab Vitamin C Shaklee Bagus Untuk Student
| Student kan mesti sinonim dengan barang yang harga dia kena berjimat dan affordable. Harga yang sesuai untuk student dan tidak membebankan mereka.

Saya dulu pun pernah juga jadi student. Ingat satu cerita pasal makan dekat dewan makan kolej. Ada one time tu, memang betul-betul tengah berjimat, jadi setiap hari akan makan nasi putih + telur mata + kicap. Yes, setiap hari lauk ni je.

Mula-mula okay je. Takde masalah apa pun. Tapi one day, tak tahu lah apa masalah staff dewan tu. Dia boleh cakap,

“Kau ni aku tengok asyik makan nasi putih, kicap dengan telur mata je hari-hari. Dah miskin sangat ke tak boleh beli lauk menu lain?”

Fuh time tu kan, rasa macam tertusuk habis weyh. Dalam hati dok fikir, “Salah ke aku makan lauk macam ni hari-hari? Kenyang pun kenyang. Sedap je makan pun.”

Sejak dari tu, saya tak mai dah dewan tu hahah p makan dekat dewan lain lol. Jadi saya faham sangat bab student nak BERJIMAT.

BACA JUGA : Cara Urus Duit Dengan Baik

Okay balik pada Vitamin C untuk student ni. Nak cerita kenapa student sebaiknya pilih Vitamin C dari Shaklee - Sustained Release Vita-C nama dia, berbanding vitamin C yang lain.

BACA JUGA : Cara Kecutkan Jerawat Dengan Vitamin C

Saya sharekan 5 perkara penting kenapa Shaklee punya Vitamin C adalah pilihan paling THE BEST untuk student :D

1. Harga yang sangat Jimat dan Berbaloi.

Okay saya breakdown pecahan harga sebiji untuk vitamin C ni. Shaklee punya sebotol ada 180 tablets. Since sehari makan sebiji, jadi sebotol tahan 6 bulan. Beli dua botol cukup untuk stock setahun. Dah tak payah pening kepala.

Satu botol harga baru RM92, jadi bahagikan dengan 180 tablets, satu biji jatuh dalam 0.52 sen macam tu. Sebulan kira anda spend roughly dalam RM15.34 sahaja.

Berbanding vitamin C lain yang mungkin berharga RM30 untuk 30 biji cukup sebulan sebotol. Tapi bila dibahagi, satu tablet jatuh RM1. Bila spend untuk 6 bulan dah jadi RM180 tau. Boleh nampak disini, harga Shaklee lebih lagi murahnya.




2. Sistem pelepasan berperingkat.

Shaklee patenkan sistem pelepasan berperingkat ni dan kat sini bermaksud, khasiat vitamin c akan dilepaskan secara berperingkat dalam badan kita.

Satu tablet mengandungi 500mg khasiat vitamin c, dan setiap satu jam, khasiat vitamin c akan lepaskan 100mg. Jadi awak akan dapat perlindungan vitamin c atleast untuk 5 jam.

Body kita ni secara semulajadinya tak boleh produce vitamin c dan body hanya akan serap 100-200mg sahaja pada satu masa. Lebihan vitamin c yang tidak diserap akan dibuang melalui air kencing. Rugi sangat kan?

Sebab tu pentingnya ambil vitamin c yang ada sistem pelepasan berperingkat macam Shaklee punya Vitamin C.

BACA JUGA : Set Kulit Cantik Shaklee



3. Dari sumber semulajadi.

Kenapa saya berani jamin kata Vitamin C Shaklee sesuai untuk student, sebab ianya dari sumber ekstrak jagung yang sangatlah lembut untuk perut. Shaklee tahu, ada sesetengah orang tak boleh ambil vitamin c dari sumber yang biasa macam ascorbic acid sebab boleh trigger gastrik dan angin dalam perut.

Jadi Shaklee gunakan alternative lain seperti ekstrak jagung tapi masih lagi mampu menghasilkan khasiat vitamin C yang lebih baik supaya semua orang boleh makan.

Tau tak satu tablet vitamin C Shaklee ni bersamaan dengan 7.5 biji buah oren? Sebiji je setiap hari sudah cukup untuk pastikan awak semua ada perlindungan vitamin C.



4. Tambahan Bioflavonoids.

Sustained Release Vita-C ni bukan sahaja boleh bagi awak khasiat 500mg vitamin C, tetapi ditambah juga dengan 120mg bioflavanoids citrus yang bertanggungjawab membantu proses penyerapan vitamin C dalam badan dengan lebih baik. Kira bioflavanoids ni bantu up kan lagi improvement penyerapan.

