Jadi kat sini, kita nak share kan few informations berkaitan vitamin B - apa itu vitamin B, kenapa vitamin B penting untuk body kita, kenapa perlu ambil vitamin B setiap hari dan siapa actually yang sangat memerlukan vitamin B ni?
Vitamin B ni antara salah satu vitamin yang perlu kita semua ambil berat. Ianya memainkan peranan yang penting untuk fungsi tubuh kita sebab vitamin B ni bantu untuk tukarkan makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan. Vitamin B ni memang mengandungi banyak khasiat dan kelebihan, bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi untuk kanak-kanak juga.
Tapi tak semua tahu tentang kepentingan vitamin B dan hanya dipandang remeh sahaja, sedangkan kekurangan vitamin B dalam tubuh mampu memberi risiko yang tinggi untuk penyakit kronik. Kekurangan vitamin B boleh menurukan tahap kesihatan seseorang itu.Jadi pengambilan vitamin B yang cukup adalah sangat penting untuk body kita. Ingat tau hihi.
Walaupun vitamin B boleh didapati secara semulajadi dalam pemakanna seharian kita macam daging, ikan, sayuran dan buahan, serta kekecang, tapi adakah ianaya mencukupi mengikut keperluan tubuh kita?
Tahu tak, cara memasak dengan menggunakan suhu yang tinggi berlebihan, penggunaan baja kimia dan racun serangga, boleh sebabkan segala nutrients hilang sebelum sempat sampai ke mulut korang
So, the question is, does our body get enough amount of vitamin B?
- Berfungsi untuk menukarkan makanan karbohidrat kepada tenaga
- Melegakan simptom kemurungan
- Penting untuk kawalan gula darah, ini mempunyai kesan besar pada tahap keresahan
- Melancarkan metabolisme
- Melancarkan peredaran darah
- Mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
- Mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
- Memulihkan gangguan saraf
VITAMIN B2
- Fungsi untuk menjaga kesihatan kulit dan mata
- Membantu mengurangkan gejala tekanan fizikal yang biasanya sakit kepala dan kemurungan
- Meningkatkan keupayaan sistem imun untuk menangkis tekanan dan keresahan
- Yang diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
VITAMIN B3
- Diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
- Membantu meningkatkan selera makan.
- Berfungsi untuk menjaga kesihatan kulit dan memperbaiki sistem pencernaan
- Dalam pembinaan neurotransmitter, serotonin, yang membantu kita bertindak balas terhadap keadaan yang tertekan
- Membantu menjaga kulit, sistem saraf, dan sistem pencernaan yang sihat
VITAMIN B5
- Berguna dalam proses pemecahan lemak dan protein serta karbohidrat menjadi tenaga.
- Berfungsi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah dan juga vitamin D
- Penting dalam berfungsi dengan sempurna kelenjar adrenal, yang bertanggungjawab untuk penghasilan hormon yang mengawal tekanan
- Membantu dalam pengeluaran asetilkolin di otak, neurotransmitter yang menguruskan tumpuan dan tumpuan di otak dan mengurangkan rasa bimbang
- Diperlukan di tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
- Mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan normal
VITAMIN B6
- Sangat diperlukan dalam pemprosesan lemak dan asid amino dalam tubuh badan
- Diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
- Membantu badan memecah protein
- Membantu mengekalkan kesihatan sel darah merah, sistem saraf, dan bahagian sistem kekebalan tubuh
- Melancarkan metabolisme
- Meningkatkan kekebalan tubuh
- Menjaga keseimbangan garam-garam mineral
- Membantu sintetis RNA dan DNA
VITAMIN B7
- Berfungsi dalam proses pemecahan lemak dan protein menjadi tenaga untuk digunakan oleh tubuh badan
- Diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
- Membantu memecah protein dan karbohidrat
- Membantu badan membuat hormon
VITAMIN B9
- Fungsi untuk membantu dalam membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan saraf dalam janin
- Membantu dalam mengurangkan kesan homocysteine di dalam otak, hasil sampingan dari beberapa proses otak yang mempengaruhi bagaimana seseorang mengendalikan keadaan tekanan (homocysteine, adalah faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung, strok, kanser, dan penyakit Alzheimer)
- Membantu sel-sel dalam badan membuat dan menyelenggara DNA
- Penting dalam menghasilkan pengeluaran sel darah merah
VITAMIN B12
- Fungsi untuk melindungi sel saraf
- Membantu dalam pembentukan sel darah merah
- Memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan saraf berfungsi
- Kekurangan Vitamin B12 juga boleh menyebabkan kerengsaan, kekeliruan, kebimbangan dan tekanan, jadi perlu amalkan vitamin B 12 untuk mengatasinya
- Vitamin B12 diperlukan untuk fungsi mental yang biasa, dan tahap rendah dapat meniru kepincangan
- Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan badan
- Juga mempunyai bahagian dalam menghasilkan sel darah, dan bagaimana tubuh menggunakan asid folik dan karbohidrat
- Mencegah kerosakan urat saraf
- Membantu pembentukan sel darah merah
- Melancarkan metabolisme sistem tubuh
- Mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
- Vitamin B adalah vitamin yang larut dalam air, jadi ianya sentiasa perlu diganti.
