Saturday, January 16, 2021

6 Sebab Kenapa Shaklee Selalu Kena Kecam


First of all, selama almost 4 tahun consume Shaklee, tak dinafikan banyak je dapat news tak best pasal Shaklee ni. Nak pula time tahun 2017 tu baru je mula consume Esp and Omega Guard.

Baru je kenal, belum jadi ahli lagi. Consume untuk solvekan masalah gastrik dan eczema. Tapi waktu tu, ada je orang macam pertikaikan, 

“Eh Shaklee ni bagus ke?”
“Mahal kan Shaklee ni, aku tak mampu lah nak beli”
“Produk Shaklee ni tak bagus lah, dia rosakkan buah pinggang tau kalau makan lama-lama”
“Shaklee ni MLM harammmm sebab dia scam kayakan orang atas”

Hehe memang masa awal-awal tu serious tergugat. Rasa macam iman tak kuat lah haha Ye lah sebab waktu tu tak cukup ilmu nak hadam and fahamkan macam mana produk Shaklee works and how the company is. Alaaa contoh senang, you belajar time sekolah kan, kalau subjek tu you tak paham, you akan cakap susah and you tak boleh nak tolong member jawab soalan.

Haa camtu jugak lah Shaklee. Bila korang tak tahu or tak nak ambil tahu, korang akan keluarkan all this fatwa yang tak best dan akan menggugat orang yang baru nak cuba produk Shaklee. Korang dah bantutkan hasrat dia untuk menjadi lebih sihat dan bantu masalah kesihatan dia. Korang beriya cakap pung pang itu ini, tapi korang sendiri pun entah-entah tak pernah pun cuba consume Shaklee kan?

Kalau yang pernah consume tapi cakap takde effects tu, either korang punya agent tak explain secara details cara nak consume or korang sendiri ego tak mau tanya pape bila ada masalah. Lepastu cop produk Shaklee tak best hihi Tak baik tauuu

Okay jom kita go thru sikit antara kenyataan paling common bila Shaklee kena hentam :


Okay nak direct cakap terus BAGUS macam orang kata nanti kita overclaim plak haha. Dia macam ni lah, syarikat Shaklee dah bertapak almost 65 years di dunia, dekat Malaysia dah hampir 25 tahun. Lepastu multivitamin pertama di dunia dihasilkan oleh Syarikat Shaklee. Sebelum any other doktor or anyone in medical fields came up with vitamins. Dr. Forrest C. Shaklee buat dulu.

Lepastu kan, semua inventions dari Shaklee, ada landmark study, clinical research yang banyak, di tambah pula dengan Shaklee hire third-party company untuk buat research, so that apa apa negative or bad results, Shaklee tak boleh sorok. Semua public kan. 

Kita faham, kadang ada some companies, diorang buat in-house research, tapi bila ada dapat result tak best, boleh je sorok or tak publish kan? Tapi tahu tak korang, nak buat all these researches and studies, perlukan kos yang tinggi? Agak-agak company yang baru setahun jagung, ada ke modal untuk buat semua ni dan dengan rileksnya claim produk diorang bagus? Secara logiknya, mesti tak kan?

Satu lagi, pengasas produk Shaklee ni memang seorang DOKTOR ya, yes, from chiropractic, kepada nutrisionist dan juga biochemist. Bukannya orang biasa pun. 

Jadi korang boleh imagine tak, if company pun dah lebih 50 tahun beroprasi, tambah dengan pioneer kepada all the multivitamins in the world, wouldn’t that make SHAKLEE PRODUCTS ARE ACTUALLY REALLY GOOD?

Kalau nak tahu siapa Dr. Forrest C. Shaklee ni boleh KLIK SINI


Okay lah, let me ask you first, produk mana yang korang rasa mahal sangat sampai rasa macam ridiculous untuk spend beli for kesihatan?

Ostematrix? Esp? Vitamin C? or Vivix?

Laahh kalau kata Vivix tu mahal, korang tahu ke dia mahal sebab apa? Pernah tanya tak? Mesti tak kan, hehe Cuba je korang tanya agent-agent Shaklee, apa product diorang paling murah, yang paling affordable? BANYAK WEYHHHH. Yang affordable ni pun actually boleh je bantu masalah kesihatan koranggg. Sakit kaki? Kulit jerawat? Nak kurus? 

Jom kita share some yang AFFORDABLE gilaa untuk korang !

