Tuesday, February 02, 2021

Alfalfa Shaklee : Info Produk


Alfalfa Shaklee - Berkhasiat secara semulajadi | Dikenali sebagai "Raja Segala Makanan" dan makanan terbaik, Alfalfa secara semulajadi makanan berkhasiat, menyediakan lebih daripada 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavanoid, mineral dan vitamin.

Alfalfa sejenis tumbuhan yang berkhasiat, telah digunakan secara turun-temurun untuk manfaat kesihatan. Ia mempunyai sistem akar tunjang sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.

Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang dibangunkan oleh Dr Forest C Shaklee pada tahun 1950-an. Ditanam dikawasan subur, Antelope Valley, California, Shaklee menuai Alfalfa semasa di puncak kematangan - semasa berumur 2 tahun untuk memastikan anda memperolehi kandungan nutrisi sebaik mungkin.

Selepas dituai ia diletakkan untuk pengeringan dibawah udara segar dan sinar matahari panas California, dan Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet Alfalfa.


  • Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee  mengandungi minyak Peppermint)
  • Memberi kelegaan semasa haid.
  • Merawat arthritis (sakit sendi)
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat asma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit

1. Mengawal Kandungan Kolesterol Darah - Alfalfa mempunyai fungsi untuk mengawal kandungan kolestrol jahat dalam darah dengan cara mengeluarkannya terus dari badan. Insya Allah paras kolestrol dalam badan kita akan terkawal.  Jadi ini dapat mengurangkan risiko untuk kita mendapat penyakit jantung.

2. Mengatasi masalah pencernaan - Ia berkesan dalam menghapuskan masalah pencernaan yang termasuk rasa loya, ulser perut, gastrik dan senak. Ini selain, alfalfa juga boleh membantu meningkatkan selera makan. Ia juga dapat mengubati penyakit sembelit kronik kerana kandungan serat yang terdapat didalamnya.

3. Menyingkirkan Toksin Dari Badan - Alfalfa mempunyai sifat ditoksifikasi. Jadi dengan pengambilan Alfalfa kita dapat membuang toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Toksin ni kebanyakannya kita ambil dalam makanan seharian kita tanpa disedari.

4. Menghilangkan ketagihan alkohol - Menghadapi masalah dengan ketagihan alkohol atau penagihan dadah? Adakah anda sedang mencari solusi yang lebih baik daripada ketagihan anda? Jadi, Alfalfa adalah apa yang anda perlukan. Terdapat satu fakta yang diketahui bahawa tumbuhan alfalfa boleh membantu orang yang mengalami ketagihan alkohol atau dadah.

5. Mengurangkan gejala menopaus - Yang ni bagus untuk wanita, sebab Alfalfa juga didapati membantu mengurangkan tanda dan gejala-gejala menopaus. 

6. Tinggi kandungan Vitamin K - Vitamin K kegunaannya ialah macam pengalak pembekuan darah. Jadi jika kita ada luka ataupun pendarahan tu cepatlah luka tu sembuh.

7. Dapat melegakan asma -  Sebenarnya orang dahulu kala telah mengunakan Alfalfa untuk memberi bantuan kepada orang yang mengidap asma dan lain-lain penyakit pernafasan. Menurut kajian, klorofil yang terdapat didalam Alfalfa dapat membantu mengatasi masalah ini.

KLOROFIL DAN NUTRISI

Alfalfa mempunyai KLOROFIL yang sangat tinggi dengan nutrisi iaitu 4x ganda daripada sayuran hijau yang lain. Ini kerana Alfalfa Shaklee dituai setelah cukup kematangan iaitu setelah 2 tahun

KLOROFIL mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan antaranya seperti:
  • Membantu melawan bahan yang boleh menyebabkan kanser dalam badan kita, yang mana klorofil akan membantu mengeluarkannya dari tubuh kita.
  • Menyihatkan bakteria baik dalam usus kita

TEKNOLOGI PIAWAIAN TERTINGGI
  • Shaklee memproses Alfalfa dengan menggunakan teknologi piawaian tertinggi, yang mana Shaklee menggunakan suhu yang rendah dan teknologi angin kering untuk mengekalkan enzim & nutrien yang terkandung dalam Alfalfa Shaklee

DAUN ALFALFA PREMIUM
  • Afalfa Complex Shaklee dihasilkan dari daun Alfalfa yang premium dan sangat berkualiti tinggi. Daun Alfalfa Premium ditanam di kawasan subur yang terletak di Callifornia Antelope Valley, tanpa menggunakan racun kimia, tanpa cucuk hormon, tanpa pesticides, tanpa herbisides untuk melindunginya & KESELURUHANNYA adalah secara SEMULAJADI



Yang ada masalah RESDUNG - Alfalfa dapt membantu mengurangkan alergi, keradangan, dan gatal-gatal.

