Hai hai dan hello !
Masa hari kedua perintah sekatan pergerakan oleh kerajaan, kita decide nak buat breakfast lek-lek je iaitu cengkodok sayur
Ada yang pelik kita panggil cengkodok sayur, ada kata cucur sayur, dan ada juga sebut sebagai cekodok. Haha ikut lah kome nak panggil apa pun hehe
Kita suka resepi mummy kita punya, rangup but still lembut and penuh flavour.
Jom tengok resepi and cara masak
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar butter/margerin
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 biji telur
- Air secukupnya
Bawang or sayur pilihan
In my case, I put kobis, carrot, cili api and ikan bilis
P/S
Tepung beras tu untuk bagi crispy, whereas tepung jagung untuk balance kan crispy supaya tak keras kejung. Kalau tepung beras je kang, haaa keras tak sudah haha
Cara masak pulaaaa
- Campur bahan kering - tepung gandum, beras, jagung, garam, baking soda. Gauk sebati.
- Masukkan sayur (jika ada), garam tadi akan bantu sayur keluarkan 'air dia' jadi boleh sukat air nanti tanpa overdose hehe
- Masukkan telur and air.
- Jangan terlalu pekat or cair sangat ya. Sedang elok je.
Now masa untuk menggoreng
Panaskan minyak. Kena betul-betul panas supaya cengkodok tak serap banyak minyak.
Nak tahu minyak panas ke tak? Cuba drop kan sikit batter, tengok laju tak dia naik atas permukaan minyak tu.
If laju, means minyak tu panas and dah boleh start goreng!
Itu sahaja caranya hehe selamat menjamu selera !
On a side note, if perlukan produk Shaklee boleh whatsapp kita okay :)
Asilah
0126714589
SID Shah Alam
No comments:
Post a Comment