Friday, February 17, 2023

Cupcakes Shah Alam



Cupcakes Shah Alam | Assalammualaikum semua pembaca ! Semoga yang baca entry kali ni dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Syukur Alhamdulillah, kali ni dapat order dari customer nama Nadia untuk cupcakes.

Nadia request nak cupcakes chocolate and deco bunga-bunga, tema warna merah pink dan putih. Sempena Valentine’s Day 14 February.



I suka main deko-deko bunga and warna. Selalu time macam ni lah belajar tengok warna and pilihan gandingan mana yang okay.

Walaupun dah baking almost 9 tahun buat bisnes, everytime buat cupcakes is always a learning session. 

Thank you again dear Nadia for ordering :)

Jika anda perlukan cupcakes untuk sebarang majlis, boleh contact saya.



Follow Instagram BAKES BY AB saya untuk tengok contoh-contoh desserts yang available. Saya based di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Untuk order dan senarai harga, boleh WHATSAPP SAYA 0126714589.

Thursday, February 16, 2023

Masak Apa Hari Ni : Nasi Goreng Blackpepper


Masak Apa Hari Ni : Nasi Goreng Blackpepper
| Assalammualaikum buat semua pembaca. Semoga hari ini sangat indah dan berkualiti untuk anda semua !

Untuk menu breakfast hari ni, actually tak tahu nak masak apa hehe dok fikir apa ada dekat dapur. Ternampak serbuk blackpepper, maka kita buatlah Nasi Goreng Blackpepper.

Simple je menu Nasi Goreng Blackpepper ni. Tumbuk bawang putih, bawang merah kecil, serbuk blackpepper dan garam. Tumbuk lumat dan tumis.



Lepas dah naik wangi bahan tumisan, masukkan nasi dan gaul rata. Lepastu pecahkan telur sebiji dan kacau-kacau bagi dia masak sikit before gaul dengan nasi.

And dah siap Nasi Goreng Blackpepper. Boleh lah makan dengan keropok ke, sosej ke, ayam goreng Ayamas ke hehe

Owh by the way, siapa kat sini ada azam untuk kurus dan kurangkan berat badan? Saya nak share satu entry tentang SET KURUS SHAKLEE.



Set ni sangat lah mudah untuk diikuti tau. Simple sangat cara makan dia. Yang penting set ni bagus untuk cukupkan nutrisi untuk mereka yang buat Intermitten Fasting (IF) tau.

Okay lah itu sahaja sharing hari ni. Semoga resepi masakan Nasi Goreng Blackpepper ni bermanfaat untuk anda semua !

Jumpa lagi pada next entry session ! :)

——————————


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam


Wednesday, February 15, 2023

Set Kurus Shaklee Adalah Set Paling Mudah Untuk Diikuti



Set Kurus Shaklee Adalah Set Paling Mudah Untuk Diikuti | Assalammualaikum buat semua para pembaca. Saya doakan semoga yang membaca artikel hari ni, dilimpahkan rezeki yang banyak serta kesihatan yang baik. Aminn.

Okay jom, siapa nak kurus tahun ni? Dah masuk bulan kedua tahun 2023, ada yang masih on-going progress nak kurus? Alhamdulillah bagus jika masih ada. Jika nak kan kesan yang lebih cepat dan baik, saya nak share Set Kurus Shaklee untuk anda :)

Set Kurus Shaklee Adalah Set Paling Mudah Untuk Diikuti

Untuk bagi mudah memahami set kurus shaklee ni, kena faham 3 konsep penting : BAKAR, BUANG, BINA

Kita kena bakar lemak, buang lemak dan toksin, lepastu bina otot supaya tak menggeleber bila dah kurus.

