Monday, January 01, 2024

Dinner New Year di Courtyard by Marriot, Setia Alam

Alhamdulillah rezeki, malam New Year, boss ajak semua staff untuk dinner dekat Courtyard by Marriot Hotel, Setia Alam.

Dekat je rupanya hotel ni, belah tepi Setia City Mall. And yang paling best, parking rate dia affordable compare to hotel-hotel yang lain. Dua jam pertama RM5, subsequent hours RM2. Kalau makan dekat hotel boleh dapat diskaun RM2 from total. Kalau stay hotel boleh dapat complimentary parking.

Kami makan dekat 5 Wells Restaurant nama dia. Kawasan tak besar sangat, tapi tak juga kecik sangat. Just nice je. Cuma kedudukan meja kerusi, I think they can do better. Susunan ada yang terlampau sempit and rapat dengan laluan dan kerusi meja sebelah.

Kat sini saya enjoy almost all the foods, tapi dalam kuantiti yang sedikit on each servings, sebab nak rasa semua kan haha


First meal : Pasta mushroom carbonara, Baked potato and yam, Chicken cordon bleu with sarawak blackpepper, Salmon lupa menu apa


Second meal : Mash potatoes, Shawarma chicken, Chicken grill with blackpepper sauce, Lamb leg with mint sauce, Ikan siakap steam assam


Third meal : Seafood and vegetable lasagna, Steamed chicken with chinese style chilli, Stir fry beef blackpepper, Brocolli and bean curd oyster sauce


Fourth meal : Mee Kari


Fifth meal : Pizza


Sixth meal : Chocolate fountain marshmallow and grape, Ice cream and cornflakes


Seventh and last meal : Hot tea and Lemon Meringue Tart


Overall it was a nice event, sedap makanan dia semua. Thank you Boss !

Thursday, June 08, 2023

THE FIRE AUTHENTIC KOREAN RESTAURANT MENU

The Fire Authentic Korean Restaurant Menu | Saya share dulu menu makanan apa yang ada dekat restoran ni. Nanti review makanan dia, saya update kemudian bila berkelapangan nanti.

The Fire Authentic Korean Restaurant

The Fire Authentic Korean Restaurant Menu

The Fire Authentic Korean Restaurant Menu

The Fire Authentic Korean Restaurant Menu

The Fire Authentic Korean Restaurant Menu

The Fire Authentic Korean Restaurant Menu

The Fire Authentic Korean Restaurant Menu

The Fire Authentic Korean Restaurant Menu

The Fire Authentic Korean Restaurant Menu

Siapa sini peminat makanan Korean, kena add this kedai to your list. You will not be disappointed.

#TheFireAuthenticKoreanRestaurant #KoreanFood #TropicanaGardensMall

Wednesday, June 07, 2023

HOUSE OF KAMBING (HOK) MENU

House of Kambing (HOK) Menu 2023 | saya share sini menu-menu harga makanan di restoran House of Kambing (HOK). Makanan kat sini semua memang sangat-sangat sedap ! Saya share menu dulu. Nanti bila dah berkelapangan saya share review tentang makanannya ya.

BACA JUGA : Lecithin Shaklee Untuk Kurus

House of Kambing

House of Kambing Menu

House of Kambing Menu

House of Kambing Menu

House of Kambing Menu

House of Kambing Menu

House of Kambing Menu

House of Kambing Menu

House of Kambing Menu

House of Kambing Menu

Okay tu sahaja sharing dulu. Semoga harga dekat menu ni boleh menjadi manfaat untuk korang yang nak datang makan dekat sini. Serious makanan sini sangat sedap dan berbaloi. Korang datang dulu cuba okay.

#HouseOfKambing #HOK

Birthday Cupcakes Shah Alam

Birthday Cupcakes Shah Alam | Sesiapa di sini tengah mencari cupcakes untuk sambut birthday? Anda ditempat yang betul !

Saya ada bisnes cupcakes untuk sajikan desserts yang sedap dan comel-comel sesuai untuk sambut birthday di rumah mahupun event place.

Saya ada 4 perisa untuk cupcakes : Vanilla, Chocolate, Red Velvet dan Pandan Gula Melaka.

Saya home-based di Bukit Jelutong Timur, Shah Alam. Saya takde kedai tau. Hehe. Kalau ada yang nak datang pickup sendiri pun boleh. Kalau nak delivery pun boleh. Just share dengan saya, alamat penuh, untuk saya cek peta for delivery charges.

Sebaiknya boleh order 3-4 hari sebelum, untuk memastikan jadual baking saya ada kekosongan. Elakkan order last minute, nanti risau tak boleh nak ambil order anda.

Harga Birthday Cupcakes untuk 30 pcs ialah RM70, harga ni untuk design custom.

Design untuk birthday cupcakes saya ada beberapa contoh, ada yang bunga, ada yang swirl colourful, ada yang nak lukis simple-simple dan banyak lagi.





Sini saya tunjuk satu contoh untuk BIRTHDAY CUPCAKES yang my customer baru sahaja order last week, untuk anaknya yang berumur 8 tahun. Happy 8th Birthday Amelia !

