Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Thursday, June 01, 2023

10 Manfaat Vitamin C Shaklee

10 Manfaat Vitamin C Shaklee | Sekarang ni kan cuaca sangat panas. Duduk dalam rumah pun boleh rasa berpeluh. Siap KKM pun nasihatkan supaya kurangkan aktiviti di luar rumah, pakai pakaian yang warna dia cerah-cerah je supaya tak serap banyak sangat haba panas kat luar. Air pun kena make sure minum banyak nak elakkan dehydration.

Selain dari tu, imun sistem pun kena jaga. Bila cuaca panas sangat ni, kalau badan tiba kurang air, risau imun sistem pun boleh jatuh tau. Nanti mudah je terkena penyakit. Nanti tetibe je sakit tekak lah, pening lah, kulit kering lah dan banyak lagi.

Haa tahu tak, #VitaminCShaklee ni sangat bagus untuk diambil? Sebab selain bantu kuatkan imun sistem, Vitamin C pun bantu cantikkan kulit, pastikan kolagen dalam kulit tak mudah hilang. Jadi kesihatan dan juga kulit, dua-dua terjaga.



Owh ya jom baca apa 10 Manfaat Vitamin C Shaklee yang sangat bagus untuk anda !

1. Mengurangkan risiko diserang demam, selsema dan batuk.

2. Membantu menguatkan gusi.

3. Membantu mengurangkan kedutan.

4. Membantu mengurangkan rasa mual ketika hamil.

5. Menurunkan kadar asid urik dan mengurangkan serangan gout.

6. Membantu meningkatkan imun sistem.

7. Membantu mengurangkan jerawat dan sunburn.

8. Membantu penyembuhan luka dengan cepat.

9. Mengurangkan masalah resdung.

10. Membantu menguatkan tulang dan gigi.



Bila dah baca manfaat-manfaat kat atas ni, mesti anda tertanya berapa harga sebotol Vitamin C Shaklee ni?

Murah sangat ! Satu botol ada 180 biji, bermakna boleh tahan 6 bulan ! Satu botol untuk harga ahli adalah RM 92, kalau non-ahli RM 115.

Tapi jangan risau, siapa yang beli dengan saya, SAYA NAK OFFER HARGA AHLI SAHAJA ! Sebab produk Shaklee ni sangat best ! Jadi saya nak kongsikan kebaikan ni dengan anda semua !

Jom dapatkan Vitamin C Shaklee dengan saya !

Puan Asilah (SID 1267957)

Distributor dan Business Leader Shaklee (Senior Supervisor)

WHATSAPP : 0126714589

#PengedarShakleeShahAlam #VitaminCShaklee #SetCantik #SetKulitCantik #ShakleeShahAlam 

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


Thursday, February 09, 2023

Supplement Yang Saya Makan Untuk Sihat Dan Juga Untuk Diet

Supplement Yang Saya Makan Untuk Sihat Dan Juga Untuk Diet | Tahun 2020 kita diduga dengan kehadiran COVID-19, bermacam-macam berita tentang kesihatan yang kita boleh lihat dalam media. Terlalu banyak info sampai tak tahu mana satu nak percaya dan mana satu yang kurang sahih. Yang pasti semua orang sangat panik dengan berita mengejut ini.

Part paling sedih apabila ramai mula kehilangan ahli keluarga tersayang disebabkan COVID-19. Ramai juga yang saya kenal, mengalami pengalaman sedih akibat ini.

Setelah tiga tahun berlalu, walaupun di tahun 2023, masih lagi ada sisa-sisa Covid yang berkeliaran, tetapi dengan adanya teknologi kesihatan dan bantuan vitamin serta supplement makanan tambahan, Alhamdulillah dapat membantu warga Malaysia dapat meningkatkan imun sistem dan kadar kesihatan yang lebih baik berbading dahulu.

