Monday, June 05, 2023

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023 (PBAKL)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PABKL) | Semalam (Ahad 4 Jun 2023), decide untuk ajak husband pergi pesta buku ni. Tak perasan yang Ahad tu dah last day. Ingat next week ada lagi, boleh lah nak pergi time tak ramai orang, tapi since semalam pun dah last day, redah je lah walau tahu akan ramai gila orang haha

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Mini Anime Fest

Pagi tu ada delivery dulu dekat Elmina East, then pergi breakfast dekat WARUNG CHE BUNGA lepas makan baru decide pergi PBAKL dekat PWTC tu.

Drive around setengah jam macam tu lah from Sungai Buloh lalu DUKE. So far traffic okay je. Tapi bila dah sampai sana, decide nak parking dekat Sunway Putra Mall sebelah tu, kebetulan ada Mini Anime Fest. Tapi sayangnya, pusing sepuluh kali atas bawah takde parking kosong haha habis RM5.50 aku ! Haha

Mini Anime Fest

Then kami keluar and perasan ada satu parking luar betul-betul dekat traffic lights simpang empat tu. Sekali masuk RM12, habisss duit aku haha parking je dah total RM17.50 ! Aisehhh haha takpe lah, janji ada parking and tak berebut dengan kereta lain.

Dah settle parking, just naik jejantas je untuk masuk mall and pwtc tu. Tapi kecewa sikit bila sampai Mini Anime Fest tu, sebab takde gundam. Husband dok mencari gundam hehe jadi since takde, kami keluar and terus pergi kat pesta buku sebelah.

BACA JUGA : 5 Produk Best Seller Shaklee

Nohhh ramai gila manusia ! Dengan cuaca panas dia, tahan je lah. Turun je jejantas tu, memang sampai dekat bahagian makanan and minuman. Lepastu masuk dalam bahagian ground floor, jalan-jalan situ dulu. Ingatkan situ je bahagian buku dia, rupanya kena jalan dalam lagi and ada sampai 3 tingkat. Fuhh, berkicap beb jalan dalam tu.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Tapi maaf ler, gambar memang takde ambil langsung sebab fokus jalan dalam tu, plus sebab ramai orang. Gambar apa yang ada je lah ya. So far so good event ni. Tengoklah next year kalau ada lagi, maybe boleh pergi lagi and enjoy tengok buku apa yang ada. Kali ni datang memang nak jalan sahaja, takde niat nak beli. Almaklumlah kewangan tak mengizinkan hehe

Jadi kami pulang dengan air susu kambing buat kurangkan dahaga. Okay tu je. Bye.

#PestaBukuAntrabangsaKualaLumpur2023 #PBAKL #PBAKL2023

No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...