Kalau nak tengok contoh design-design yang lain, boleh VISIT MY INSTAGRAM PROFILE dan follow sekali tau ! Hehe.

Nak order terus? Bolehhhhh.

Puan Asilah (BAKES BY AB)

WHATSAPP : 0126714589

#CupcakesShahAlam #BirthdayCupcakes #DessertsShahAlam 

Monday, June 05, 2023

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023 (PBAKL)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PABKL) | Semalam (Ahad 4 Jun 2023), decide untuk ajak husband pergi pesta buku ni. Tak perasan yang Ahad tu dah last day. Ingat next week ada lagi, boleh lah nak pergi time tak ramai orang, tapi since semalam pun dah last day, redah je lah walau tahu akan ramai gila orang haha

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Mini Anime Fest

Pagi tu ada delivery dulu dekat Elmina East, then pergi breakfast dekat WARUNG CHE BUNGA lepas makan baru decide pergi PBAKL dekat PWTC tu.

Drive around setengah jam macam tu lah from Sungai Buloh lalu DUKE. So far traffic okay je. Tapi bila dah sampai sana, decide nak parking dekat Sunway Putra Mall sebelah tu, kebetulan ada Mini Anime Fest. Tapi sayangnya, pusing sepuluh kali atas bawah takde parking kosong haha habis RM5.50 aku ! Haha

Mini Anime Fest

Then kami keluar and perasan ada satu parking luar betul-betul dekat traffic lights simpang empat tu. Sekali masuk RM12, habisss duit aku haha parking je dah total RM17.50 ! Aisehhh haha takpe lah, janji ada parking and tak berebut dengan kereta lain.

Dah settle parking, just naik jejantas je untuk masuk mall and pwtc tu. Tapi kecewa sikit bila sampai Mini Anime Fest tu, sebab takde gundam. Husband dok mencari gundam hehe jadi since takde, kami keluar and terus pergi kat pesta buku sebelah.

BACA JUGA : 5 Produk Best Seller Shaklee

Nohhh ramai gila manusia ! Dengan cuaca panas dia, tahan je lah. Turun je jejantas tu, memang sampai dekat bahagian makanan and minuman. Lepastu masuk dalam bahagian ground floor, jalan-jalan situ dulu. Ingatkan situ je bahagian buku dia, rupanya kena jalan dalam lagi and ada sampai 3 tingkat. Fuhh, berkicap beb jalan dalam tu.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Tapi maaf ler, gambar memang takde ambil langsung sebab fokus jalan dalam tu, plus sebab ramai orang. Gambar apa yang ada je lah ya. So far so good event ni. Tengoklah next year kalau ada lagi, maybe boleh pergi lagi and enjoy tengok buku apa yang ada. Kali ni datang memang nak jalan sahaja, takde niat nak beli. Almaklumlah kewangan tak mengizinkan hehe

Jadi kami pulang dengan air susu kambing buat kurangkan dahaga. Okay tu je. Bye.

#PestaBukuAntrabangsaKualaLumpur2023 #PBAKL #PBAKL2023

WARUNG CHE BUNGA SUNGAI BULOH SARAPAN PANTAI TIMUR

Warung Che Bunga Sungai Buloh Sarapan Pantai TimurHari ni selepas siap delivery kat area Elmina East, ajak sekali husband pergi cari breakfast. Google siap-siap apa tempat best nak cuba area sini, and mostly bagi rating sedap dekat Warung Che Bunga ni. Drive dalam 20 minit je from Elmina.


Warung Che Bunga Nasi Kerabu
Nasi Kerabu Daging Bakar

Masa sampai tu, warung dia memang tepi jalan, sebelah sekolah. Nak masuk parking, today sebab Ahad, jadi penuh sangat, siap ada Rela jaga. So kami decide untuk parking dekat kawasan lapang berhadapan dengan sekolah. Rasanya macam kawasan gerai-gerai kecil berniaga.


Masa sampai je dekat warung ni, tak dinafikan memang ramai. Ramai sangat yang makan sini, tapi turn-over table dia cepat. Memang literally ramai makan and go sahaja. Takde lepak borak-borak pun. 


BACA JUGA : 10 Manfaat Vitamin C Shaklee


Proses nak order makanan dia, kena beratur dulu masa sampai. First stesen adalah bahagian nasi - nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, nasi che bunga and banyak lagi. Lepastu stesen laksam. And then bahagian cashier. Dekat sini boleh order air and roti sangkaya.


Masa beratur tu actually dah rambang mata nak makan apa haha, rasa macam nak makan semua. Astagaaa haha. So this is what we ended up ordered :


Nasi Dagang Gulai Ayam

Nasi Kerabu Daging Bakar

Laksam

Roti Sangkaya

Teh Ais Madu


Warung Che Bunga Nasi Dagang
Nasi Dagang Gulai Ayam

Nasi Dagang Gulai Ayam - Husband cakap nasi dia sedap, gulai ayam dia just pedas sikit. Terkejut masa makan. Ingatkan manis saja tapi ada sikit kick pedas. Bagi tak muak kowt. Tapi memang sedap ! Masin manis pedas. Portion dia kalau yang kuat makan, maybe kena order dua pinggan.