Untuk IBU MENYUSU - Alfalfa itu sendiri sebagai agen yang membantu badan stimulate susu dengan lebih cepat dan banyak

Yang ada masalah KEPUTIHAN - alfalfa ini adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa juga bertindak sebagai kacip fatimah buat si isteri.

Khas untuk yang nak KURUS / DIET - Alfalfa memang mempunyai 1001 khasiat, mengurangkan ‘water retention’, menurunkan kolesterol, arthritis, serta membantu sistem penghadaman

Yang ada masalah KENCING MANIS - Alfalfa mengandungi mineral Mangan yang dikatakan mampu untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah. Alfalfa juga mengandungi Kromium. Ia merupakan sejenis ‘herba ubat kencing manis’ yang kaya dengan pelbagai khasiat. Kromium meningkatkan toleransi glukosa. Fungsi kromium membantu insulin menjalankan tugas 10 kali ganda lebih efisyen dalam memproses gula

Yang alami GOUT - Alfalfa boleh membantu dengan cara meneutralkan dan mengurangkan paras bacaan asid urik dalam darah pesakit Gout.

Yang sering kena GASTRIK - Sifat semulajadi Alfalfa yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan mengurangkan keradangan. Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.




MEMBERSIH DAN MENYAHTOKSIN
  • Membersihkan dan menyahtoksinkan hati.
  • Membantu membekalkan vitamin dan mineral kepada hati untuk fungsi yang optimum.
KESAN ALKALI
  • Meneutralkan kesan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan protein.
  • Mengurangkan bau badan, nafas berbau, sakit tekak, senak perut dan keletihan.
MENYOKONG RAMBUT YANG SIHAT
  • Meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen pada kulit kepala.
  • Menyediakan perlindungan antioksida kepada folikel rambut, meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan rambut.
MEMBANTU DALAM PENGHADAMAN
  • Melegakan kembung dan gas yang berlebihan.
  • Merangsang sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik.
MENINGKATKAN SISTEM IMUN
  • Merangsang pengeluaran sel darah putih.(1)
  • Bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan tekanan oksidatif.(1)
MENGURANGKAN KERADANGAN
  • Mengurangkan keradangan pada sendi.
  • Menguatkan sistem imun.
Rujukan:
1. Kundan Singh Bora & Anupam Sharma (2011) Phytochemical and pharmacological potential of Medicago sativa: A review, Pharmaceutical Biology, 49:2, 211-220, DOI:10.3109/13880209.2010.504732

DISCLAIMER : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  Produk Shaklee bukan UBAT ya, tapi adalah MAKANAN tambahan dalam bentuk tablet. Owh yaa, harga yang di share ni adalah harga retail. Nak murah lagi boleh daftar ahli dengan kita. 



Untuk keterangan lanjut, boleh whatsapp kita (https://wa.me/60126714589)

--------------------------------

MULAKAN HARI ANDA DENGAN SHAKLEE !
Your Most Wanted SID - ASILAH -
ID NO. - 1267957
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Asilah Bakri
atau follow IG saya @beautyhousebyab
atau whatsapp +6012-6714589

Monday, February 01, 2021

Vitamin B Complex Shaklee : Info Produk


Vitamin B Complex Shaklee : Info Produk
| Korang tahu tak, Vitamin B ni merupakan salah satu vitamin yang sangat memainkan peranan yang penting untuk kesihatan badan kita. Sebelum kita share lebih lanjut tentang semua info best pasal vitamin B ni, korang everyday ada ambil tak vitamin B hari-hari? Tau ke apa info-info tentang kebaikan vitamin B? Tau tak apa pentingnya vitamin B untuk badan kita seharian? Kenapa vitamin B kena ambil setiap hari?