Sekarang pula kita dapat lihat, ada beberapa kes di mana, rakyat ramai yang demam, batuk dan selsema. Yang berlarutan sampai berminggu. Sangat sukar untuk bekerja dan cuti juga tidak boleh ambil terlalu lama, risau akan ada potongan gaji. Kesihatan terpaksa dikorbankan sedikit demi kelangsungan hidup seharian.

Ada juga saya lihat, ramai sudah bermula untuk diet kerana ingin menjaga kesihatan. Ada yang ingin turunkan berat badan bagi memudahkan pergerakan dan juga untuk menunaikan solat. Ada yang diet untuk turunkan paras kolestrol jahat demi menjaga kesihatan jantung. Ada juga yang memilih diet untuk bantu kurangkan masalah kulit berjerawat dan juga masalah gastrik. Dan banyak lagi.

Di sini saya ingin berkongsi, beberapa supplemen kesihatan beserta vitamin yang mungkin boleh membantu anda juga untuk kuatkan imun sistem, untuk sihat dan ada antaranya boleh bantu anda untuk diet dalam menjalani hari-hari yang akan datang. InsyaAllah, semuanya dengan izin dari Allah SWT.

Suplemen Yang Saya Makan Untuk Sihat Dan Juga Untuk Diet

Yang pertama sekali, yang paling favourite adalah ESP atau nama panjangnya ialah Energizing Soy Protein. ESP ini adalah sumber makanan tambahan dari soya non-gmo. Soya yang tidak diubah secara genetik. Bermaksud soya yang sihat dan selamat.

ESP ni protein yang sangat bagus untuk makanan sel-sel badan kita. Untuk kesihatan rambut, kuku dan kulit, protein wajib di ambil. Kita boleh makan telur, ayam, ikan hari-hari. Tapi lebih baik untuk tambahkan juga ESP dalam hidangan harian anda untuk mencukupkan pengambilan protein dalam sehari.

ESP juga bantu perut rasa kenyang lebih lama. Bagus diminum waktu breakfast, sebagai snacking ataupun sebagai alas perut untuk sahur. Puasa tak lama lagi kan? 


Yang kedua, antara yang wajib untuk diambil setiap hari ialah VITAMIN C. Vitamin C dari Shaklee ni istimewanya ialah Sistem Pelepasan Berperingkat, yang sudah dipaten bermaksud tiada syarikat lain yang boleh tiru. 

Sistem ini akan melepaskan 100mg vitamin C pada setiap satu jam. Satu tablet Vitamin C mengandungi 500mg khasiat vitamin C. Jadi anda akan dapat khasiat vitamin c secara berterusan dalam 5 jam.

Secara semula jadinya, badan kita hanya mampu untuk menyerap 100mg vitamin C pada satu masa. Jadi bayangkan kalau vitamin c yang anda ambil tiada sistem pelepasan berperingkat ini, lebihan khasiat vitamin c yang tidak diserap oleh badan akan terus dibuang melalui air kencing. Rugi bukan?

Vitamin C ni sangat bagus dalam memastikan imun sistem kita terjaga dan bantu menghalang radikal bebas dari masuk dalam badan kita. Ianya akan jadi pelindung terbaik untuk diri kita.


Yang ketiga, sekiranya badan saya sakit, pasti akan mengalami keradangan. Dan apa yang sebaiknya di ambil untuk mengurangkan masalah keradangan? OMEGA GUARD dari Shaklee adalah sebaiknya. 

Minyak ikan Omega-3 ni sangat bagus dalam membantu mengurangkan keradangan/inflammation dan juga bantu turunkan bacaan paras kolestrol dalam darah serta bantu pecahkan lemak kepada molekul kecil bagi mengelakkan pengumpulan lemak dalam darah. Apabila dah ada niat nak diet untuk kurus dan sihat, tambahkan Omega Guard dalam supplemen seharian.