Jom tengok Set Kurus Shaklee ada apa dalam dia :



1. CINCH SHAKE (perisa Chocolate)

Cinch shake adalah minuman berasaskan protein soya non-gmo. Soya yng tidak diubah secara genetik. Cinch shake ni boleh jadi sebagai PENGGANTI MAKANAN, selalunya untuk breakfast dan dinner. Jadi kalori intake makanan akan terjaga. Cinch Shake ni bantu bina otot untuk tidak menggeleber bila dah kurus, ia bagi otot kita firm dan cantik. Cinch shake sangat bagus dalam bantu menurunkan berat badan, bagi kenyang lebih lama dan sepastinya anda akan rasa berpuas hati ! Set kurus shaklee wajib ada protein.

2. OMEGA GUARD (fish oil Omega-3)

Omega guard ni adalah minyak ikan tulen, ikan-ikan yang duduk kat bawah laut bahagian dalam. Omega guard ni bantu increasekan hormon Leptin dalam badan untuk KAWAL SELERA MAKAN, dan bila consume Omega Guard ni ia bantu buatkan kita berpeluh dengan lebih ketika bersenam, dan buatkan kita sentiasa dahaga agar kita dapat minum air lebih untuk bantu proses turunkan berat badan. Air sangat penting ya untuk kuruskan badan. Set kurus shaklee wajib ada lemak omega-3.

3. LECITHIN (pengemulsifi lemak)

Lecithin ni ia berfungsi sebagai PEMECAH LEMAK dalam badan, dianggap sebagai “pengemulsi semulajadi”, Lecithin ni akan melekat dekat lemak kita dan bantu buatkan lemak tu terapung dalam salur darah supaya mudah untuk dibuang dan takde lah melekat dekat salur darah dan jadi tersumbat pula nanti. Bahaya. Body kita memang memerlukan bantuan supplement ni untuk membakar lemak-lemak degil yang jahat ni. Set kurus shaklee wajib ada supplement pecah lemak degil.

4. HERBLAX (natural laxative)

Herblax ni kita akan suggest untuk mereka yang ada MASALAH SANGAT SUSAH UNTUK MEMBUANG. Herblax ni dipanggil sebagai “natural laxative” dan salah satu bahannya ialah Daun Senna. Daun Senna ni sangat famous untuk bantu masalah pembuangan ni. Sangat bagus diambil untuk mereka yang nak kurus. Tak bagus simpan toksin lama-lama. Toksin kena buang, barulah nutrisi dari pemakanan dapat diserap dengan baik. Set kurus shaklee wajib ada detox.

5. Kalau nak kesan lebih baik, bagus dan cepat, TAMBAH VIVIX.

Vivix ni adalah Botanical Beverages, yang tinggi dengan kandungan antioksidan POLIFENOL. Dan Polifenol ni sangat bagus dari segi ANTIANGIOGENIC, dimana, merupakan satu poten untuk potong saluran darah ke arah lemak-lemak degil dan sel-sel abnormal.

Kita kan nak kurus, jadi tak mau lah ternak lemak-lwmak degil jahat ni kn? Jadi Polifenol dalam Vivix akan halang atau cut off salur darah ke lemak degil ni. Jangan bagi dia makan dan membiak. Lemak-lemak ni dia memang ada salur darah dia, jika kita makan makanan yang ada sifat antiangiogenic ni, ia akan bantu cut off supaya tak salur darah ke lemak tu. Fuhh ! Bestnya dapat cepat kurus kalau tambah Vivix. Set kurus shaklee kena ada bantuan polifenol.

BACA JUGA : Set Kurus Shaklee ni pun sangat BAGUS untuk support nutrisi bila kita buat Intermitten Fasting !

Owh ya, nak kurus kan? Kena ingat untuk masukkan juga senama dalam rutin harian, buat jalan 30 minit untuk permulaan pun dah cukup, dan pastikan air mencukupi minimum 2 liter air.

Jadi untuk anda yang dah ada niat nak kurus, boleh cuba Set Kurus Shaklee ini, contact sahaja saya okay. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. Boleh share pada keluarga dan kawan-kawan ya ! 