Vitamin C – RM98

Satu botol ni ada 180 biji, tahan 6 bulan. Sebulan kalau bahagi pun, korang baru spend RM16.33, lepastu kalau nak bahagi per biji, satu biji jatuh 54 sen je. Setahun beli 2 kali je, tak affordable ke tuuuu hihi

Ostematrix – RM60

Satu botol tahan 2 bulan, ada 120 tablets. Sebulan baru RM30, bahagi pula 120 biji, satu tu jatuh 50 sen. Sama je lebih kurang macam vitamin C.

Dua ni antara yang paling best seller, paling orang kata favourite customers tau. Affordable, kos effective, kesan paling best and paling cepat dapat khasiat dia. Sooo, tell me again, Shaklee mahal tak? Hihi

Disclaimer : Produk Shaklee bukan UBAT ya, tapi adalah MAKANAN tambahan dalam bentuk tablet. Owh yaaa, harga yang di share ni adalah harga retail. Nak murah lagi boleh daftar ahli dengan kita. 

KLIK JE SINI UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI 


First of all, you guys need to understand, apa punca sakit buah pinggang terjadi? Usually sakit buah pinggang akan dikaitkan dengan mereka yang ada menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kolesterol tinggi atau perokok. Dan semua ni adalah dari cara pemakanan kita, stress, surroundings dan environment kita. Bukan semata sebab Shaklee. 

Pemakanan kita seharian sekarang dah tak sama macam masa atuk nenek kita dulu, yang walaupun umur dah 80-90 tahun masih kuat lagi bercucuk tanam, menoreh getah, dan bekerja. Kita sekarang? Umur 30 tahun dah lenguh badan, sakit-sakit, jadi nak cakap dunia kita yang sekarang sangatlahhhh berbeza tau. Tak masuk lagi dengan pencemaran, pembalakan, ehh banyak lah. Haha.

Jadi bagaimana pula kalau kata consume produk Shaklee, menjadi punca kepada sakit buah pinggang? Kalau kita sendiri pemakanan tak jaga, exercise pun tidak, all the fast foods and sugary drink semua kita bedal haha water intake pun tak cukup. 

Nutrisi dalam makanan kita sekarang ni tak sama, every year akan ada je perubahan pada nutrients sebab kan supplier nak produce goods dengan amount yang banyak dalam masa yang singkat. Jadi guna baja ke, injects itu ini untuk cepatkan proses, gembur tanah yang sama, yang dah kurang nutrients dalam soil tu and banyak lagi.

So Shaklee invents supplements makanan ni untuk bantu tampung nutritions gap yang body kita tak cukup. Itu sahaja. Bila ambil supplemen kena lah cukup air minumnyaa. Makan lah apa-apa vitamins pun, kalau tak cukup air, tak guna juga.

Produk Shaklee ni dari sumber semulajadi, takde yang sintetik. Semua produk Shaklee akan dibuat kajian dulu, dan semua kajian menunjukkan, mereka yang dah consume Shaklee lebih dari 15 tahun menunjukkan result kesihatan yang lebih baik dari mereka yang tak ambil langsung.

Shaklee ada landmark study, yang menunjukkan pengambilan supplemen pada jangka masa yang panjang, tidak merosakkan badan, walhal lebih menyihatkan badan dari segi mengurangkan risiko penyakit-penyakit tiga serangkai yg disebabkan oleh usia.

Nak tahu tentang all science-related to Shaklee boleh KLIK WEBSITE NI

Disclaimer lagi sekali : Shaklee bukan UBAT tetapi adalah MAKANAN tambahan dalam bentuk tablet. Yang diambil setiap hari untuk maintenance kesihatan, bukan pada waktu sakit sahaja ya.


Siap ada yang cakap harammmm bisnes Shaklee ni. Saya nak gelak sikit dulu boleh? HAHAHAHAHA (okay gurau gurau)

Korang actually tahu ke camne sistem menjual dalam Shaklee? Bila dengar MLM je terus gelabah ya? Dah dah lah tu fikiran yang kolot dah tahun 2021 niii, come on jom sama-sama kita belajar something tentang bisnes Shaklee.

Bisnes Shaklee ni betul, sistem multi-level marketing. Tapi bisnes sistem yang Shaklee punya, TAK SAMA macam MLM yang selalu kita dengar scammers kat luar sana.

Shaklee ni didaftarkan sebagai sistem penjualan langsung, DIRECT SELLING, means that sistem agent jual direct terus pada customer. Takde diletakkan kat mana-mana farmasi atau supermarkets, mahupun e-commerce. Kalau korang jumpa tu, means agent tu dah langgar etika rules Shaklee ya. Silah lah dealing dengan agent yang bertauliah macam saya hihi

Shaklee tak diletakkan pada any kedai, sebab kalau dah letak kat kedai, apa guna agent kan? Tambahan pula kalau letak kat kedai, harga produk Shaklee boleh jadi lagi mahal daripada harha sekarang. Ye lah nak bayar transport, sewa kedai, tukang jaga kedai, komisen kedai and etc.