Warung Che Bunga Nasi Kerabu
Nasi Kerabu Daging Bakar


Nasi Kerabu Daging Bakar - I ate this one and I loved it ! Daging bakar dia hiris nipis-nipis, sedap nak makan. Lembut. Lepastu disebabkan malas nak asing sayur, I gaul je semua, makan tutup mata je lah kunyah sayur tu ðŸ¤£ rasa masin pedas dia balance. Sedap betul.


Warung Che Bunga Laksam
Laksam

Laksam - Yang ni kan, asalnya macam nak order tapi takut kenyang sangat, tibe husband pun cakap nak rasa, kita kongsi, apa lagi memang onz lah order hehe portion dia just nice, tak sikit sangat, tak banyak sangat. Laksam dia punya teksture lembut, kuah dia pekat and terasa isi-isi ikan dia. Makan pula dengan sayur and sambal belacan, licin tau mangkuk hehe



Warung Che Bunga Roti Sangkaya
Roti Sangkaya


Roti Sangkaya - Mesti lah kena ada dessert kan nak end the meal hehe roti kukus yang lembut, plus sangkaya dia tu, cair pekat dia just nice. Manis masin lemak uish, taip ni pun dah terliur balik ðŸ¤¤ serious kena makan roti kat sini.


Warung Che Bunga Teh Ais Madu
Teh Ais Madu

Teh Ais Madu - Last one, tengok setiap meja ada air ni, so kena lah order juga. Bila sampai memang berbuih betul. Tapi yang penting bukan manis leting ya. Manis dia cukup untuk korang rasa satisfied bila makan dengan nasi. Ais dia guna macam ais hancur, jadi sampai ke hirupan yang terakhir pun masih sejuk okayy.


Warung Che Bunga Harga Menu
Harga Menu 2023

Warung Che Bunga Harga Minuman
Harga Menu 2023

Warung Che Bunga Sarapan Pagi
Alhamdulillah sedap semua menu 

Total perbelanjaan untuk semua menu ni ialah RM 37 ðŸ˜¬ boleh lah datang lagi next time !


#FoodReview #WarungCheBunga #KedaiBreakfastSungaiBuloh #AsilahBeats 


HARGA VITAMIN C SHAKLEE 2023

Harga Vitamin C Shaklee 2023 | Vitamin C Shaklee atau nama panjang dia Sustained Release Vita-C Plus, adalah salah satu produk Shaklee yang paling best seller !

Satu sebab kenapa dia best seller ialah sebab HARGA dia. Harga satu botol vitamin c ni ialah RM 92 sahaja untuk ahli Shaklee, dan RM 115 kalau untuk bukan ahli.

Satu botol ni ada 180 biji, dan boleh tahan sehingga 6 bulan ! Satu tahun cuma perlu beli 2 botol sahaja. Sebut tu saya kata dia best seller dan menang pada harga. Sebiji jatuh 52 sen sahaja.




Antara salah satu lagi sebab kenapa vitamin c dari Shaklee ni famous dan sangat popular ialah, sistem pelepasan berperingkat yang Shaklee dah patenkan khas untuk produk ini. Kira syarikat lain tak boleh tiru. 

Sistem ni bermaksud, setiap satu biji mengandungi 500mg khasiat vitamin c, dan setiap sejam, vitamin c ni akan lepaskan khasiatnya sebanyak 100mg. Jadi satu biji tahan dalam 5 jam. Takde lah rasa membazir khasiat vitamin c yang tak diserap, nanti buang je ikut air kencing. Rugi-rugi.

Kenapa Shaklee buat sistem ni? Sebab badan kita ni secara semulajadi hanya boleh serap 100mg sahaja pada satu masa. Jadi rugi lah kan lagi 400mg terbuang ikut pencernaan kan? So bila anda makan dan pilih vitamin C dari Shaklee, anda telah membuat pilihan yang tepat !

Khas untuk sesiapa yang beli Vitamin C dari saya, saya nak bagi offer harga ahli sahaja. Sebab saya nak share kebaikan ni dengan semua ! Jom contact saya sekarang untuk order Vitamin C untuk anda dan juga satu keluarga !




BACA JUGA ARTIKEL :

1. 5 Sebab Vitamin C Shaklee Bagus Untuk Student

2. 2 Cara Kecutkan Jerawat Dengan Vitamin C

3. Set Kulit Cantik Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan tentang HARGA dan juga PRODUK, boleh whatsapp saya untuk dapatkan respon yang pantas.

Puan Asilah (SID : 1267957)

Distributor dan Business Shaklee Leader (Senior Supervisor)

WHATSAPP : 0126714589

#PengedarShakleeShahAlam #HargaESPShaklee #ShakleeShahAlam #SetCantikShaklee #SetKulitShaklee #VitaminCShaklee #HargaVitaminC

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...