Yang keempat, bila lemak-lemak dah pecah, kenal lah flush out kan betul? Kat sini saya akan ambil ALFALFA, untuk bantu remove toksin, dan bukan sahaja lemak-lemak degil tetapi toksin-toksin lain yang ada. Seperti masalah sakit kepala, masalah kulit berjerawat, masalah keputihan, masalah gout, masalah gerd/gastrik dan banyak lagi. 

Alfalfa ni adalah nutrients dari pokok alfalfa yang mana ianya bersifat alkali dan akan bantu meneutralkan asid dalam badan kita. Banyak-banyak asid dalam badan sangat tak bagus untuk kesihatan kita.


Yang kelima, adalah supplemen kalsium untuk kekuatan tulang dan juga gigi, iaitu OSTENUTRIX. Bila umur makin meningkat melepasi 30 tahun, ketumpatan kalsium dalam tulang akan berkurangan. 

Sebab itu kalau kita lihat pada mak ayah kita dan juga atuk nenek kita, mula merasa sakit kaki dan ada yang mula membongkok. Ini semua disebabkan ketumpatan kalsium dalam tulang dah tak mampu nak menampung berat badan kita. 

Kat sini sebaiknya ambil Ostenutrix untuk tambah kandungan kalsium dalam tulang. Bagus juga diamalkan untuk diet, sebab boleh bantu kita membuang pada esok hari. Jadi takde lah simpan toksin lama-lama dalam perut.


Yang keenam, adalah multivitamins atau dipanggil sebagai VITALEA. Satu tablet dari Vitalea ni dapat memberikan nutrisi bersamaan dengan 40 hidangan makanan ! 

Kita satu hari pun makan hanya 3 kali. Itu pun belum tentu cukup nutrisi. Belum masuk dengan tak makan buah dan sayur. Jadi di sini saya sarankan untuk anda ambil Vitalea untuk cukupkan gap-gap nutrisi yang ada dalam badan. Dan bantu mudahkan proses untuk diet. 

Bila kita diet nak sihat, adakalanya kita akan kurangkan portion makanan, jadi untuk memastikan nutrisi cukup dalam badan waktu berdiet, ambillah juga Vitalea.


Baiklah, saya rasa penulisan saya ini dah cukup panjang untuk anda, semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda semua. Semoga proses diet anda untuk sihat, dapat dilaksanakan dengan baik, dengan adanya bantuan dari produk-produk Shaklee.

Semoga bertemu di artikel yang lain pula.

#ProjekBlogMega #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam

--------------------

BACA JUGA :

Semuanya Tentang Detox Shaklee

Semuanya Tentang ESP

Semuanya Tentang Set Kurus Shaklee

Semuanya Tentang Tips Kesihatan

Semuanya Tentang Vitamin C

--------------------

Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sunday, September 27, 2020

Cara hilangkan biji kolestrol bawah mata

Kadang geram kan bila tengok kat cermin ada banyak biji atau bintik kolestrol dekat bawah mata ataupun atas mata. Rasa macam sangat tua bila ada biji-biji ni kat muka.

Dia buatkan kita rasa macam nak cungkil atau korek je biji ni macam jerawat, dengan harapan dia akan keluar 'nasi' and hilang, macam jerawat.

Tapi kena ingat ya biji kolestrol ni tak sama macam jerawat. Biji kolestrol ni dia akan keluar dekat kelenjar-kelenjar kita.

Bilamana badan kita mempunyai kandungan kolestrol jahat yang tinggi, dia akan mula terkumpul dan berbentuk seperti biji kecil yang akan keluar menjadi benjolan kecil melalu kelenjar kita.

Bila dah nampak kehadiran biji-biji kolestrol ni, memang dah tanda bahawasanya badan kita tak sihat. Tak sihat akibat kandungan kolestrol yang tinggi.


Tau kan kalau kolestrol tinggi sangat bahaya? Lemak-lemak degil apa semua tu boleh mengundang banyak penyakit yang tidak baik untuk kita.

Kita pernah dapat satu customer spa dulu, yang ada banyak biji/bintik kolestrol bawah mata. Jadi saja lah borak dengan akak tu, apa cara yang dia ambil untuk kurang atau hilangkan biji ni?