Jadi kat sini, kita nak share kan few informations berkaitan vitamin B - apa itu vitamin B, kenapa vitamin B penting untuk body kita, kenapa perlu ambil vitamin B setiap hari dan siapa actually yang sangat memerlukan vitamin B ni?

Vitamin B ni antara salah satu vitamin yang perlu kita semua ambil berat. Ianya memainkan peranan yang penting untuk fungsi tubuh kita sebab vitamin B ni bantu untuk tukarkan makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan. Vitamin B ni memang mengandungi banyak khasiat dan kelebihan, bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi untuk kanak-kanak juga.


Tapi tak semua tahu tentang kepentingan vitamin B dan hanya dipandang remeh sahaja, sedangkan kekurangan vitamin B dalam tubuh mampu memberi risiko yang tinggi untuk penyakit kronik. Kekurangan vitamin B boleh menurukan tahap kesihatan seseorang itu.Jadi pengambilan vitamin B yang cukup adalah sangat penting untuk body kita. Ingat tau hihi.

Walaupun vitamin B boleh didapati secara semulajadi dalam pemakanna seharian kita macam daging, ikan, sayuran dan buahan, serta kekecang, tapi adakah ianaya mencukupi mengikut keperluan tubuh kita?

Tahu tak, cara memasak dengan menggunakan suhu yang tinggi berlebihan, penggunaan baja kimia dan racun serangga, boleh sebabkan segala nutrients hilang sebelum sempat sampai ke mulut korang

So, the question is, does our body get enough amount of vitamin B?




VITAMIN B1
  • Berfungsi untuk menukarkan makanan karbohidrat kepada tenaga
  • Melegakan simptom kemurungan
  • Penting untuk kawalan gula darah, ini mempunyai kesan besar pada tahap keresahan
  • Melancarkan metabolisme
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • Mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • Memulihkan gangguan saraf 

VITAMIN B2
  • Fungsi untuk menjaga kesihatan kulit dan mata
  • Membantu mengurangkan gejala tekanan fizikal yang biasanya sakit kepala dan kemurungan
  • Meningkatkan keupayaan sistem imun untuk menangkis tekanan dan keresahan
  • Yang diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga

VITAMIN B3
  • Diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
  • Membantu meningkatkan selera makan.
  • Berfungsi untuk menjaga kesihatan kulit dan memperbaiki sistem pencernaan
  • Dalam pembinaan neurotransmitter, serotonin, yang membantu kita bertindak balas terhadap keadaan yang tertekan
  • Membantu menjaga kulit, sistem saraf, dan sistem pencernaan yang sihat

VITAMIN B5
  • Berguna dalam proses pemecahan lemak dan protein serta karbohidrat menjadi tenaga.
  • Berfungsi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah dan juga vitamin D
  • Penting dalam berfungsi dengan sempurna kelenjar adrenal, yang bertanggungjawab untuk penghasilan hormon yang mengawal tekanan
  • Membantu dalam pengeluaran asetilkolin di otak, neurotransmitter yang menguruskan tumpuan dan tumpuan di otak dan mengurangkan rasa bimbang
  • Diperlukan di tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
  • Mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan normal

VITAMIN B6
  • Sangat diperlukan dalam pemprosesan lemak dan asid amino dalam tubuh badan
  • Diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
  • Membantu badan memecah protein
  • Membantu mengekalkan kesihatan sel darah merah, sistem saraf, dan bahagian sistem kekebalan tubuh
  • Melancarkan metabolisme
  • Meningkatkan kekebalan tubuh
  • Menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • Membantu sintetis RNA dan DNA

VITAMIN B7 
  • Berfungsi dalam proses pemecahan lemak dan protein menjadi tenaga untuk digunakan oleh tubuh badan
  • Diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
  • Membantu memecah protein dan karbohidrat
  • Membantu badan membuat hormon