Biasanya bioflavanoids kita akan jumpa dekat buah citrus, yang salutan putih-putih kat kulit dalam and dekat buah. Yang rasa pahit-pahit tu. Yang selalunya orang buang tak mau makan. Haa yang tu lah yang penting sebenarnya. 

Yang Shaklee masukkan sekali dalam ingredients Vitamin C. Jadi dengan cara ni, awak sebagai seorang student boleh dapatkan khasiat menyeluruh dari buah oren dengan hanya telan Vitamin C Shaklee ni.



5. Perbezaan Vitamin C Shaklee dengan yang lain.

a) menjimatkan kos, satu biji hanya 0.52 sen.

b) ada penambahan 120mg bioflavanoids, beserta sistem pelepasan berperingkat yang sudah dipatenkan.

c) mempunyai kajian klinikal yang membuktikan keberkesanannya.

d) tablet yang sangat lah lembut untuk perut seorang student.



6. Jom beli Vitamin C Shaklee dari saya ! Whatsapp saya dengan kadar segera. Hari ni order, hari ni juga boleh pos InsyaAllah :D Kalau ada student stay area Shah Alam, nak delivery pun bolehhhhh.

——————————


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sunday, February 12, 2023

Makan Apa Hari Ni : Nasi Lemak Ayam dan Roti Canai



Makan Apa Hari Ni : Nasi Lemak Ayam dan Roti Canai | Alhamdulillah untuk rezeki hari ni dapat makan di luar. Semoga para pembaca dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan. Aminnn.

Memandangkan hari ni weekend, kita gantung kuali lah ye hehe. Breakfast kita makan dekat luar. Pilihan today Restoran Mak Uda dekat Bukit Jelutong.



Kedai ni kalau pagi-pagi memang ramai. Customer yang datang selepas bersenam, datang makan dengan family, datang lepak kawan-kawan. Best tengok.

Pilihan makanan pun banyak. Selain dari Nasi Lemak dan Roti Canai, ada juga bahagian makanan style buffet/cedok juga, macam meehoon, nasi goreng, mee goreng dan etc.




Nasi Dagang dan Nasi Kerabu pun ada juga. Beserta kuih-muih.

Harga untuk semua makanan, affordable juga. Not too fancy.

Bila dah selesai makan, kami singgah kedai beli barang baking sat. Untuk my cakes and cupcakes orders. Takut tau tengok harga-harga barang baking sekarang. *nangis bucu katil*




Owh ya, sebelum keluar tadi, minum dulu CINCH SHAKE Shaklee untuk supplement protein tambahan. Tengok lah beg Shaklee ni, besar and boleh isi macam-macam barang baking hehe

Okay lah, itu je nak share pagi ni. Jumpa dekat next entry. Have a great weekend everyone !

——————————

Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam


Saturday, February 11, 2023

Our Wedding Story : Baju Nikah dan Seangkatan


Our Wedding Story : Baju Nikah
 | dan lain-lain yang berkaitan. Hehe.

Part baju ni if tak salah, kami pergi cari I think around 2 weeks before tarikh nikah. The reason kenapa nampak macam last minute ialah tarikh nikah tu baru dapat approve. Almaklumlah, nikah time PKP hehe banyak sikit cabaran dia. Yang ni nanti kita cerita lain entry okay, panjang nanti :D



Okay back to baju nikah. We both sanggup drive sampai ke Bangi nak cari baju nikah sepasang. Dah aim dah ada satu kedai nama NAWLAA sebab beli baju tunang dulu dekat situ. Material cantik, tahan lasak. Jadi ingat nak beli untuk nikah pun dekat situ. Tapi bila sampai apakan daya, size yang ready stock dekat butik semua dah habis. Kena beli online je. Idok le kuasa itew. 

Masa ni dah start panik sikit, sebab takde prepare langsung plan B. Saya ni badan jenis size takde lah proportionate sangat macam normal sizes di butik. Kena try dulu baru confident.



Maka berpusing lah satu bangi cari baju nikah. Habis semua kedai masuk and test baju. Ada yang okay, laki pula takde design. Ada yang laki ada, tapi pompuan punya plak takde. Owhhh stress I haha

Selang setiap kedai yang mana kat patung ada laki pompuan memang kami masuk and try haha my tunang, (waktu tu belum husband ecehceh), dah senyap dah kat sebelah sebab kena pergi banyak kedai test baju. Serba salah sis.



