Thursday, February 09, 2023

Supplement Yang Saya Makan Untuk Sihat Dan Juga Untuk Diet

Supplement Yang Saya Makan Untuk Sihat Dan Juga Untuk Diet | Tahun 2020 kita diduga dengan kehadiran COVID-19, bermacam-macam berita tentang kesihatan yang kita boleh lihat dalam media. Terlalu banyak info sampai tak tahu mana satu nak percaya dan mana satu yang kurang sahih. Yang pasti semua orang sangat panik dengan berita mengejut ini.

Part paling sedih apabila ramai mula kehilangan ahli keluarga tersayang disebabkan COVID-19. Ramai juga yang saya kenal, mengalami pengalaman sedih akibat ini.

Setelah tiga tahun berlalu, walaupun di tahun 2023, masih lagi ada sisa-sisa Covid yang berkeliaran, tetapi dengan adanya teknologi kesihatan dan bantuan vitamin serta supplement makanan tambahan, Alhamdulillah dapat membantu warga Malaysia dapat meningkatkan imun sistem dan kadar kesihatan yang lebih baik berbading dahulu.

Sekarang pula kita dapat lihat, ada beberapa kes di mana, rakyat ramai yang demam, batuk dan selsema. Yang berlarutan sampai berminggu. Sangat sukar untuk bekerja dan cuti juga tidak boleh ambil terlalu lama, risau akan ada potongan gaji. Kesihatan terpaksa dikorbankan sedikit demi kelangsungan hidup seharian.

Ada juga saya lihat, ramai sudah bermula untuk diet kerana ingin menjaga kesihatan. Ada yang ingin turunkan berat badan bagi memudahkan pergerakan dan juga untuk menunaikan solat. Ada yang diet untuk turunkan paras kolestrol jahat demi menjaga kesihatan jantung. Ada juga yang memilih diet untuk bantu kurangkan masalah kulit berjerawat dan juga masalah gastrik. Dan banyak lagi.

Di sini saya ingin berkongsi, beberapa supplemen kesihatan beserta vitamin yang mungkin boleh membantu anda juga untuk kuatkan imun sistem, untuk sihat dan ada antaranya boleh bantu anda untuk diet dalam menjalani hari-hari yang akan datang. InsyaAllah, semuanya dengan izin dari Allah SWT.

Suplemen Yang Saya Makan Untuk Sihat Dan Juga Untuk Diet

Yang pertama sekali, yang paling favourite adalah ESP atau nama panjangnya ialah Energizing Soy Protein. ESP ini adalah sumber makanan tambahan dari soya non-gmo. Soya yang tidak diubah secara genetik. Bermaksud soya yang sihat dan selamat.

ESP ni protein yang sangat bagus untuk makanan sel-sel badan kita. Untuk kesihatan rambut, kuku dan kulit, protein wajib di ambil. Kita boleh makan telur, ayam, ikan hari-hari. Tapi lebih baik untuk tambahkan juga ESP dalam hidangan harian anda untuk mencukupkan pengambilan protein dalam sehari.

ESP juga bantu perut rasa kenyang lebih lama. Bagus diminum waktu breakfast, sebagai snacking ataupun sebagai alas perut untuk sahur. Puasa tak lama lagi kan? 


Yang kedua, antara yang wajib untuk diambil setiap hari ialah VITAMIN C. Vitamin C dari Shaklee ni istimewanya ialah Sistem Pelepasan Berperingkat, yang sudah dipaten bermaksud tiada syarikat lain yang boleh tiru. 

Sistem ini akan melepaskan 100mg vitamin C pada setiap satu jam. Satu tablet Vitamin C mengandungi 500mg khasiat vitamin C. Jadi anda akan dapat khasiat vitamin c secara berterusan dalam 5 jam.

