Warung Che Bunga Sungai Buloh Sarapan Pantai Timur | Hari ni selepas siap delivery kat area Elmina East, ajak sekali husband pergi cari breakfast. Google siap-siap apa tempat best nak cuba area sini, and mostly bagi rating sedap dekat Warung Che Bunga ni. Drive dalam 20 minit je from Elmina.
Nasi Kerabu Daging Bakar |
Masa sampai tu, warung dia memang tepi jalan, sebelah sekolah. Nak masuk parking, today sebab Ahad, jadi penuh sangat, siap ada Rela jaga. So kami decide untuk parking dekat kawasan lapang berhadapan dengan sekolah. Rasanya macam kawasan gerai-gerai kecil berniaga.
Masa sampai je dekat warung ni, tak dinafikan memang ramai. Ramai sangat yang makan sini, tapi turn-over table dia cepat. Memang literally ramai makan and go sahaja. Takde lepak borak-borak pun.
BACA JUGA : 10 Manfaat Vitamin C Shaklee
Proses nak order makanan dia, kena beratur dulu masa sampai. First stesen adalah bahagian nasi - nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, nasi che bunga and banyak lagi. Lepastu stesen laksam. And then bahagian cashier. Dekat sini boleh order air and roti sangkaya.
Masa beratur tu actually dah rambang mata nak makan apa haha, rasa macam nak makan semua. Astagaaa haha. So this is what we ended up ordered :
Nasi Dagang Gulai Ayam
Nasi Kerabu Daging Bakar
Laksam
Roti Sangkaya
Teh Ais Madu
Nasi Dagang Gulai Ayam |
Nasi Dagang Gulai Ayam - Husband cakap nasi dia sedap, gulai ayam dia just pedas sikit. Terkejut masa makan. Ingatkan manis saja tapi ada sikit kick pedas. Bagi tak muak kowt. Tapi memang sedap ! Masin manis pedas. Portion dia kalau yang kuat makan, maybe kena order dua pinggan.
Nasi Kerabu Daging Bakar |
Nasi Kerabu Daging Bakar - I ate this one and I loved it ! Daging bakar dia hiris nipis-nipis, sedap nak makan. Lembut. Lepastu disebabkan malas nak asing sayur, I gaul je semua, makan tutup mata je lah kunyah sayur tu 🤣 rasa masin pedas dia balance. Sedap betul.
Laksam |
Laksam - Yang ni kan, asalnya macam nak order tapi takut kenyang sangat, tibe husband pun cakap nak rasa, kita kongsi, apa lagi memang onz lah order hehe portion dia just nice, tak sikit sangat, tak banyak sangat. Laksam dia punya teksture lembut, kuah dia pekat and terasa isi-isi ikan dia. Makan pula dengan sayur and sambal belacan, licin tau mangkuk hehe
Roti Sangkaya |
Roti Sangkaya - Mesti lah kena ada dessert kan nak end the meal hehe roti kukus yang lembut, plus sangkaya dia tu, cair pekat dia just nice. Manis masin lemak uish, taip ni pun dah terliur balik 🤤 serious kena makan roti kat sini.
Teh Ais Madu |
Teh Ais Madu - Last one, tengok setiap meja ada air ni, so kena lah order juga. Bila sampai memang berbuih betul. Tapi yang penting bukan manis leting ya. Manis dia cukup untuk korang rasa satisfied bila makan dengan nasi. Ais dia guna macam ais hancur, jadi sampai ke hirupan yang terakhir pun masih sejuk okayy.
Harga Menu 2023 |
Harga Menu 2023 |
Alhamdulillah sedap semua menu |
Total perbelanjaan untuk semua menu ni ialah RM 37 😬 boleh lah datang lagi next time !
#FoodReview #WarungCheBunga #KedaiBreakfastSungaiBuloh #AsilahBeats
No comments:
Post a Comment