After a while, last choice kami decide pergi Galeri Kurung kat Shah Alam. Time tu dah DM insta Galeri Kurung ni tanya baju and sizes. Dah lah takleh book or hold sekejap sementara kami drive p Shah Alam. Gamble habis ni. Kalau takde gak sizes baju dekat butik ni, iols repeat je baju tunang. Settle. Haha.

Masa sampai butik Galeri Kurung tu, dah memang penat gila. Lapar and haus. Try punya try. Jumpa lah simple kurung dengan kain jenis payung kowt orang panggil. Nama dia Cempaka Off White. Dia cam flowy gitew. 



Lepastu yang bestnya, kalau add on baju melayu dapat harga murah RM100 je dari RM200+. Not bad, maka iols pun tambah baju melayu. Add on selendang and veil sekali. Tapi yang veil ni bila fikir balik, entah kenapa beli? Nak pakai satu kali ni je. Baik sewa haha entahlah nakkk.



Tapiiiiiii, sizing baju melayu dia cam lari sikit hehe. Husband pakai baju size L okay, tapi seluar ketat. Bila pakai seluar XL, baju pula longgar. Last-last decide ambil size XL, sebab dok fikirkan takut kena bersila kat lantai masa akad nikah nanti hihi kena lah selesa kan? Tapi nasib baik duduk atas kerusi masa akad nikah. Takpelah, janji selesaaaa.

Itu yang baju melayu husband nampak macam longgar skit, sian photographer kena bantu tuck in or betulkan setiap kali nak ambil gambar. Bagi handsome sikit husband I hehe



Okay done kisah baju. Now move on to kasut and heels. My heels adalah heels masa tunang. Kalau ikutkan masa tunang takde pun plan nak pakai apa apa kasut sebab majlis dalam rumah. 

But nooo, my cousin paksa beli kasut dekat Aeon Mall Sri Kembangan sana. Sebab majlis buat kat homestay area sana. Hahaha. Maka kasut itu lah saya pakai for my nikah. Dia tak tinggi sangat pun, dalam 2 inci rasanya. Sikit je buat ghasoo-ghasoo jadilah. Save bajet mihmih.



Husband punya kasut, beli khas untuk nak nikah. Beli dekat kedai kasut Bata. Kasut tu memang berjasa tau, sebab masa selesai shooting outdoor, kaki iols dah melecet and tak larat. Jadi pinjam kasut husband untuk pakai balik rumah hehe



Sampin husband adalah his own. Means tak beli baru. Lepas nikah baru tahu, sampin tu ada koyaknya *facepalm*. Sib baik lah masa majlis nikah kat masjid and dewan takde masalah koyak lebih besar ke apa. Kalau tak, adudududu.



Songkok pula kami p beli semata dekat kedai baju sekolah area ampang sana, sebab husband tak jumpa songkoknya kat rumah haha jadi beli lah, lepas beli terus ambil gambar nikah yang style passport background putih. Mahal naw. RM25 sorang ada 5 keping. Dua orang dah RM50. Lepastu pejabat agama tak guna pun. Hmm. Baiklah kome edit and print sekeping je.



Sebabkan I nak fefeling pwwimcesss, I need a Crown. Masa planning wedding, my cousin Eyka and my sister, Aqilah, is my wedding planner and helper. Mereka lah tempat saya bincang benda kecik-kecik ni and ask for advice.

Masa nikah, I memang nak pakai crown, nak jadi pwwincess. Jadi Eyka tolong search kat IG tempat yang boleh sewa. Takmau beli. Sebab tak tahu bila lagi nak pakai. Jadi terjumpa IG Wedding Decoration Rental dekat Klang.

Tu yang available. Pilihan crown pun banyak and lawa-lawa. Gigih drive kat rumah orang tu and try satu-satu sambil video call dengan Eyka. Hehe. Lepas dah decide yang mana, bayar deposit dalam RM20 rasanya, and bawa balik. Tapi untuk semua jenis crown, owner dah discontinued tau.

Owh ya, selendang tu kan warna putih, kena pakai inner neck. Kebetulan masa kerja ofis lama, ex-boss ada hadiahkan inner neck putih/cream untuk pakai masa majlis. Tapi yang menguji kesabaran ialah, nak dekat tarikh, inner neck ni misplaced. Bapak ahhhh. Stressnya akuuu hahaha. 