Akak tu kata, dia pergi satu klinik ni, tapi satu kali sesi dah cecah RM1000 ! Lepastu doktor tu kata, nak hilangkan tak boleh dengan satu sesi je, kena banyak kali repeat sesi. Oh my, that is a lot of money! Bayangkan kalau dah 10 kali sesi dah RM10,000 !

Terasa macam, mak aih mahal betul servis nak hilangkan biji kolestrol ni 😅

Tapi, korang tau tak ada cara yang lebih affordable, untuk bantu kurangkan masalah biji-biji ni?



Dengan Omega Guard Shaklee, insya Allah boleh bantu !

Macam mana?

Okay, macam kita explain awal tadi, biji kolestrol hanya akan keluar bila kandungan kolestrol kita dah terlalu tinggi dalam badan.

Kandungan kolestrol jahat nama dia LDL (Low-density lipoprotein) adalah kolesterol yang akan selalunya ada pada pembuluh darah arteri, membentuk plak yang membuat arteri menjadi sempit dan kurang fleksibel (aterosklerosis). Kondisi inilah yang sering menyebabkan penyakit jantung koroner dan stroke.



Jadi Omega Guard merupakan sumber omega-3 dari ikan kecil, yang boleh bantu menurunkan paras kolestrol jahat. Omega-3 ni antara minyak ikan yang memang diperlukan oleh badan, sangat penting.

Bila konsisten makan Omega Guard ni, insyaAllah paras kolestrol akan terjaga anddd biji/bintik kolestrol pun akan berkurangan.

Berapa harga sebotol Omega ni?

Tak mahal pun, hanya RM137 sahaja sebotol ada 90 capsules. Sebiji jatuh RM1.50 sahaja. Bayangkan kalau spend RM1000 untuk satu sesi tu, boleh dapat dalam 10 botol Omega Guard tau hehe lagi lah berbaloi, tahan 10 bulan punya stok tau. Lagi best hehe





Nak hilangkan biji kolestrol tak? Dengan harga yang lebih murah lagi?

Meh contact kita ☺️

Asilah 0126714589
Agen Sah Shaklee 1267957

KLIK SINI UNTUK WHATSAPP

Friday, April 03, 2020

3 Tips Kekal Sihat Ketika Tempoh PKP


Assalammualaikum and hai semuanya!

Hari ni merupakan hari yang ke-17 untuk PKP (Program Kawalan Pergerakan). Jadi by the 17th day ni mesti ramai dah tepu tak tahu nak buat apa kan?

Jadi kita nak share 3 Tips Kekal Sihat Ketika Tempoh PKP. Jom tengok apa boleh buat untuk sentiasa kekal sihat dan ceria !


Yang pertama adalah kekal aktif. Stay active they say. So macam mana cara nak stay aktif kalau kat rumah ni?

Memandangkan kita semua tak boleh sewenangnya keluar ke gym, or jogging kat taman, kita masih boleh kekal aktif dengan buat home workouts.

Boleh google je jenis-jenis senaman yang boleh dibuat dirumah. Kat Youtube pun banyak, kat FB pun ada je coach fitness buat live exersice. Boleh juga join hehe

Sapu sampah, mop lantai, kejar anak-anak tak consider as senaman ya hehe kena buat senaman yang korang fokus 30 minit tau.

Kenapa kita kena kekal aktif for atleast 30 minit? Senaman bantu dalam tingkatkan peraliran darah dalam badan dan bantu proses detoksifikasi.

Bila kita bersenam, kita berpeluh, dan peluh tu adalah salah satu proses membuang toksin. Bagus la kan? Dari duduk je tak buat apa hehe


Yang kedua adalah Kekal Hidrasi. Stay hydrated. Just because korang tak keluar memana, tak bermakna tak tayah jaga water intake pula hehe

Walaupun kena stay at home, body kena sentiasa hydrates. Kena make sure minum cukup air.