Sampai sini je sharing saya untuk hari ni. Sampai jumpa pada artikel seterusnya :)

BACA JUGA : Tips Kurus dengan Set Kurus Shaklee

——————————


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam

Masak Apa Hari Ni : Resepi Mee Hoon Goreng Putih



Masak Apa Hari Ni : Resepi Mee Hoon Goreng Putih | Assalammualaikum buat semua para pembaca hari ni. Semoga apa yang diusahakan, dipermudahkan urusan. Aminn.

Alright, hari ni menu nak makan meehoon. Last time masak, meehoon goreng merah. Kali ni kita buat style masak goreng putih, ala-ala style macam meehoon goreng singapore. Tapi saya olah sikit ikut apa bahan yang ada dekat rumah hehe

Macam biasa, cara mudah nak lembutkan meehoon, adalah dengan rendam satu malam. Before tidur, rendam dulu meehoon, esok pagi nak masak, ia dah lembut, jadi mudah nak masak.

First, I akan tumbuk dulu bawang putih, cili api, udang kering dan blackpepper . Lately ni rasa suka pula pakai lesung batu dok tumbuk-tumbuk. Selalunya pakai handchopper je. Tekan je on. Hehe. Kali ni kita manual je.




Dalam kuali, panaskan minyak, kita goreng dulu isi ayam. Isi ayam ni I perapkan sekejap dengan kicap cair, serbuk blackpepper and tepung jagung. Lepastu goreng dan asingkan.

Lepastu goreng pula telur sebiji, dan asingkan.

Now, kita tumis bahan yang dah ditumbuk tadi sampai naik bau and wangi, owh ya, I tambah juga sedikit bawang holland. Ada lebihan separuh dari masakan semalam. Buat ada rasa manis-manis sikit.

Lepas dah siap tumisan, masukkan meehoon, and gaul rata, masukkan ayam dan telur, last sekali I masukkan sayur pakchoy. Ada satu comel je dalam peti. Maka marilah kita habiskan sayur tersebut,

Test rasa sikit tengok apa yang kurang, and perasakan siap-siap garam, gula dan perasa. And siap !!

Owh ya sebelum makan meehoon, I akan minum dulu my protein shake dari Shaklee, namanya Cinch Shake perisa chocolate. Sedap sangat. Cinch ni bantu I untuk kurangkan craving makan banyak sangat. Plus, bagi I supplement protein tambahan untuk cukupkan intake protein for the day. Almaklumlah, pemakanan kita sekarang ni nutrisi nya sudah kurang. Jadi memang kena tambah dengan supplement.




Everyday lepas makan, I memang takkan lupa ambil Vitamin C Shaklee. Sebab sekarang ni kan musim-musim hujan, musim orang demam batuk selsema. Jadi ni adalah salah satu cara untuk pastikan I tingkatkan imun sistem dalam badan. Supaya tak mudah jatuh sakit. Nanti susah nak bekerja.

Murah je Vitamin C Shaklee ni, satu botol ada 180 biji, tahan 6 bulan dan hanyalah RM92. Murah sangat, sebiji jatuh 52 sen sahaja. Jimat bukan?

Okay lah ini saja sharing I untuk hari ni, semoga resepi ni dapat membantu you untuk masak for family. Jumpa lagi dalam next entry :)




——————————



Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam

Tuesday, February 14, 2023

Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis


Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis
| Alhamdulillah untuk rezeki hari ni. Saya doakan untuk semua para pembaca dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Aminnn.

Sambal gesek ikan bilis ni, saya dapat dari page TikTok AshWife. Waktu tu memang teringin nak makan something yang pedas. Tetibe teringat page Ash ni, laju-laju scroll and cari video.

Resepi dia simple sangat-sangat, apa yang diperlukan ialah :

Bawang merah, bawang putih, cili api, cili merah, ikan bilis, garam gula dan perasa.

Tumis bagi layu sikit bawang merah, bawang putih, cili api dan cili merah. Angkat dan asingkan.




Goreng pula ikan bilis bagi rangup. Angkat dan asingkan. Kali ni saya pakai ikan bilis dari brand Ocean Papa. Beli dekat Shopee mereka. Sangat sedap, bersih and rangup je masak.