NAK DAFTAR AHLI?

Bila seorang ahli daftar dengan seorang agent, sila take note, agent tersebut takde dapat apa-apa komisen ya. Kita berniaga produk, bukan berniaga orang. RM35 yang korang bayar untuk daftar ahli tu hanya untuk dapatkan ID dan juga e-book dari Shaklee. Cuba je tengok link DAFTAR AHLI ni, ada ke tulis komisen untuk agent? Takdeeee

Yang korang akan dapat bila daftar ahli, bukan setakat e-book dari Shaklee, tapi KORANG SENDIRI dapat benefit beli produk pada harga yang jimat dan DAPAT BONUS untuk diri sendiri juga. Bila daftar dengan agent yang betul (macam saya hihi) korang akan dapat macam-macam benda !

Kelas nutrisi, kelas marketing, kelas self improvements, kelas pengurusan duit, kelas copywriting and etc, dan semua ni adalah PERCUMA ! Kalau bisnes lain dah kena bayar dah, bayar duit kopi lah orang kata hehe


Perkara ni sebenarnya kan, korang tak patut jadikan isu. Sebab apa? Sebab, leader yakni agent upline korang tu, bila dia bina team, dia ajar korang buat bisnes, dia ajar korang cara nak dapat bonus 4-angka tiap-tiap bulan, spend masa mengajar korang satu team, buat kelas untuk korang sampai korang pun rank-up, SHAKLEE BAYARKAN BONUS LEADERSHIP dekat upline korang tu, sebagai penghargaan sebab bina team, bukan ahli baru ataupun korang yang bayarkan. 

You sendiri buat sales sikit, bonus you sikit. You buat sales banyak, besarlah bonus you. As simple as that. Macam orang berniaga nasi lemak : Dia jual sorang, dia boleh buat 100 bungkus je. What if dia ambil agent 2 orang, dia boleh fokus bikin nasi lemak, and agent tu tolong jual. Boleh dapat sehari 300 bungkus, contohnya.

Nak contoh lagi? Macam orang bukak franchise, tambah cawangan, kenapa deme tambah? Nape tak stick pada satu je kedai? Sebabnya nak income sales lebih besar. Gitewww.

Haa samalah macam bisnes Shaklee, lebih besar team, lebih besar bonus leadership yang korang boleh capai (dgn usaha ya). Kalau you buat sales LAGI TINGGI dari upline you pun takde masalah. Nak potong? Silakan bebbb. Haha. Takde maknanya Shaklee nak sekat bonus korang just because korang buat sales lebih banyak dari upline korang hehe Korang dapat naik pangkat lagi tinggi adalah hehe

So balik pada soalan tadi, bisnes Shaklee kayakan orang atas ke? Semestinya tidak. Korang yang tentukan bonus korang sendiri. Nak kaya atau nak kaya? Mula lah untuk bina team bukan buat bisnes sorang-sorang okay?


Naaa now you know hehe. Benda yang kita tak tahu, tak salah kita tanya. Kalau boleh jangan simply buat assumptions sendiri. Benda boleh clarify, buat apa nak teka-teki kan? Kalau tetiba rasa ada soalan nak tanya, boleh usulkan dekat SINI

Terima kasih lah sudi baca panjang-panjang ni haha Jom lah buat bisnes Shaklee dengan kita, produk Shaklee ni tak bermusim pun, ramai je cari. Bisnes long-term orang kata.

Nak daftar ahli sendiri? Boleh je, KLIK SINI UNTUK DAFTAR AHLI, lepastu KLIK WHATSAPP LINK kita


Xoxo,
Supervisor Asilah Bakri
Founder Team Amethyst
Pemegang bonus 4-angka dalam Shaklee

Wednesday, January 13, 2021

10 Tanda Badan Kurang Protein

Assalammualaikum semua, InsyaAllah hari ni kita akan story sikit pasal best seller produk dalam Shaklee

Top 10 Shaklee's Best Seller

Dari top 10 ni, ada yang Shaklee ambil untuk jadikan best seller set untuk bulan ni

Ini adalah turutan mengikut jumlah yang ter-paling banyak di beli oleh rakyat malaysia.



Kalau ikutkan semua kita suka hehe dan semua pun terbaik. Setiap satu produk ada fungsi yang berbeza, tapi still bagi the best effects that can help with our health.

