Sunday, April 15, 2012

Kot ya pun nak cantik...

tak perlu la menyeksa diri. Haha.


Hello pimples ;)
Selamat Hari Ahad.

Tau tak apa itu wedges? Heels? Platform?
Yes, itu adalah nama-nama kasut tinggi.
Alaaa, yang model-model, orang bekerjaya, datin-datin, anak-anak muda dan juga budak sekolah pakai tuh.
Sekarang kan dah bermacam-macam jenis, fesyen, yang ada.
Tinggal pilih mana yang berkenan jer.

Tapi kan, hari ni nak cakap yang kasut-kasut tu memang cantik, tapi kalau menyakitkan macam mana?
Haaa, begini kisah dia. Kira nak share sikit la pengalaman.
Walaupun pengalaman NI memang SEMUA orang dah lalui punnnn.

Dah tau nak jalan jauh, mengapa gatal pakai kasut tinggi-tinggi?
Walaupun Abah dah pesan, sakit lutut nanti.
Degil. Nak bergaya punya pasal. Apadahal?

Kalau bergaya bertempat macam kenduri-kendara ke, takpe lah jugak.
Ni tak, jalan kat IKEA okay!
Tau kan IKEA tuh BESAR mane??
Haihhhhh. Cukup satu bulatan, kaki dah melecet. Perghhh.
Takpelah. Demi nampak vogue, aku gagahkan juga. Haha. (Muka sangatlah perasan)

Tapi dah sampai kat market place bawah tuh, dah tak boleh tahan dah.
Suruh cousin-cousin sekalian percepatkan proses membeli barang, terus cari flats untuk tukar.
Untung aja kat IPC sebelah ada BRANDS OUTLET.
Kenapa saya cakap untung?

Sebab BO ni barang sangat murah dan elok peprgi bersama teman-teman.
Sebab kasut boleh dapat 2 untuk RM60.
Baju 3 boleh dapat RM50.
Kan sharing is caring :D

Jadi nasihat saya untuk anda, dan juga untuk saya, 
kalau nak juga pakai wedges/heels/platform ke tempat-tempay yang memunkin kan anda untuk banyak berjalan, silalah bawa flats mahupun selipar dalam beg anda.
In case of emergency takde duit nak beli baru or kedai kasut takde yang berdekatan. 
Apa guna beg BESAR-BESAR kalau selipar/flats tak muat nak bubuh dalam? Haha.

Cuba bayangkan saya pakai ni kt IKEA. Sakit. Sakit.


Untung BO ada jual pattern-pattern yang lawa-lawa.
Jadi bawalah flats mahupun selipar dalam beg anda jika kaki anda dah mula rasa nak tercabut. Haha.



Muka tahan sakit sebenarnya nihhh -____-"



Okay, lepas ni saya elakkan pakai kasut sebegini bila berjalan jauh. Haha :D

1 comment:

CikMai said...

ahaa heels tak pandai pakai..p wedges dah terbiasa dh....apa2pun flat shoes tetap di hati =P