Bawa keluar lesung batu, dan mula lah menumbuk, melepaskan geram yang ada dalam hati tu. Eh?



Masa menumbuk tu masukkan juga garam gula perasa biar sebati, dan siap ! Makan dengan nasi panas, sup ayam dan telur dadar. Sedap teruq !

Lepas every meal, wajib ambil Vitamin C dan Alfalfa untuk kesihatan.



———————————-


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Monday, February 13, 2023

5 Sebab Vitamin C Shaklee Bagus Untuk Student


5 Sebab Vitamin C Shaklee Bagus Untuk Student
| Student kan mesti sinonim dengan barang yang harga dia kena berjimat dan affordable. Harga yang sesuai untuk student dan tidak membebankan mereka.

Saya dulu pun pernah juga jadi student. Ingat satu cerita pasal makan dekat dewan makan kolej. Ada one time tu, memang betul-betul tengah berjimat, jadi setiap hari akan makan nasi putih + telur mata + kicap. Yes, setiap hari lauk ni je.

Mula-mula okay je. Takde masalah apa pun. Tapi one day, tak tahu lah apa masalah staff dewan tu. Dia boleh cakap,

“Kau ni aku tengok asyik makan nasi putih, kicap dengan telur mata je hari-hari. Dah miskin sangat ke tak boleh beli lauk menu lain?”

Fuh time tu kan, rasa macam tertusuk habis weyh. Dalam hati dok fikir, “Salah ke aku makan lauk macam ni hari-hari? Kenyang pun kenyang. Sedap je makan pun.”

Sejak dari tu, saya tak mai dah dewan tu hahah p makan dekat dewan lain lol. Jadi saya faham sangat bab student nak BERJIMAT.

BACA JUGA : Cara Urus Duit Dengan Baik

Okay balik pada Vitamin C untuk student ni. Nak cerita kenapa student sebaiknya pilih Vitamin C dari Shaklee - Sustained Release Vita-C nama dia, berbanding vitamin C yang lain.

BACA JUGA : Cara Kecutkan Jerawat Dengan Vitamin C

Saya sharekan 5 perkara penting kenapa Shaklee punya Vitamin C adalah pilihan paling THE BEST untuk student :D

1. Harga yang sangat Jimat dan Berbaloi.

Okay saya breakdown pecahan harga sebiji untuk vitamin C ni. Shaklee punya sebotol ada 180 tablets. Since sehari makan sebiji, jadi sebotol tahan 6 bulan. Beli dua botol cukup untuk stock setahun. Dah tak payah pening kepala.

Satu botol harga baru RM92, jadi bahagikan dengan 180 tablets, satu biji jatuh dalam 0.52 sen macam tu. Sebulan kira anda spend roughly dalam RM15.34 sahaja.

Berbanding vitamin C lain yang mungkin berharga RM30 untuk 30 biji cukup sebulan sebotol. Tapi bila dibahagi, satu tablet jatuh RM1. Bila spend untuk 6 bulan dah jadi RM180 tau. Boleh nampak disini, harga Shaklee lebih lagi murahnya.




2. Sistem pelepasan berperingkat.

Shaklee patenkan sistem pelepasan berperingkat ni dan kat sini bermaksud, khasiat vitamin c akan dilepaskan secara berperingkat dalam badan kita.

Satu tablet mengandungi 500mg khasiat vitamin c, dan setiap satu jam, khasiat vitamin c akan lepaskan 100mg. Jadi awak akan dapat perlindungan vitamin c atleast untuk 5 jam.

Body kita ni secara semulajadinya tak boleh produce vitamin c dan body hanya akan serap 100-200mg sahaja pada satu masa. Lebihan vitamin c yang tidak diserap akan dibuang melalui air kencing. Rugi sangat kan?

Sebab tu pentingnya ambil vitamin c yang ada sistem pelepasan berperingkat macam Shaklee punya Vitamin C.

