Friday, April 03, 2020

3 Tips Kekal Sihat Ketika Tempoh PKP


Assalammualaikum and hai semuanya!

Hari ni merupakan hari yang ke-17 untuk PKP (Program Kawalan Pergerakan). Jadi by the 17th day ni mesti ramai dah tepu tak tahu nak buat apa kan?

Jadi kita nak share 3 Tips Kekal Sihat Ketika Tempoh PKP. Jom tengok apa boleh buat untuk sentiasa kekal sihat dan ceria !


Yang pertama adalah kekal aktif. Stay active they say. So macam mana cara nak stay aktif kalau kat rumah ni?

Memandangkan kita semua tak boleh sewenangnya keluar ke gym, or jogging kat taman, kita masih boleh kekal aktif dengan buat home workouts.

Boleh google je jenis-jenis senaman yang boleh dibuat dirumah. Kat Youtube pun banyak, kat FB pun ada je coach fitness buat live exersice. Boleh juga join hehe

Sapu sampah, mop lantai, kejar anak-anak tak consider as senaman ya hehe kena buat senaman yang korang fokus 30 minit tau.

Kenapa kita kena kekal aktif for atleast 30 minit? Senaman bantu dalam tingkatkan peraliran darah dalam badan dan bantu proses detoksifikasi.

Bila kita bersenam, kita berpeluh, dan peluh tu adalah salah satu proses membuang toksin. Bagus la kan? Dari duduk je tak buat apa hehe


Yang kedua adalah Kekal Hidrasi. Stay hydrated. Just because korang tak keluar memana, tak bermakna tak tayah jaga water intake pula hehe

Walaupun kena stay at home, body kena sentiasa hydrates. Kena make sure minum cukup air.

Setiap 25kg berat badan memerlukan 1L air. Kalau korang berat 50kg kena lah minum 2L air. Macam kita sendiri, perlukan 2.8L air. Banyak kan?

Kenapa pula kena sentiasa jaga water intake?

Bagi memudahkan proses penyerapan nutrients dalam badan. Bila kita makan hidangan, vitamins or supplemen, body memerlukan air yang banyak untuk penyerapan nutrients yang optimum. Bagus kan bila kita minum banyak air? Nutrients dapat diserap dengan lebih baik.

Bila minum air yang mencukupi, kita dapat kawal suhu badan. Sebab tu kalau orang cakap, bila cuaca panas terik je kena sentiasa minum air, untuk elakkan heatstroke dan pengsan. Sangat crucial untuk jaga pengambilan air walaupun kita duduk di rumah.

Bila badan tak cukup air, bibir akan merekah, kukit akan kering dan bila kering, cepat naik jerawat. Tekak pun jadi kering and badan jadi mudah penat. Sebab takde fluid langsung.

Another reason why kena minum air mencukupi, adalah untuk pastikan kandungan elektrolit dalam badan mencukup untuk make sure takde kehilangan cecair dalam badan. Disarankan untuk cari minuman yang ada elektrolit.



Macam kami sebagai SID Shaklee, kami minum air Performance Drink (PD), dimana air PD ni mempunyai elektrolit yang diperlukan badan, ada dua perasa iaitu Orange dan Lemon & Lime.

Performance drink ni bantu untuk menghalang pengeluaran cecair dan membantu mengekalkan paras cecair dalam badan.

Tambah nak masuk bulan puasa ni, lagi lah kena jaga water intake supaya tahan sampai berbuka.


Tips yang ketiga, untuk sentiasa kekal sihat ketika PKP ialah dengan mengambil 5 hidangan sayur dan buah.

3 hidangan sayur
2 hidangan buah

According to the nutritionist, if korang masak 1 cawan sayur dan kongsi 5 orang makan, actually kandungan nutrients dalam sayur tu tak mencukupi.

Disarankan ambil hidangan yang colorful, penuh warna-warni kerana sayur dan buah yang colorful ni mempunyai kandungan polifenol yang lebih tinggi.

Polifenol adalah nutrients yang sangat penting untuk perlindungan sel badan. Kalau sel badan kita banyak yang rosak, body akan mudah jatuh sakit. Which is not what we wanted kan?

Jika tak mampu nak cukupkan pengambilan polifenol dalam hidangan seharian, boleh topup dengan supplemen Shaklee.

Antara supplemen Shaklee yang tinggi dengan polifenol ialah Vivix dan Res-V



Kita harap dengan sharing tips kekal sihat ketika PKP ni dapat membantu korang semua, dan diri sendiri juga untuk sentiasa kekal sihat dan gembira di rumah hehe

Jika antara korang ada nak menambahkan air Performance Drink dan juga Vivix dalam hidangan harian, boleh hubungi saya (Asilah) di :

Whatsapp : 0126714589

Facebook : Asilah Bakri

Instagram : Mobile Spa by AB

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/ LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH, ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.

No comments:

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...