Dalam best seller set Shaklee ada :

  • Esp
  • Vitamin C
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Bcomplex
  • Bonus : Zinc plus

Dari set ni, kita akan start dengan Esp dulu


Gambar ni menunjukkan apa?

Gambar ini menunjukkan

  • Rambut
  • Kuku
  • Otot
  • Tulang

Dan semua ini terbina dari protein

Kalau korang tengok secara luaran,

  • Keadaan kuku yang cepat patah
  • Rambut banyak gugur, kering, tak bermaya
  • Badan flabby lembik mcm takde otot
  • Tulang sering ada masalah

Itu tandanya seseorang itu kekurang protein yg diperlukan dalam badan

Tu baru cerita luaran, kuku rambut otot etc..

Kalau dalaman pula?


  • Enzime
  • Antibody
  • Hormon
  • DNA

dan banyak lagi

Sebab kita tgh dalam situasi covid ni, kita try relate dengan keadaan sekarang. Esp ni membantu ke untuk kuatkan antibodi?

Jawapan dia, YES !

Antibodi terdiri drpd bermacam jenis askar :

  • Sel imun
  • Sel darah putih
  • Interferon
  • And etc

Semua ni macam mana nak terhasil kalau KURANG PROTEIN? Okay lah untuk hari ni, korang makan apa pagi tadi? Saya makan nasi goreng dengan telur mata.

Jadi berapa bilangan protein yang saya dapat untuk breakfast tadi? Ni contoh untuk menu saya

Nasi goreng 4.7gm
Telur mata 7gm

Breakfast 11.7 gm protein saya dapat. Tapi cukup tak agaknya untuk kita? Imagine kalau saya cakap, Oh hari ni dah makan telur. Cukup dah protein tu.Kalau cukup, kenapa kulit tak cantik?

  • Kenapa tak licin
  • Kenapa kasar
  • Kusam
  • Kenapa kuku cepat patah, rapuh
  • Kenapa rambut nipis, banyak gugur
  • Kenapa mudah demam

Kan dah makan protein dari telur...Jawapannya sebab

Tak cukup pun !

Cara nak tahu berapa protein di perlukan untuk badan

1 kg berat badan = 1g protein di perlukan. Kalau berat 70kg? 70 gram protein kita perlukan ok

Okay kita bagi contoh lagi

  • Breakfast telur 7gm
  • Lunch ada ayam goreng roughly 20gm
  • Dinner ada ikan goreng roughly 17gm

Total utk satu hari tu dalam 44gm

Tapi korang kena ingat, protein ni sifat dia sgt sensitif kepada suhu yg panas sebab ia akan rosakkan kandungan protein. Jd bila kita masak goreng bakar semua tu, akan ada possibilities yang kandungan protein akan berkurang. Mungkin dapat less lagi dari 44gm tU. Actually, memang kita makan seharian tak cukup pun kandungan protein. Jadi cara nak make sure kita dapat enough protein for the day ialah dengan tambah menu Esp.

  • 3 sudu Esp mengandungi dalam 14gm protein
  • Boleh minum dua kali - pagi & malam

The reason kita buat sharing tentang protein ni supaya nak korang semua faham dan tak simy rasa

"Eee takutnya terlebih protein"

Sebab susah sebenarnya nak capai CUKUP. Tambah lagi yang berbadan besar. Lagi berat badan kita. Lagi banyak protein yang diperlukan. Kalau berat 90kg, protein pun kena 90gm. Macam kita ckp tdi, minum Esp 3 sudu baru bagi dalam 14gm protein. So..susah sebenarnya nak timbul isu terlebih protein. Jadi jangan risau okay bila minum Esp

Kita pernah dapat soalan,

"KENAPA KENA AMBIL PROTEIN CUKUP?" Apa jadi kalau tak cukup?

1 ) BENGKAK

Antara tanda yang paling biasa untuk berlaku apabila badan kekurangan protein adalah pembengkakan atau turut dikenali sebagai edema, terutama pada perut, kaki dan tangan. Ini mungkin kerana protein beredar dalam darah – khususnya albumin – untuk membantu mengekalkan cecair daripada membina dalam tisu. Edema ni banyak faktor terjadi, tapi salah satunya juga adalah sebab kurang protein.

2 ) KULIT, RAMBUT, KUKU PROBLEM

Rambut, kuku, kulit dalam dia ada

- kolagen
- keratin
- elastin

So tiga benda ni perlukan protein tapi kalau tak cukup apa jadi?