BACA JUGA : Set Kulit Cantik Shaklee



3. Dari sumber semulajadi.

Kenapa saya berani jamin kata Vitamin C Shaklee sesuai untuk student, sebab ianya dari sumber ekstrak jagung yang sangatlah lembut untuk perut. Shaklee tahu, ada sesetengah orang tak boleh ambil vitamin c dari sumber yang biasa macam ascorbic acid sebab boleh trigger gastrik dan angin dalam perut.

Jadi Shaklee gunakan alternative lain seperti ekstrak jagung tapi masih lagi mampu menghasilkan khasiat vitamin C yang lebih baik supaya semua orang boleh makan.

Tau tak satu tablet vitamin C Shaklee ni bersamaan dengan 7.5 biji buah oren? Sebiji je setiap hari sudah cukup untuk pastikan awak semua ada perlindungan vitamin C.



4. Tambahan Bioflavonoids.

Sustained Release Vita-C ni bukan sahaja boleh bagi awak khasiat 500mg vitamin C, tetapi ditambah juga dengan 120mg bioflavanoids citrus yang bertanggungjawab membantu proses penyerapan vitamin C dalam badan dengan lebih baik. Kira bioflavanoids ni bantu up kan lagi improvement penyerapan.

Biasanya bioflavanoids kita akan jumpa dekat buah citrus, yang salutan putih-putih kat kulit dalam and dekat buah. Yang rasa pahit-pahit tu. Yang selalunya orang buang tak mau makan. Haa yang tu lah yang penting sebenarnya. 

Yang Shaklee masukkan sekali dalam ingredients Vitamin C. Jadi dengan cara ni, awak sebagai seorang student boleh dapatkan khasiat menyeluruh dari buah oren dengan hanya telan Vitamin C Shaklee ni.



5. Perbezaan Vitamin C Shaklee dengan yang lain.

a) menjimatkan kos, satu biji hanya 0.52 sen.

b) ada penambahan 120mg bioflavanoids, beserta sistem pelepasan berperingkat yang sudah dipatenkan.

c) mempunyai kajian klinikal yang membuktikan keberkesanannya.

d) tablet yang sangat lah lembut untuk perut seorang student.



6. Jom beli Vitamin C Shaklee dari saya ! Whatsapp saya dengan kadar segera. Hari ni order, hari ni juga boleh pos InsyaAllah :D Kalau ada student stay area Shah Alam, nak delivery pun bolehhhhh.

——————————


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sunday, February 12, 2023

Makan Apa Hari Ni : Nasi Lemak Ayam dan Roti Canai



Makan Apa Hari Ni : Nasi Lemak Ayam dan Roti Canai | Alhamdulillah untuk rezeki hari ni dapat makan di luar. Semoga para pembaca dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan. Aminnn.

Memandangkan hari ni weekend, kita gantung kuali lah ye hehe. Breakfast kita makan dekat luar. Pilihan today Restoran Mak Uda dekat Bukit Jelutong.



Kedai ni kalau pagi-pagi memang ramai. Customer yang datang selepas bersenam, datang makan dengan family, datang lepak kawan-kawan. Best tengok.

Pilihan makanan pun banyak. Selain dari Nasi Lemak dan Roti Canai, ada juga bahagian makanan style buffet/cedok juga, macam meehoon, nasi goreng, mee goreng dan etc.




Nasi Dagang dan Nasi Kerabu pun ada juga. Beserta kuih-muih.

Harga untuk semua makanan, affordable juga. Not too fancy.

Bila dah selesai makan, kami singgah kedai beli barang baking sat. Untuk my cakes and cupcakes orders. Takut tau tengok harga-harga barang baking sekarang. *nangis bucu katil*




Owh ya, sebelum keluar tadi, minum dulu CINCH SHAKE Shaklee untuk supplement protein tambahan. Tengok lah beg Shaklee ni, besar and boleh isi macam-macam barang baking hehe

Okay lah, itu je nak share pagi ni. Jumpa dekat next entry. Have a great weekend everyone !

——————————

Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam


Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...