Setiap 25kg berat badan memerlukan 1L air. Kalau korang berat 50kg kena lah minum 2L air. Macam kita sendiri, perlukan 2.8L air. Banyak kan?

Kenapa pula kena sentiasa jaga water intake?

Bagi memudahkan proses penyerapan nutrients dalam badan. Bila kita makan hidangan, vitamins or supplemen, body memerlukan air yang banyak untuk penyerapan nutrients yang optimum. Bagus kan bila kita minum banyak air? Nutrients dapat diserap dengan lebih baik.

Bila minum air yang mencukupi, kita dapat kawal suhu badan. Sebab tu kalau orang cakap, bila cuaca panas terik je kena sentiasa minum air, untuk elakkan heatstroke dan pengsan. Sangat crucial untuk jaga pengambilan air walaupun kita duduk di rumah.

Bila badan tak cukup air, bibir akan merekah, kukit akan kering dan bila kering, cepat naik jerawat. Tekak pun jadi kering and badan jadi mudah penat. Sebab takde fluid langsung.

Another reason why kena minum air mencukupi, adalah untuk pastikan kandungan elektrolit dalam badan mencukup untuk make sure takde kehilangan cecair dalam badan. Disarankan untuk cari minuman yang ada elektrolit.



Macam kami sebagai SID Shaklee, kami minum air Performance Drink (PD), dimana air PD ni mempunyai elektrolit yang diperlukan badan, ada dua perasa iaitu Orange dan Lemon & Lime.

Performance drink ni bantu untuk menghalang pengeluaran cecair dan membantu mengekalkan paras cecair dalam badan.

Tambah nak masuk bulan puasa ni, lagi lah kena jaga water intake supaya tahan sampai berbuka.


Tips yang ketiga, untuk sentiasa kekal sihat ketika PKP ialah dengan mengambil 5 hidangan sayur dan buah.

3 hidangan sayur
2 hidangan buah

According to the nutritionist, if korang masak 1 cawan sayur dan kongsi 5 orang makan, actually kandungan nutrients dalam sayur tu tak mencukupi.

Disarankan ambil hidangan yang colorful, penuh warna-warni kerana sayur dan buah yang colorful ni mempunyai kandungan polifenol yang lebih tinggi.

Polifenol adalah nutrients yang sangat penting untuk perlindungan sel badan. Kalau sel badan kita banyak yang rosak, body akan mudah jatuh sakit. Which is not what we wanted kan?

Jika tak mampu nak cukupkan pengambilan polifenol dalam hidangan seharian, boleh topup dengan supplemen Shaklee.

Antara supplemen Shaklee yang tinggi dengan polifenol ialah Vivix dan Res-V



Kita harap dengan sharing tips kekal sihat ketika PKP ni dapat membantu korang semua, dan diri sendiri juga untuk sentiasa kekal sihat dan gembira di rumah hehe

Jika antara korang ada nak menambahkan air Performance Drink dan juga Vivix dalam hidangan harian, boleh hubungi saya (Asilah) di :

Whatsapp : 0126714589

Facebook : Asilah Bakri

Instagram : Mobile Spa by AB

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/ LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH, ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.

Tuesday, December 25, 2018

Kenapa muka sering naik jerawat?

Siapa je tak pernah naik jerawat kat muka kan? Jerawat ni kira benda yang agak biasa tapi kalau terlalu banyak kat sesetengah bahagian, haa itu kita tak boleh ambil remeh.

Doktor kesihatan kulit, Joshua Zeich er MD di RS New York cakap,

“Maksud jerawat pada beberapa tempat kat muka memberikan mesej yang jelas. Ini kerana ia boleh menunjukkan status kesihatan tubuh pemiliknya, termasuk tahap kebersihan seseorang.”