VITAMIN B9
  • Fungsi untuk membantu dalam membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan saraf dalam janin
  • Membantu dalam mengurangkan kesan homocysteine ​​di dalam otak, hasil sampingan dari beberapa proses otak yang mempengaruhi bagaimana seseorang mengendalikan keadaan tekanan (homocysteine, adalah faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung, strok, kanser, dan penyakit Alzheimer)
  • Membantu sel-sel dalam badan membuat dan menyelenggara DNA
  • Penting dalam menghasilkan pengeluaran sel darah merah

VITAMIN B12
  • Fungsi untuk melindungi sel saraf
  • Membantu dalam pembentukan sel darah merah
  • Memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan saraf berfungsi
  • Kekurangan Vitamin B12 juga boleh menyebabkan kerengsaan, kekeliruan, kebimbangan dan tekanan, jadi perlu amalkan vitamin B 12 untuk mengatasinya
  • Vitamin B12 diperlukan untuk fungsi mental yang biasa, dan tahap rendah dapat meniru kepincangan
  • Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan badan
  • Juga mempunyai bahagian dalam menghasilkan sel darah, dan bagaimana tubuh menggunakan asid folik dan karbohidrat
  • Mencegah kerosakan urat saraf
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • Mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

  • Vitamin B adalah vitamin yang larut dalam air, jadi ianya sentiasa perlu diganti.
  • Vitamin B juga boleh musnah oleh cahaya matahari, haba, dan suhu. Contohnya ialah sayur yang dimasak terlalu lama dengan suhu yang tinggi.
  • Pengambilan gula yang banyak juga boleh memusnahkan vitamin B
  • Alkohol dan stress juga menyumbang kepada kemusnahan vitamin B 
  • Pil-pil seperti antibiotik, pil penenang, ubat tidur juga boleh memusnahkan vitamin B

Sekiranya badan kita kekurangan B Complex, kita akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:-
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung, Kehilangan daya memori (Lemah Ingatan), Mental tidak stabil
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa
  • Masalah depresi (Tekanan perasaan & Mudah tertekan, Cepat gelisah dan tidak tenang)
  • Rasa letih, lesu, dan lemah badan, sakit-sakit dan lenguh badan, Sakit pada bahagian abdomen
  • Mengalami penyakit matabolic disorder (beri-beri) - gejala; bengkak buku lali kaki, kebas tangan dan kaki 
  • Sesak nafas
  • Insomnia - Mengalami gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Gangguan emosi dan mudah tersinggung, cepat panik dan gemuruh serta berdebar
  • Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria
  • Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat, hilang selera makan 
  • Masalah Kulit (Skin Lesions), kulit kusam dan tidak berseri
  • Kerap diserang migrain dan sakit kepala

Korang mesti tahu, kat pasaran je berlambak vitamin B yang dijual. Tetapi dalam banyak-banyak vitamin B, kita sangat mencadangkan korang ambil vitamin B keluaran Shaklee.

Ini kerana di Shaklee, vitamin B boleh didapati pada botol yang dinamakan B Complex With Folic Acid. Shaklee B Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan body kita, serta melengkapkan mana-mana nutrisi vitamin B yang kurang atau lompong dalam badan. B Complex Shaklee ni pun ada bekalkan sekali kuantiti asid folik dan biotin yang mencukupi untuk tubuh yang sihat.

B Complex ialah makanan tambahan yang mengandungi semua lapan vitamin B yang terdiri daripada: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (Pantothenic asid), B6 (Piridoksin Hidroklorida), B7 (Biotin), B9 (folat), B12 (Sinokobalamin).




Setiap vitamin B adalah penting untuk fungsi badan tertentu. Antara fungsi-fungsinya ialah:-

  • "B" is for beauty. Jadi vitamin B adalah antara elemen penting untuk kecantikan terutamanya kecantikan dari dalaman
  • Bertindak sebagai pembekal tenaga - membantu menghasilkan tenaga dan membentuk sel-sel darah merah
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  • Bertindak sebagai penenang (anti stress)
  • B6, B9, dan B12 membantu mengurangkan paras homosisteina dalam darah
  • B12 membantu menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak (komplikasi kecil atau biasa bagi pesakit kencing manis)
  • Kajian menunjukkan bahawa vitamin B Complex boleh mengurangkan keradangan pada pesakit hemodialisis dan menggalakkan penyembuhan luka periodontal.
  • Asid folik dan B12 dalam vitamin B Complex membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
  • Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian ibu hamil membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan saraf tunjang, kecacatan tiub neural dan kecacatan otak termasuk bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Shaklee menyediakan Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten

Asid Folik merupakan salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.