- rambut gugur, tipis, tak kuat
- kulit kusam, kering, berkerak
- kuku rapuh, cepat patah, tak bermaya

3 ) EMOSI TAK STABIL

Otak kita ni perlukan sejenis bahan kimia yang kita panggil sebagai

Neurotransmitter

Dia akan sampaikan maklumat antara sel-sel otak. So neurotransmitter ni diperbuat daripada apa?

Asid amino ! Yes protein. Kalau protein kurang, Neurotransmitter akan kurang dihasilkan, maka ia akan mula jejaskan cara otak kita berfungsi. Bila otak kita tak berfungsi dengan baik, bahaya okay. Sebab otak adalah ketua tau dalamnbadan kita. Dia lah yg bagi arahan apa kena buat

Fungsi otak
Dopamine & Serotonin pun




Dopamine regulates *mood* and muscle movement and plays a vital role in the brain's pleasure and *reward systems*. 

Serotonin helps *regulate mood* body temperature etc

So sesiapa yg rasa down, rasa takde mood, rasa serabut je

Pergi lah cepat-cepat minum Esp

Mungkin otak anda sedang kekurangan protein

4 ) LEMAH & LETIH


Ada kajian ya,

Yang menunjukkan pengambilan protein yang tidak mencukupi dalam tempoh seminggu boleh menjejaskan otot. Otot kan penting utk pergerakan. Postur badan tak bongkok, wow makcik tu masih tegak walau dah tua. Rupanya power dia punya protein intake sejak muda !

Okay imagine eh, Dari masa ke masa, badan bergerak, oto digunakan.Tapi kita? Kekurangan protein?

Ini boleh mengakibatkan kita hilang jisim otot yg akhirnya akan menyebabkan stamina kita merosot, metabolisma pun turun. Kita akan rasa penat & letih

Tapi sejak minum Esp, wow bertenaga lain maciammm hehe

Jadi sesiapa selalu mudah penat, mudah stress pulak tu

Please
Please
Please

Amek konsisten Esp setiap hari okay?

5 ) LAPAR, LAPAR, LAPAR

Siapa sini ada masalah craving? Ni cerita dia. Craving / teringin nk makan sesuatu berbeza dengan time yg memang badan perlukan makanan. Craving ni, badan tak perlukan tapi otak kata

"Alaaa nak makan coklat"
"Nak makan pizza"

Ye, ia dari otak, bukan perut yaa hehe

Kajian menunjukkan, kalau kita cukup protein, craving menurun.

Now korang akan faham dah kenapa kalau konsisten minum Esp, cravings akan berkurang. Tgk iklan mcd ayam spicy selamba sikit pun tak heran. Time banyak skip Esp, keluar lah iklan krup krap simple. Ada customer kita sorang, bila dia minum Esp, dia rasa macam kenyang je, tak rasa lapar, lupa nak makan

Haaa ada 3 sebab,

  • Bila otak cukup protein, dia tak cravings
  • Bila perut cukup protein, dia akan bg effect kenyang lama
  • Glisemik Indeks dalam Esp sangat rendah, jadi dia takkan spike gula dalam darah, and dia melepaskan tenaga secara sustain, tak keluar serentak

Sebab tu org berpuasa kalau ambil Esp untuk sahur, tenaga sangat boleh tahan lama, tak cepat rasa penat dan lapar

6 ) LUKA LAMBAT SEMBUH


Okay bab luka lambat sembuh, jangan katakan luka, kalau kaki terseliuh mse bersenam pun punyalah lama nak sembuh. Bila badan kurang protein, kesan dia badan tak boleh hasilkan kolagen yang cukup. So mmg ada hubung kait antara tisu dengan kulit kita

Utk proses pembekuan darah juga ingat, protein diperlukan

Utk mereka yang baru lepas bersalin, sbg contoh, nk cepat sembuh luka bersalin haa amek lah Esp

Jadi mana mana yg selalu alami masalah luka or terseliuh lambat sembuh, means korang kurang protein, jadi boleh start amalkan Esp

7 ) ANTIBODI LEMAH, SENANG SANGAT SAKIT !


Badan kita perlukan asid amino tau, 20 jenis amino asid. Badan kita mmg ada hasilkan sendiri. Tp tak cukup, ada yang takde

ESP shaklee boleh bagi kita 9 jenis asid amino perlu

- Isoleucine
- *Leucine* ni plg byk dlm Cinch 
- Lisin
- Methionine
- Phenylalanine
- Serine
- Threonine
- Tryptophan
- Valine

Asid amino dalam darah bantu sistem imun untuk menghasilkan antibodi yang mengaktifkan sel darah putih untuk melawan virus, bakteria dan toksin.