Jom tengok apa agaknya maksud jerawat kat certain kawasan muka dan badan:

1) Maksud jerawat di dagu, rahang dan leher



Penyebab : Hormon testosteron yang turun naik akan membuatkan kelenjar minyak lebih aktif (tambahan kalau tgh datang haid). Excessive minyak ni boleh menyumbatkan pori-pori and menyebabkan jerawat.

Cara mencegah : Gunakan pembersih wajah and makeup yang sesuai dengan kulit anda. Bersihkan juga area dagu, rahang & leher untuk kurangkan lebihan minyak yang terkumpul.

2) Maksud jerawat di garis rambut



Penyebab : Produk rawatan rambut atau shampoo yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori tersumbat.

Cara mencegah : Kurangkan penggunaan shampoo yang berlebihan sampai terkena muka. Pastikan anda cuci dengan bersih lebihan shampoo tersebut. Jika jerawat di bahagian rambut menjadi lagi teruk, boleh cuba bersihkan dengan toner selepas mandi.

3) Maksud jerawat di mulut



Penyebab : Jerawat dimulut boleh disebabkan oleh makanan yang anda makan. Seperti asik lemon atau cuka. Ataupun minyak dari makanan, yang tak dilap atau dibersihkan dengan betul.

Cara mencegah : Lepas makan boleh guna tisu basah untuk bersihkan kawasan mulut dari lebihan minyak atau kotoran makanan.

4) Maksud jerawat di pipi


Penyebab : Jerawat kat pipi boleh disebabkan oleh bakteria dari telefon bbit dan juga dari tangan kita sendiri. Lepas dah pegang itu ini, kita pegang pula muka, tak mustahil kotoran & bakteris berpindah dari tangan ke pipi, dan boleh sumbatkan pori-pori dan menjadi punca jerawat tumbuh,

Cara mencegah : Bersihkan skrin telefon bimbit dengan tisu basah anti-bakteria setiap hari dan hand-sanitizer utk tangan anda.

5) Maksud jerawat di hidung dan kening


Penyebab : Stress adalah salah satu penyebab jerawat timbul di kening & hidung. Bila kita stress, tempat yang akan jerawat muncul adalah kawasan T-Zone. Stress akan menyebbkan badan mengeluarkan adrenaline sampi mengeluarkan minyak berlebihan di muka, maka jadilah jerawat.

Cara mencegah : Bila anda tengah stress, pastikan sentiasa untuk bersihkan muka supaya boleh bersihkan minyak yang berlebihan. Boleh juga cuba meditasi atau servis mobile spa untuk de-stress kan diri.

Tiada masa nak pergi facial? Boleh book servis Mobile Spa by AB dengan saya :)

Instagram www.instagram.com/mobilespabyab
Whatsapp http://mobilespabyab.wasap.my

Thursday, July 26, 2018

Set Kurus Shaklee | Shah Alam


Assalammualaikum,

Okay hari ni kita nak share apa yang ada dalam SET KURUS SHAKLEE :)

Ramai PM kita tanya apa bestnya set ni? Jadi meh kita share sikit info yang sangat mudah untuk korang faham hihi Kita cuba explain seringkasnya ya

Untuk set ni berhasil pada seseorang, korang kena faham tiga peringkat untuk kurus - 3B

BAKAR
BUANG
BINA

Tiga peringkat ni perlukan supplement yang berbeza untuk ianya bekerjasama antara satu sama lain. Jom sambung baca!

1) BAKAR

Untuk bahagian BAKAR ni, kita perlukan Lecithin @ Omega guard untuk bakar semua lemak-lemak yang kita makan dan terperuk dalam badan kita. Kalau nak bakar dengan exercise pun boleh, but we both know tak semua pergi exercise kan? Hihi. so ni kira one of the alternative ways untuk membakar lemak yang terkumpul since raya.
- LECITHIN
Berfungsi untuk memecahkan lemak dalam badan, dianggap sebagai "pengemulsi semulajadi", lecithin ni akan melekat dekat lemak kita dan buat lemak tu terapung dalam salur darah supaya mudah untuk dibuang dan takde lah tersumbat dekat salur darah. Body kita memang tak boleh produce lecithin dan sebab itu kita perlukan supplemet ni untuk membakar lemak