- Vitamin B juga boleh musnah oleh cahaya matahari, haba, dan suhu. Contohnya ialah sayur yang dimasak terlalu lama dengan suhu yang tinggi.
- Pengambilan gula yang banyak juga boleh memusnahkan vitamin B
- Alkohol dan stress juga menyumbang kepada kemusnahan vitamin B
- Pil-pil seperti antibiotik, pil penenang, ubat tidur juga boleh memusnahkan vitamin B
- Lemah sistem saraf
- Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung, Kehilangan daya memori (Lemah Ingatan), Mental tidak stabil
- Pembentukan sel abnormal
- Mengakibatkan anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa
- Masalah depresi (Tekanan perasaan & Mudah tertekan, Cepat gelisah dan tidak tenang)
- Rasa letih, lesu, dan lemah badan, sakit-sakit dan lenguh badan, Sakit pada bahagian abdomen
- Mengalami penyakit matabolic disorder (beri-beri) - gejala; bengkak buku lali kaki, kebas tangan dan kaki
- Sesak nafas
- Insomnia - Mengalami gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur
- Kurang fokus dan konsentrasi
- Gangguan emosi dan mudah tersinggung, cepat panik dan gemuruh serta berdebar
- Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria
- Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat, hilang selera makan
- Masalah Kulit (Skin Lesions), kulit kusam dan tidak berseri
- Kerap diserang migrain dan sakit kepala
- "B" is for beauty. Jadi vitamin B adalah antara elemen penting untuk kecantikan terutamanya kecantikan dari dalaman
- Bertindak sebagai pembekal tenaga - membantu menghasilkan tenaga dan membentuk sel-sel darah merah
- Membantu meningkatkan kadar metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
- Bertindak sebagai penenang (anti stress)
- B6, B9, dan B12 membantu mengurangkan paras homosisteina dalam darah
- B12 membantu menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak (komplikasi kecil atau biasa bagi pesakit kencing manis)
- Kajian menunjukkan bahawa vitamin B Complex boleh mengurangkan keradangan pada pesakit hemodialisis dan menggalakkan penyembuhan luka periodontal.
- Asid folik dan B12 dalam vitamin B Complex membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
- Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian ibu hamil membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan saraf tunjang, kecacatan tiub neural dan kecacatan otak termasuk bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
- Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
- Mengelakkan penyakit beri-beri.
- Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
- Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
- Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
- Mengurangkan tekanan perasaan.
- Menguatkan antibodi tubuh.
- Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
- Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
- Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
- Menghalang anemia daripada berlaku
- Ibu Hamil terutamanya mereka yang mengalami rendah haemoglobin ( Low HB) / Anemia
- Individu yang sering mengalami rambut gugur
- Individu yang hormone tidak stabil
- Ibu lepas berpantang (bantu kawal emosi ketika berpantang sekaligus elakkan meroyan)
- Individu yang mengalami kulit kusam / tidak berseri
- Individu yang ada masalah jerawat
- Individu yang sering tertekan / depresi
- Individu yang cepat letih dan tidak bertenaga
- Insomnia
- Individu yang lemah daya ingatan / cepat lupa
- Pasangan yang sedang TTC (ikhtiar hamil)
- Individu yang mudah kena ulser
- Individu yang masalah keputihan dan keseburan
- Individu yang selalu terdedah kepada cahaya matahari
- Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi & migraine
- Wanita yang mengambil pil perancang
- Merangsang pertumbuhan.
- Meningkatkan kemampuan berfikir.
- Memberikan tambahan tenaga
- Menambah tenaga.
- Mengurangkan stress.
- Melambatkan proses uban di rambut.
- Membantu meningkatkan konsentrasi.
- Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
- Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
- Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin.
2 comments:
Wah boleh jadi rujukan ni
boleh sis :)
Post a Comment