Dah kena heret Aqilah pergi beli baru dekat seksyen 7. Lepastu dah settle majlis nikah, EH BOLEH JUMPA PLAK INNER NECK YANG HILANG TUUUUU. Maaflah capslock. Nak exaggerate sikit.

Because of PKP, kena standby face mask kan? Ingat nak pakai mask biasa je beli kat watson tuuu. Tapi Eyka cakap kena cantik sikit sebab nak kahwin kan. Jadi kita beli lah mask dekat IG Mommy.Collection Satin Face Mask

Beli memula untuk diri sendiri je. Bila nak collect, pandai owner upsell beli lelaki punya sekali hehe. Cantik masknya ada bling bling sparkle tapiiiii, mask tu kat mana sekarang pun tak tahulah adehhh *facepalm*





Kisah bunga tangan kuuuuu. Alkisahnya, ingat nak beli siap je. Dah fikir nak yang simple style macam tulip tu. Ada banyak contoh. Suka warna-warna fresh green white and some soft pink/purple camtu. 

Sebab nak samakan dengan pelamin. Tapi berat hati nak beli yang tulip kat shopee and IG. Takut bila dah sampai tak kena dengan pilihan. Jadi I ajak Aqilah pergi Kaison beli bunga kat sana. Dah pilih yang berkenan apa semua, bawa lah balik. But little did I know, mummy tak approve. 



Ohhh drama sedih sikit kat sini. Sebab I’m already tired at this point. Jadi bila kena condemn pasal pilihan sendiri ni, nangis lah jugak senyap-senyap. Haha. So mummy decided to buy new flowers untuk arrangement bunga tangan baru. 

Time ni, I just let my mom decide and make it, and it turns out so beautiful, just like how I imagine. Thanks mummy. Walaupun banyak gila drama disebalik bunga tangan ni haha. Memories.



Last one will be my wedding Henna. I suka Henna dari Kak Norish ni. Dah bertahun buat henna dengan akak ni. Dari Raya tahun ke berapa ntah before Covid lagi. Lepastu kadang-kadang datang uptown suka-suka nak buat inai pun pergi kedai Kak Norish gak. 




Atlast my wedding dapat gak buat dengan Kak Norish. Letak deposit block tarikh awal gila okay bulan 6-7 tahun 2021 macam tu. Sebab planning nikah bulan 8. Last-last bulan 11 baru dapat tarikh nikah haha.

Cuma harapan nak buat henna night tak kesampaian. Dah plan dengan cousin nak pakai baju apa semua and pukul berapa tapi apakan daya, timing slot kak henna kita ni tak available. Jadi I and Aqilah p rumah Kak Norish je untuk buat henna. Time ni pun barai dah sebab esoknya nak nikah hahah.


Okay rasanya untuk details pasal attire and yang seangkatan, sampai sini je lah dulu. Nanti kita sambung story pada lain entry okiesss.

——————————


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam

Friday, February 10, 2023

Masak Apa Hari Ni : Nasi Goreng Merah dan Ayam Masak Sos Tiram Pedas


Masak Apa Hari Ni : Nasi Goreng Merah dan Ayam Masak Sos Tiram Pedas
| Alhamdulillah, Syukur Ya Allah, hari ni hari yang indah. Hari yang baik-baik sahaja hendakNya. InsyaAllah. Semoga para pembaca dikurniakan rezeki yang melimpah, Aminnn.

Pagi ni I masak nasi goreng merah guna lebihan sambal ayam semalam. Semalam buat sambal ayam kentang kan, tapi sambal dia banyak sangat hehe selalu ada masalah nak bajet berapa banyak tumisan cili blend yang diperlukan untuk masak menu dua orang makan hehe



Maka extra sambal tu, I ambil sikit buat paste untuk nasi goreng merah. Hari ni punya cara, I ubah sikit. I goreng dulu isi ayam bagi garing sikit, and then asingkan and goreng pula telur bagi masak. Selalu telur and ayam ni masak sekali dalam paste cili, tapi hari ni rasa nak tukar cara masak.

Dah settle ayam and telur, asingkan, and then tumis sambal sikit. Tak habiskan semua sebab banyak sangat untuk nasi yang tak seberapa tu. Kang jadi nasi goreng sambal pulak haha

Alhamdulillah bila dah perasa garam and Knorr Pasti Sedap, sedap dah nasi. Just nice gorengannya. Husband punya ada sekali ayam goreng Lotus, but for me, kosong je sebab rasa isi ayam tu dah penuh isi dalam nasi goreng.




