Wednesday, April 01, 2020

Kenali Perbezaan Antara Gerd dan Gastrik



Assalammualaikum semuanya!

Memandangkan baru-baru ni adik kita mengadu katanya sakit gastrik, tapi ada macam pedih ulu hati. So bila berlakunya macam ni, katanya susah nak tidur, susah nak buat kerja. Terganggu sangat.

Pernah tengah jalan-jalan Ikea, tibe adik ngadu pedih tekak. Macam sendawa pedas, terasa payau and macam nak muntah.

Hmm macam gastrik, tapi macam gerd oun ada jugak tanda-tanda tu. Korang pernah alami juga macam ni?

Apa kata, jom kita belajar sikit pasal perbezaan dua kondisi ni, Double G, gerd and gastrik.


GERD


Gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah keadaan apabila kandungan asid reflux dalam perut tertolak ke atas dan memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang ini menyebabkan pedih ulu hati, ketidakselesaan di bahagian dada yang menular hingga ke kerongkong, mulut terasa masam dan dan loya.

Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia pada tahun 2012 tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit ini.

Bagaimana GERD ni terjadi? Sebenarnya di dalam perut setiap orang mengandungi asid yang membantu mencernakan makanan yang kita makan. Apabila asid ni naik ke esofagus, struktur dinding esofagus tidak mampu mengendalikan asid ini lalu menyebabkan rasa terbakar (burning sensation) yang dikenali sebagau pedih ulu hati. Tidak semua yang alami pedih ulu hati ini adalah penghidap GERD, tetapi sekiranya keadaan ini melanda korang lebih dari satu jam dan agak kerap, kemungkinan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diagnosis lanjut.

Antara simpton lain termasuk rasa mual dan dan mu, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Penghidao GERD juga seringkali mengalami sakit dada yang terjadi apabila otot pencerut sphincter tidak tertutup dengan sempurna lalu menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Komplikasi GERD yang kronik boleh menyumbang kepada asma, batuk yang kronik dan pulmonary fibrosis.

Penghidao GERD juga disarankan untuk mengelakkan beberapa jenis makanan dan minuman seperti arak, minuman berkafein, minuman berkarbonat, coklat, buah-buahan citrus, makanan berlemak atau bergoreng, makanan pedas dan makanan berasaskan tomato seperti sos tomato, spaghetti dan lain-lain.

GASTRIK


Bagaimana pula dengan gastrik? Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik (HCL) atau asid di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Asid ini mempunyai sifat corrosive atau menghakis yang boleh mencederakan sekiranya terkena pada kulit. Walaubagaimanapun, perut kita mempunyai perlindungan khas daripada asid HCL iaitu mukosa yang berfungsi sebagai barrier daripada kesan asid HCL ini. Terdaoat tiga jenis gastrik yang sering didiagnos oleh pakai doktor iaitu:


  1. Gastritis ringan - Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  2. Gastritis berat - Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  3. Ulser gastrik (Peptic ulser) - Ulser gastrik boleh terjadi apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid HCL yang terlalu banyak dan lapisan pertahanan mukosa yang menjadi lemah. Apabila lapisan mukosa menjadi lemah, asid hidroklorik boleh sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan. Boleh dikesan melalui muntah yang pekat dan mengandungi darah atau warna gelap seperti kopi dan najis yang gelap dan hitam.

Antara tanda-tanda gastrik termasuklah:

  1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
  2. Rasa senak, berangin atau pedih
  3. Rasa tidak selesa dan kembung, sering sendawa selepas makan
  4. Rasa loya dan muntah
  5. Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)

BOLEHKAH GERD DAN GASTRIK DIRAWAT?


Para pengamal perubatan mungkin akan mencadangkan penghidap GERD dan gastrik untuk mengamalkan antasid yang boleh dibeli di farmasi untuk meneutralkan asid perut atau membantu otot mengosongkan perut anda. Sekiranya kondisi GERD anda semakin serius, pembedahan laparoskopik mungkin terpaksa dilakukan.

Tapi, takkan lah sampai nak bedah kan? Seriau sis hehe. Jadi di sini, kita nak share kan alternatif lain bagi mengurangkan simptom GERD dan gastrik dengan supplemen Shaklee.



Peppermint Ginger Plus

Supplemen ni mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Tablet Peppermint ini juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas dan diminum sebagai minuman herba semulajadi yang menyegarkan.

Okay, now kita akan share and terangkan bagaimana Peppermint Ginger Plus berfungsi mengurangkan ketidakselesaan akibat GERD. Ada empat (4) komponen utama dalam Peppermint iaitu:

  1. Daun Pudina - melegakan otot perut, membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, pedih hulu hati dan cirit-birit. Juga mampu melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan.
  2. Halia - merangsang rembesan enzim untuk mencernakan makanan, melegakan ketidakselesaan perut dan usus.
  3. Jintan hitam - menghilangkan kembung perut dan membantu masalah saluran usus.
  4. Jintan manis - melegakan masalah pencernaan dengan merangsang rembesan jus gastrik.

"Kak, qila rasa stress lah asyik rasa macam gastrik je. Padahal dah makan dah. Ke ada qila salah makan tak takt masa? Ada tak supplemen Shaklee yang boleh kurangkan rasa tak sedap ni?" - Adik saya hehe

Hehe mesti lah ada. Jom sambung baca.

Kalau korang ada masalah gastrik, kita suggest kan Set Gastrik Shaklee yang mengandungi empat (4) supplemen khas termasuk killer product bulan ni iaitu ESP

Bagaimana Set Gastrik ni berfungsi?


Energizing Soy Protein (ESP)

Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana protein yang bersifat alkali.
Mengandungi 20 jenis asid amino lengkap yang membantu membina sel-sel baru dan menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik pada perut semasa proses pencernaan.

Ostematrix

Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali membantu mengurangkan keasidan dalam perut.
Mengurangkan rasa pedih hulu hati dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus.

B Complex

Membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisme.
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat stress.

Peppermint Ginger Plus

Mengurangkan masalah sebu, senak perut, dan menyingkirkan angin dalam badan.
Mengurangkan ketidakselesaan akibat masalah penghadaman.

TESTIMONI SET GASTRIK








Jika korang ada mempunyai masalah Gerd atau Gastrik dan berminat untuk ikhtiar dengan supplmen Shaklee, boleh hubungi saya (Asilah) di:

Whatsapp : 0126714589

Facebook : Asilah Bakri

Instagram : Mobile Spa by AB

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/ LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.

INFO CREDIT TO : AQILAH ROHIZAD

No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...