Jadi kalau siapa mudah demam, mudah berjangkit, orang selsema dia pon kejap je jangkit, selsema jgk. Mungkin kurang kandungan protein

Kita makan vitamin2 lain pon,

Kalau rasa macam
Haish kenapa mcm
Tak berkesan ni

Maybe kurang protein jugak. Protein ni dia bantu tingkatkan penyerapan nutrien lain dalam badan.







8 ) INSOMNIA, SUSAH TIDUR


Tidak mendapat tidur yang mencukupi dan insomnia kadangkala mempunyai kaitan dengan paras gula dalam darah yang tidak seimbang, kenaikan kortisol dan kemerosotan dalam penghasilan serotonin. (Tengok balik nota no 3)

Perubahan gula dalam darah pada siang hari berlanjutan sehingga pada waktu malam. Karbohidrat memerlukan insulin yang mencukupi berbanding lemak dan protein. 

Makan makanan dengan protein sebelum tidur dapat membantu pengeluaran trytophan dan serotonin, dan ia memberikan kesan minimum pada paras glukosa. Protein melambatkan penyerapan gula semasa makan.


9 ) MUDAH KENA OSTEOPOROSIS (TULANG RAPUH)


Apabila usia meningkat, korang juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Kekurangan protein boleh menyebabkan tulang rapuh kerana di dalam tulang terdapat protein khas yang disebut osteokalsin

Untuk tulang kekal kuat, pelbagai zat protein dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino

10 ) BADAN LENGUH, KAKI SAKIT


Ada juga yang bagi feedback, lepas konsisten minum Esp, bangun tidur, kaki pijak lantai dah tak sakit dah. Sebab apa? Sebab bila consume Esp secara konsisten, protein tu akan mula pergi betulkan hormon, insulin, otot and etc. Jd perjalanan darah pun lancar, asid urik tak berkumpul, sebab organ semua dapat jalankan fungsi dengan baik

Ok kesan kurang Protein

  1. Bengkak
  2. Kulit, Rambut, Kuku Problem
  3. Emosi tak stabil
  4. Lemah & Letih
  5. Lapar, Lapar, Lapar!
  6. Luka lambat sembuh
  7. Antibodi lemah, senang sgt sakit!
  8. Insomnia, susah nak tidur
  9. Mudah kena osteoporosis
  10. Badan lenguh, tapak kaki sakit

Mula lah amik Esp tanpa gagal start esok ya!
So itulah 10 tanda kekurangan protein,
Jadi pastikanlah anda cukup keperluan protein setiap hari !



Klik disini untuk dapatkan Energizing Soy Protein Shaklee - WHATSAPP

5 Sebab Vitamin C Shaklee Adalah Yang Terbaik


Ada banyak pilihan vitamin c tapi kenapa SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE menjadi pilihan yang terbaik untuk semua

1. Sistem Sustained Release

Ada beberapa yang anda kena faham dan ingat. Vitamin C Shaklee ada PELEPASAN BERPERINGKAT, ia akan melepaskan nutrisi secara beransur-ansur, dan memastikan bekalan vitamin c stabil sepanjang hari dan kesihatan sepanjang masa. 


Sistem pelepasan berperingkat ni penting, sebab vitamin c ni dia larut air, dia tidak dihasilkan atau disimpan didalam badan kita, dan tubuh kita hanya akan serap amount yang diperlukan sahaja, yang tidak digunakan akan dibuang.

Pengambilan dos yang lebih kecil sepanjang hari adalah lebih berkesan daripada sekaligus ambil dlam dos yang lebih tinggi. Sebab tu Shaklee berikan sistem pelepasan berperingkat untuk kesan yang lebih optimum.


Setiap tablet SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE memberikan 500mg vitamin c dalam jangka masa 5 jam dan ia juga bersamaan dengan 7.5 biji buah oren, ataupun 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah.

Jadi kalau kita lihat, hampir mustahil untuk kita consume semua ni secara konsisten setiap hari. Jadi sebab itulah Shaklee Vitamin C adalah satu pilihan dan kaedah yang lebih mudah dan senang untuk kita penuhi keperluan vitamin c pada badan kita.

2. Sumber semulajadi


SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITAMIN C adalah produk semulajadi yang berasal daripada ektrak jagung dan ia lebih lembut pada perut serta kurang berasid, sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif. Oleh kerana ia sumber semulajadi dan mudah diserap oleh badan.

3. Tambahan Bioflavonoids



Sustained Release Vitamin C bukan sahaja memberikan anda sumber vitamin c tetapi ditambah dengan 120mg bioflavanoids citrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin c untuk meningkatkan kesan dia. Secara ringkasnya ia membantu dalam penyerapan dan memanjangkan keberkesanan vitamin c.