- OMEGA GUARD
Omega guard ni adalah dari minyak ikan tulen, ikan-ikan yang duduk kat bawah laut yang bahagian dalam, kira ikan kat area yang paling sejuk. Ikan yang tak teraffects dengan kotoran, or any harmful substances. Dalam omega ni ada Omega 3 which increases hormon Leptine dalam badan kita untuk kawal selera makan, dan bila consume Omega ni dia buatkan kita berpeluh and sentiasa dahaga jadi secara tak langsung kita akan minum banyak air. Bagus kan?

2) BUANG

Untuk bahagian BUANG ni, kita perlukan Alfalfa @ Herblax, lepas segala lemak-lemak degil dipecahkan, kita kena lah buang kan, takkan nak biar dia terpaung je dalam darah kita floating like a boat hihi.


- ALFALFA
Alfalfa ni adalah "Raja segala tumbuhan/makanan". Dimana akar pokok Alfalfa ni boleh jadi sepanjang 6 meter ke bawah dan boleh serap all the good nutrients kat bumi ni. Alfalfa ni detox semulajadi dalam membantu unutk melawaskan sistem penghadaman dengan lembut. Kira dia akan menarik lemak yang diceraikan oleh Lecithin/ Omega ke saluran najis.

- HERBLAX
Herblax ni kita akan selalu suggest unutk those yang SANGAT SUSAH UNTUK MEMBUANG. Buat apa pun tak boleh nak membuang. Jadi herblax ni makan seminggu sekali je untuk melawaskan sistem membuang ni. Herblax ni consider as "natural laxative".

3) BINA

Untuk bahagian BINA ni, kita perluka ESP @ CINCH SHAKE, lepas kita dah bakar lemak, dah buang lemak tu, apa yang tinggal? Kulit and otot yang menggeleber hihi ye lah dah buang lemak lemak kita kena lah firm kan balik otot and kulit kita. Takkan nk biar camtu je kan? Sebab dalam proses kurangkan berat badan ni first kita kan lose berat air -> berat otot -> then baru berat lemak.


- ESP ENERGIZING SOY PROTEIN
ESP ni merupakan salah satu sumber protein dari kacang soya yang tak di altered. Means Non-GMO soya. Original kacang soya fresh yang tak diubah or ditambah anything. Pure soya. ESP ni boleh diminum sebagai pengganti makanan atau penambah makanan. Ianya sangat kenyang dan boleh membantu untuk mengurangkan berat badan jugak. Boleh juga untuk kurangkan parut sebab ESP ni bantu untuk regenerate new skin cells. Boleh juga buat susu ibu jadi pekat and banyak so baby tak meragam.
- CINCH SHAKE
Cinch ni pun sumber protein tapi dibuat untuk those yang tak boleh telan susu atau lactose intolerent. Jadi kita akan offer Cinch ni sebab ada tiga flavour - Chocolate, Vanilla & Latte. Untuk set lebih lengkap better ambil dengan ESP

**Disclaimer - Produk supplemet shaklee ni BUKAN UBAT KURUS, jangan salah faham. Dalam ubat kurus ada substance yang boleh menyekat nafsu makan, dan bila stop makan ubat kurus berat badan naik mendadak sebab dah takde yang nk sekat nafsu makan.

SUPPLEMEN SHAKLEE ADALAH SUPPLEMEN TAMBAHAN, means makanan tambahan yang sihat untuk membantu ada dalam proses mengurangkan berat badan.