Secara semula jadinya, badan kita hanya mampu untuk menyerap 100mg vitamin C pada satu masa. Jadi bayangkan kalau vitamin c yang anda ambil tiada sistem pelepasan berperingkat ini, lebihan khasiat vitamin c yang tidak diserap oleh badan akan terus dibuang melalui air kencing. Rugi bukan?

Vitamin C ni sangat bagus dalam memastikan imun sistem kita terjaga dan bantu menghalang radikal bebas dari masuk dalam badan kita. Ianya akan jadi pelindung terbaik untuk diri kita.


Yang ketiga, sekiranya badan saya sakit, pasti akan mengalami keradangan. Dan apa yang sebaiknya di ambil untuk mengurangkan masalah keradangan? OMEGA GUARD dari Shaklee adalah sebaiknya. 

Minyak ikan Omega-3 ni sangat bagus dalam membantu mengurangkan keradangan/inflammation dan juga bantu turunkan bacaan paras kolestrol dalam darah serta bantu pecahkan lemak kepada molekul kecil bagi mengelakkan pengumpulan lemak dalam darah. Apabila dah ada niat nak diet untuk kurus dan sihat, tambahkan Omega Guard dalam supplemen seharian.


Yang keempat, bila lemak-lemak dah pecah, kenal lah flush out kan betul? Kat sini saya akan ambil ALFALFA, untuk bantu remove toksin, dan bukan sahaja lemak-lemak degil tetapi toksin-toksin lain yang ada. Seperti masalah sakit kepala, masalah kulit berjerawat, masalah keputihan, masalah gout, masalah gerd/gastrik dan banyak lagi. 

Alfalfa ni adalah nutrients dari pokok alfalfa yang mana ianya bersifat alkali dan akan bantu meneutralkan asid dalam badan kita. Banyak-banyak asid dalam badan sangat tak bagus untuk kesihatan kita.


Yang kelima, adalah supplemen kalsium untuk kekuatan tulang dan juga gigi, iaitu OSTENUTRIX. Bila umur makin meningkat melepasi 30 tahun, ketumpatan kalsium dalam tulang akan berkurangan. 

Sebab itu kalau kita lihat pada mak ayah kita dan juga atuk nenek kita, mula merasa sakit kaki dan ada yang mula membongkok. Ini semua disebabkan ketumpatan kalsium dalam tulang dah tak mampu nak menampung berat badan kita. 

Kat sini sebaiknya ambil Ostenutrix untuk tambah kandungan kalsium dalam tulang. Bagus juga diamalkan untuk diet, sebab boleh bantu kita membuang pada esok hari. Jadi takde lah simpan toksin lama-lama dalam perut.


Yang keenam, adalah multivitamins atau dipanggil sebagai VITALEA. Satu tablet dari Vitalea ni dapat memberikan nutrisi bersamaan dengan 40 hidangan makanan ! 

Kita satu hari pun makan hanya 3 kali. Itu pun belum tentu cukup nutrisi. Belum masuk dengan tak makan buah dan sayur. Jadi di sini saya sarankan untuk anda ambil Vitalea untuk cukupkan gap-gap nutrisi yang ada dalam badan. Dan bantu mudahkan proses untuk diet. 

Bila kita diet nak sihat, adakalanya kita akan kurangkan portion makanan, jadi untuk memastikan nutrisi cukup dalam badan waktu berdiet, ambillah juga Vitalea.


Baiklah, saya rasa penulisan saya ini dah cukup panjang untuk anda, semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda semua. Semoga proses diet anda untuk sihat, dapat dilaksanakan dengan baik, dengan adanya bantuan dari produk-produk Shaklee.

Semoga bertemu di artikel yang lain pula.

#ProjekBlogMega #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam

--------------------

BACA JUGA :

Semuanya Tentang Detox Shaklee

Semuanya Tentang ESP

Semuanya Tentang Set Kurus Shaklee

Semuanya Tentang Tips Kesihatan

Semuanya Tentang Vitamin C

--------------------

Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...