Biasanya bioflavanoids ni kita jumpa di kulit buh citrus, selaput putih buah citrus seperti buah oren, lemon dan juga limau, tapi kita tak makan kulitnya sebab rasa pahit. Jadi sekarang ni, dengan ambil Shaklee Sustained Relase Vitamin C, kita boleh menikmati kesemua kebaikan daripada buah oren segar apabila and amengambil ianya secara konsisten.

4. Kos Efektif dan Mampu Milik



Untuk mendapatkan kesihatan manfaat vitamin c, sebenarnya anda tidak perlu mengambil masa yang banyak, kenapa? Sebab Shaklee punya vitamin C memberikan anda harga cuma 43 sen sahaja, dimana ianya sangat mudah untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.

Harga 43 sen untuk vitamin C ni bersamaan dengan 7.5 biji buah oren yang berharga RM13.50, atau 6 cawan brokolo dengan anggaran RM18 ataupun 119 batang carrot dengan harga hampir RM71.40 !

Maksudnya Shaklee dah bagi solusi yang terbaik dan kos yang efektif. Jadi anda boleh menjadi pengguna yang bijak dan boleh pilih vitamin C yang berkualiti terbaik dengan harga yang berpatutan.

5. Perbezaan Vitamin C Shaklee dengan Jenama Lain



Sekarang jom kita lihat perbandingan antara Shaklee Sustained Release Vitamin C dengan jenama yang lain. Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang terbaik kerana ianya :

  • Menjimatkan kos, hanya 43 sen sahaja
  • Ada penambahan 120mg bioflavonoids, untuk tingkatkan kesan vitaminc
  • Mempunyai kajian klinikal membuktikan keberkesanannya
  • Produk yang lembut pada perut 

Jadi kesimpulannya, ini adalah 4 sebab kenapa anda harus memilih Shaklee Vitamin C

  1. Mempunyai sistem pelepasan berperingkat dan berterusan untuk membaiki dan mengoptimumkan penggunaan san mengurangkan pembaziran
  2. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu ekstrak jagung untuk penyerapan yang lebih baik dan lembut pada perut
  3. Ditambah dengan bioflavonoids untuk meningkatkan kesan vitamin c
  4. Kos yang efektif hanya 43 sen sahaja untuk setiap tablet dan ianya sesuai untuk anda sekeluarga


Jadi buat yang membaca, jangan lupa untuk mengambil vitamin C setiap hari, dan pilih kualiti yang vitamin c terbaik daripada Shaklee. Akhir kata dari saya, jangan lupa mulakan hari anda dengan Vitamin C Shaklee !


Untuk yang nak order boleh klik link ni

WHATSAPP

Tuesday, January 12, 2021

5 Sebab Kenapa Bisnes Shaklee Pilihan Yang Bagus


Sekarang ni, semua kena ada double or triple job just to get by everyday. With all the challenging things happen around us, with the pandemic, work from home (WFH) situation, sekolah yang sekejap buka sekejap tutup. Imagine all the money that has been invested, tapi takde pulangan or tak boleh guna.

Nak pula kerja pun gaji ada potongan, tambahan duit KWSP tak semua dapat keluar, stress kan?

So kat sini, kita nak share, if korang mencari bisnes untuk tambah income korang setiap bulan, kita nak ajak buat bisnes Shaklee. Bisnes Skalee ni bukan lah bisnes yang pelik-pelik seperti yang viral korang pernah tahu, tapi it is simply a supplement health bisnes.

Produk Shaklee bukan ubat tau, tapi ianya dari sumber makanan dalam bentuk tablet. Bukan diambil bila sakit, tapi diambil setiap hari untuk cukupkan zat-zat nutrisi dalam badan supaya kekal sihat sampai tua, InsyaAllah.

Jom tengok 5 sebab kenapa bisnes Shaklee ni best and sepatutnya menjadi pilihan untuk korang buat bisnes.

1. Syarikat Shaklee dah lama established

Almost 65 years old tau. Imagine kalau ada company yang boleh sustained this long, mesti dah well established, and all their products are very good ! sebab secara logik, kalau produk tak bagus, mesti dah lama tutup syarikat Shaklee. Lepastu yang lagi best, Shaklee ada landmark study. Shaklee hire third-party untuk buat research on the products. Means that, Shaklee tak boleh hide any benda-benda yang tak best, every result either baik or tak, semua kena transparent.