MAKAN SUPPLEMEN PERLUKAN SENAMAN DAN JUGA MAKANAN YANG SEIMBANG. Jangan sandarkan pada kenangan, eh, jangan sandarkan fully pada supplemen ya :)

Sini kita ada dua set untuk kurus - FULL SET & BAJET SET

FULL SET
Lecithin
Omega Guard
Alfalfa
Herblax
ESP
Cinch Shake

BAJET SET
Lecithin
Alfalfa
ESP

Nak order boleh whatsapp kita, kita bincang panjang lagi hihi

ASILAH
Shaklee Independent Distributor
0126714589

Tuesday, March 06, 2018

Apa itu Double Cleansing Method?


Assalammualaikum,

Pernah dengar cara "Double Cleansing" untuk bersihkan muka? I pernah dengar tapi tak pernah pula praktikkan and kaji lagi. Hehe.

So, hari ni nak share apa itu Double Cleansing Method and betapa mudah rupanya cara ini.

Double Cleansing Method adalah membersihkan muka dua kali (get it double?) and ia juga salah satu cara membersihkan muka yang dah lama warga Jepun guna dalam rutin harian mereka. Di mana para perempuan Geisha, menggunakan kaedah ini untuk membersihkan makeup yang tebal di muka mereka.

Caranya ialah dengan menggunakan oil-based cleanser untuk membuang kotoran yang berasaskan minyak seperti makeup, lebihan minyak di muka (sebum), dan juga sunblock. Kenapa oil-based cleanser? Senang saja, ingat tak dulu belajar sains? Hanya minyak yang boleh menarik/membuang minyak. Bukan dengan air. Jadi sebab tu kena guna oil-based cleanser dahulu baru water-based cleanser.


Water-based cleanser pula adalah korang punya facial wash/foam yang everyday use tu. Water-based cleanser ni pula bantu untuk membersihkan kulit mati, debu, bakteria dan juga peluh.

Kenapa double cleansing method ni penting?
Sebab dekat muka kita ni ada dua jenis kotoran. Oil-based impurities dengan water-based impurities. Kalau hanya pakai normal cleanser tu, dia cuma cuci muka dari debu dan peluh je. Habis tu minyak semua? Kalau tak bersihkan minyak ni semua, nanti mula lah pores kita tersumbat. Bila tersumbat, jadilah macam macam dekat muka (jerawat etc)

So, oil cleanser pun penting untuk buang segala kotoran dekat muka and make sure pores kita tak tersumbat.


How to do double cleansing method?
1. Cuci muka pakai oil cleanser atas muka yang kering. (Kena kering tau!)
2. Bilas
2. Cuci muka pakai your normal cleanser
4. Bilas
5. Done!

Boleh ke buat double cleanse pakai micellar cleansing water?
Micellar cleansing water tak dikira oil cleanser. It is more like a light makeup remover. Kalau nak pakai micellar water ni step dia, micellar water - oil based cleanse - water based cleanser.

Kalau tak pakai makeup, kena ke oil cleanse?
Kena! Kalau nak pores dekat muka sentiasa bersih.

Oily skin boleh ke guna oil cleanser? Tak berminyak ke muka?
Tak! Oil cleanser ni untuk bersihkan muka daripada segala minyak. So oily skin pun sesuai nak guna oil cleanser. Jangan takut dengar nama OIL.

Berapa kali sehari kena buat double cleansing method?
Sekali sehari pun dah cukup, at the end of the day, masa night routine. Pagi pagi tak perlu pun takpe. Nak tidur tu muka kena bersih bagi dia bernafas.

Kat mana nak beli oil cleanser?
Yang paling senang, drugstore! Watsons or Guardian. I bought my Biore Oil Cleanser kat drugstore je. (Now I know how to use, dulu beli tak tahu apa function dia)

Macam mana nak pilih oil cleanser yang sesuai untuk kulit masing masing?
Oil cleanser memang sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun oily skin or even acne prone skin. Semua sesuai. Oil cleanser tak mengeringkan kulit. Kena tengok ingredients dia baik baik, apa yang kulit korang sensitive. Avoid yang tu. Semua jenis kulit tak sama so apa yang best untuk orang lain, tak semestinya best untuk korang.

Picture and info credit to Iman Abdul Rahim

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...