  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mengurangkan tekanan perasaan.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Menghalang anemia daripada berlaku



Sebenarnya, semua orang memerlukan B Complex dalam diet harian demi kesihatan tubuh badan dan mencukupkan jurang-jurang vitamin B dalam badan.

Berikut merupakan individu yang PERLU mengambil vitamin B Complex setiap hari :-

  1. Ibu Hamil terutamanya mereka yang mengalami rendah haemoglobin ( Low HB) / Anemia
  2. Individu yang sering mengalami rambut gugur
  3. Individu yang hormone tidak stabil
  4. Ibu lepas berpantang (bantu kawal emosi ketika berpantang sekaligus elakkan meroyan)
  5. Individu yang mengalami kulit kusam / tidak berseri
  6. Individu yang ada masalah jerawat
  7. Individu yang sering tertekan / depresi
  8. Individu yang cepat letih dan tidak bertenaga
  9. Insomnia
  10. Individu yang lemah daya ingatan / cepat lupa
  11. Pasangan yang sedang TTC (ikhtiar hamil)
  12. Individu yang mudah kena ulser
  13. Individu yang masalah keputihan dan keseburan
  14. Individu yang selalu terdedah kepada cahaya matahari
  15. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi & migraine
  16. Wanita yang mengambil pil perancang

Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk kanak-kanak?

  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga

Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk orang dewasa?

  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk ibu mengandung?

  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin.

Kenapa perlu dapatkan B Complex Shaklee hari ini juga?

Pertama - Sebotol B Complex tahan sehingga 4 bulan. Lamakan? Sangat menjimatkan dan yang paling penting boleh dapat banyak manfaat dari sebotol B Complex.

Kedua - vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 vitamin B lengkap yang diperlukan tubuh

Ketiga - B Complex adalah vitamin larut air. Bermakna ianya tidak disimpan di dalam badan. Sekiranya berlebihan ianya akan dikeluarkan melalui air kencing. Tetapi jika kurang, kita akan mengalami kesan akibat dari kekurangan B Complex terutama masalah saraf dan metabolisme badan. 

Disebabkan vitamin B tidak disimpan di dalam badan maka pengambilan vitamin B Complex setiap hari tidak kira lelaki mahupun wanita amatlah diperlukan


Makan B Complex AIR KENCING jadi WARNA KUNING?


Ada yang tanya dan terkejut bila makan B Complex Shaklee air kencing jadi warna kuning?

Sebenarnya vitamin B Complex ini adalah vitamin larut air (water soluble), jadi ia sangat cepat larut dalam salur darah dan terus ke urin.

Ia adalah proses semulajadi menyingkirkan lebihan RIBOFLAVIN (VITAMIN B2) yang tidak diserap oleh badan, dan terus keluar melalui air kencing, menyebabkan ia menjadi warna kuning terang!

Ia bukanlah bermaksud kita terlebih dos, tapi adalah antara petanda buah pinggang kita sihat dan berfungsi dengan baik ;)

Jadi, bagi korang yang sudah tahu tentang keistimewaan, fungsi, manfaat, kepentingan dan siapa yang memerlukan vitamin B Complex Shahklee terutamanya, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mengamalkan vitamin B Complex dalam diet harian anda!

Vitamin B Complex juga tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

DISCLAIMERProduk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  Produk Shaklee bukan UBAT ya, tapi adalah MAKANAN tambahan dalam bentuk tablet. Owh yaaa, harga yang di share ni adalah harga retail. Nak murah lagi boleh daftar ahli dengan kita. 

Kod Produk 10164 (120 biji)
1 botol RM58.50  / 120 biji
Saranan pengambilan: 1 biji sehari

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Untuk keterangan lanjut, boleh whatsapp kita (https://wa.me/60126714589)

--------------------------------

MULAKAN HARI ANDA DENGAN SHAKLEE !
Your Most Wanted SID - ASILAH -
ID NO. - 1267957
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Asilah Bakri
atau follow IG saya @beautyhousebyab
atau whatsapp +6012-6714589

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...