2) CARA MEMILIH PROTEIN YANG BAIK
Okay terdapat 2 sumber protein yang boleh kita dapati.
1. Protein haiwan
2. Protein tumbuhan
Sumber Haiwan : Seperti yang saya dah nyatakan tadi, sumber protein daripada haiwan adalah seperti daging, ayam, ikan, telur, produk tenusu dan banyak lagi sumber protein yang kita makan setiap hari.
Tetapi, sumber protein berasaskan haiwan ini berisiko tinggi dengan campuran bahan kimia.
Contohnya : Kalau kita hendak membeli ayam, kita selalunya akan pilih ayam yang besar, gemuk dan banyak isi kan.
Okay, sebenarnya ayam ini telah melalui beberapa suntikan.
(i) Suntikan hormone pertumbuhan : supaya ayam yang akan dijual itu akan membesar dengan cepat, walaupun belum tempoh matang
(ii) Suntikan hormone tambah daging : supaya ayam kelihatan lebih besar dan banyak isinya. So bila penjual ayam jual ayam yang gemuk dan besar ni, bolehlah dapat profit yang cepat.
(iii) Suntikan antibiotic : supaya ayam tersebut tidak mudah terkena jangkitan dan sihat setiap masa.
Hormon-hormon tersebut memang dah sedia ada dalam ayam, dan kita pulak makan ayam hampir setiap hari.
Protein daripada haiwan jugak tinggi dengan lemak dan kolesterol, so ini akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan hati.
Ok sumber protein yang kedua adalah dari sumber tumbuhan.
Sumber tumbuhan : Terdapat banyak jenis tumbuhan yang boleh membekalkan sumber protein kepada tubuh badan kita. Tetapi kebanyakan sumber protein tumbuhan dikelaskan sebagai protein yang tidak lengkap kerana tidak mengandungi semua asid amino perlu.
Sumber terbaik adalah apabila tumbuhan tersebut dapat membekalkan sumber protein yang complete untuk tubuh badan kita.
Contoh terbaik adalah kacang soya.
Sumber protein daripada kacang soya mengandungi 9 asid amino perlu dalam badan.
Asid amino ini sama dalam sumber protein dalam haiwan iaitu merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan semua asid amino perlu.
Ini bermakna, kualiti protein daripada soya dan haiwan adalah sama. Cuma bezanya, dalam soya protein tumbuhan, takde lemak dan kolesterol. Kebaikan dalam soya pun takde dalam protein haiwan, iaitu isoflavons.
Ok, dari tadi saya cerita pasal asid amino.
Apa itu asid amino?
Asid amino adalah kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini.
Setelah diserap ke dalam badan, asid-asid amino ini akan digunakan untuk membentuk pelbagai jenis protein yang diperlukan badan seperti hemoglobin, enzim, hormon, dan otot.
Sebenarnya badan kita ni boleh menghasilkan 11 amino asid dengan sendiri dan kita perlu ambil another 9 amino asid lengkap daripada kepeluan diet seharian kita.
Nak cuba ESP? Boleh whatsapp sekarang!
AsilahB
0126714589
SID 1267957
Nak respon yang pantas? Klik link kat bawah
No comments:
Post a Comment