Untuk malam ni, I decide nak masak Ayam Masak Sos Tiram Pedas resepi dari Che Nom. Ayam dah keluar awal, cuma tak tahu nak masak menu apa. Jadi buka youtube tengok profile Che Nom, apa menu boleh masak today.

Menu ayam ni simple sangat. Sos tiram and kicap je. Bawang and cili api tu memang wajib lerrr hehe. Cuma nak cakap bahan ni memang confirm ada dekat setiap rumah kan. Jadi you pun boleh gak masak menu ni, kalau dah tak tahu nak masak apa.

Ni bahan yang digunakan untuk masak Ayam Masak Sos Tiram Pedas :

Isi ayam or ayam parts (perap dulu dengan sos tiram, kicap air dan tepung jagung). Then goreng, asingkan.

Tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris, cili api sikit untuk pedas. Sampai naik bau.

Then masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis dan tambahkan air sikit kalau nak berkuah.

Serious cakap, menu ni sangat mudah tapi sangat sedap !

Cara-cara masak and details bahan yang digunakan boleh tengok dekat Youtube Che Nom.

——————————


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


Luka Cepat Sembuh Dengan Bantuan Polifenol Vivix


Luka Cepat Sembuh Dengan Bantuan Polifenol Vivix | Alhamdulillah atas izin dari Allah Swt, ramai customer bagi feedback dengan bantuan Vivix dapat sembuhkan macam-macam jenis luka dengan cepat. Samaada luka bersalin, luka pembedahan dan sebagainya.

Jadi mari saya share secara ringkas, bagaimana Vivix Shaklee BANTU untuk menyembuhkan luka dengan cepat :

Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah, Vivix adalah supplemen yang mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi.

Vivix mengandungi Resveratol yang mana mampu untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu meningkatkan insulin bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan kencing manis.

Vivix juga membantu mempercepatkan penghasilan sel-sel baru. Jadi luka pembedahan di bahagian luar dan juga bahagian dalam mampu untuk sembuh dengan lebih cepat.

Owh ya, info tambahan, mesti ada yang tertanya, POLIFENOL dan RESVERATOL tu apa ya?

BACA JUGA : Promosi Vivix Shaklee February 2023

Jom saya share dengan anda sebagai info tambahan :)



Jadi apa itu Polifenol?

Polifenol ni adalah kompaun bioaktif yang terhasil secara semulajadi di dalam tumbuh-tumbuhan terutamanya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Polifenol ni bersifat antioksidan. Antioksidan ni fungsi ia untuk mengurangkan radikal bebas yang terdapat dalam badan manusia. Polifenol ni juga berfungsi untuk memberi perlindungan daripada penyakit dan jangkitan.

Kalau anda ingin dapatkan khasiat polifenol yang pelbagai jenis, anda perlu makan buah-buhan dan sayur-sayuran dari warna yang berbeza. Sebagai contoh, lobak, lobak ungu, strawberry, blackberry dan banyak lagi.

Ini kerana setiap buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza warna mempunyai tahan kepekatan dan jenis polifenol yang berbeza.

Jadi, lebih banyak jenis warna sayur dan buah yang anda makan, lagi banyaklah jenis polifenol yang akan anda dapat.

BACA JUGA : Apa itu Polifenol dan Kenapa Badan Kita Memerlukan?





Okay jom baca tentang Resveratol pula.

Resveratol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebutterhadap penyakit dan perosak.

Resveratol dihasilkan dari tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, tekanan dan sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Tumbuhan yang menggunakan pestisid ataupun herbisid, biasanya takde atau kurang menghasilkan bahan Resveratol sendiri, sebab ianya sudah dilindungi oleh racun perosak tersebut.

BACA JUGA : Apa Itu Resveratol?

Haaa jadi dah boleh faham ke bagaimana Vivix, yang mengandungi both Polifenol & Resveratol, mampu untuk bantu cepatkan penyembuhan luka? Alhamdulillah jika anda sudah memahami.

Sebab itu ramai sangat yang ambil Vivix selepas pembedahan dan juga selepas bersalin, untuk mengelakkan luka bernanah atau lambat kering.





Jika anda baru lepas bersalin atau baru sahaja lepas menjalani pembedahan, saya galakkan anda untuk mencuba Vivix sebagai ikhtiar untuk bantu mempercepatkan proses pembaikan luka, dan amalkan Vivix setiap hari. InsyaAllah semua dengan izin Allah Swt.

——————————


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...