Imagine Youth Skincare pun ambil masa 8 tahun okay untuk disiapkan. Nak pastikan ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya untuk keselamatan pengguna. Bukan setahun dua keluarkan produk and terus launch ya.

Produk Nutriferon pun dikaji oleh Dr Kojima, took about 40 years ! yes 40 tahun research and buat kajian to find the best natural sources untuk kuatkan interferon dalam badan untuk lawan virus, bakteria and germs.

Even Shaklee punya Vitalea, multivitamin, merupakan yang pertama di dunia. Sebelum any vitamin or apa apa multivitamin wujud, Shaklee dah buat dulu.

Imagine being with a company that has established this long ! 

2. Unlimited bonus

Maksud unlimited kat sini, yes, korang sendiri tentukan berapa bonus yang korang nak. Bonus bulanan starts at around RM20-ish and can go up to 5-6 angka ! Tu belum masuk lagi untung runcit. So basically, income korang dengan Shaklee adalah untung runcit + bonus bulanan. Untung runcit pula sangat tinggi dalam bisnes Shaklee ni, contoh kita ambil Vitamin C, untung runcit untuk sebotol sahaja dah RM20. Imagine kalau korang dapat jual 5 botol sehari dah dapat RM100. Kalau seminggu? Sebulan? 

Most bisnes kat luar sana, untung runcit between RM2 - RM10 sahaja. Tak banyak, tapi dengan Shaklee sangat besar okay. 

3. Produk Shaklee tak bermusim

Bukan produk yang ikut trend tau. Dia takde musim, produk Shaklee memang ada permintaan, sangat-sangat tinggi. Selalu kalau ibu hamil atau ibu berpantang, search kat google, mesti banyak je set-set Shaklee yang keluar dulu. Kalau cari untuk kulit cantik ke, gastrik ke, apa sahaja yang related dengan kesihatan, pasti Shaklee yang keluar dekat top 10 list di google.

Contoh paling senang nak tengok kan, masa awal PKP, ramai sangat cari vitamin C Shaklee, sebab risau virus and takmau jatuh sakit, dalam masa 30 minit je 10,000 botol terjual. Dah macam sambalnyet Khairul Aming hehe. Jadi jangan risau kalau kata korang nak berniaga dengan produk Shaklee, sebab akan sentiasa ada permintaan.

4. The Big 3C - Cash, Car and Convention

Cash yang macam kita sebut tadi adalah untung runcit dan juga bonus bulanan. Car pula adalah bonus yang Shaklee bagi ikut pada performance kita. Tapi Shaklee tak bagi kereta sebiji cuma bonus ni adalah tambahan dan usually SID akan guna untuk bayar bulanan kereta, or duit rumah. Some akan panggil sebagai duit pencen hari tua. Car bonus ni bonus extra on top of monthly bonus tau.

And then Convention pula ada trip percuma dari Shaklee. Ada dua regional and international. Tapi mesti korang fikir, musim pandemik camni macam mana nak travel kan? Korang tak perlu risau, segala trip point yang korang kumpul, kalau masih lagi tak dapat nak travel, Shaklee akan ganti dengan cash !

So korang boleh dapat like 3 jenis cash bonus haaaa dengan Shaklee !!

5. Modal yang sangat rendah

Nak mulakan bisnes Shaklee ni, modal tak besar. Ada banyak pakej untuk korang yang nak join buat bisnes dengan Shaklee. Ada pakej :

RM35, RM150 and also RM390

Dan setiap satu pakej ni ada benefit dia tersendiri. Semua pakej ni boleh bagi pulangan kat korang yang sangat-sangat best tauu. Even korang kalau daftar ahli untuk consume sendiri pun dah boleh dapat income. Dan yang paling best, bisnes Shaklee ni boleh buat secara online. Since semua sekarang tak boleh nak keluar sangat, banyak stay at home, apa kata gunakan masa yang ada di rumah, untuk cari income extra untuk tampung life harian korang :)

Jadi if korang mencari bisnes apa nak buat, tengok checklist dulu, ada tak benda-benda ni :

  • Pastikan syarikat tu dah established lama
  • Untung runcit yang tinggi setiap produk
  • Produk yang tak bermusim
  • Bonus extra for long-term
  • Modal yang rendah dan affordable

Kalau korang join my team untuk bisnes Shaklee, korang akan dapat :
  • Group yang aktif
  • Kelas nutrisi 
  • Cara urus duit dengan baik
  • Mentor-mentor yang berpengalaman
  • Bahan marketing
  • Kelas copywriting
  • Kelas video editing

Boleh contact saya kat sini untuk makluman lanjut : WHATSAPP

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...