Thursday, April 26, 2018

Modal Minima Buka Spa



Assalammualaikum :)

Bila sebut je pasal modal untuk buka bisnes spa ni mesti ramai yang macam garu kepala kan fikir mana nak dapat modal kan? ye lah, nak beli mesin lagi, nak beli alatan kecantikan lagi, belum lagi fikir pasal nak sewa kedai !

Tu dia, belum apa-apa dah fikir macam macam hehe. Sebenarnya, ada je bisnes spa kecantikan yang sangat mudah dan modal yang munasabah iaitu bisnes Mobile Spa dari The Walking Beauty (TWB).

Tapi ada juga yang berpendapat,

bisnes spa ni ada naik turun dia, lagi pula yang kata ekonomi sekarang tak mengizinkan,

spa ni untuk datin/datuk je sebab orang kaya je mampu untuk ber-spa ni,

lepas tu tak juga yang kata "saya duduk kampung, manalah ada customer nak buat spa ni, tak boleh lah nak buat bisnes spa",

"kalau takde pengalaman boleh ke",

"modal murah? eh takkanlah mesti mahal"

Stop right there.

Tahu tak, ada kajian mengatakan ada satu bisnes yang tak akan terkesan walau macam mana pun gawat ekonomi? Yes, bisnes kecantikan! Spa pula dah confirm memang jatuh dalam kategori kecantikan, jadi apa lagi yang ditunggu?

Perempuan dengan kecantikan berpisah tiada, jadi gawat macam mana pun mereka akan tetap cari duit untuk kekalkan kecantikan diri. Usaha itu penting untuk dapat apa yang kita nak, saya share SINI

Bab yang kata untuk ORANG-ORANG KAYA je tu, meh nak tunjuk ni:-






Haa, siapa yang kata tu, meh saya clearkan sikit fikiran anda. SEMUA orang boleh buat bisnes spa ni, janji kuat semangat dan tak putus asa. Haha. Ni antara background beautician TWB:-


  1. Doktor perubatan
  2. Peguam
  3. Majistret
  4. Pensyarah
  5. Guru pendidikan khas
  6. Engineer
  7. Pelajar universiti
  8. Domestic Engineer
  9. Guru Tadika
  10. Akauntan
  11. Nurse
  12. Arkitek
  13. IT
  14. R&D Officer
  15. Kerani
  16. Tailor
  17. Physiotherapist
  18. Baker
  19. Designer
  20. Research Executive

dan ramai lagi!

Pengalaman tu tak perlu, takde maknanya kena build up to 2/3 years, as people say "PRACTICE MAKES PERFECT" lepas training anda dah boleh buka bisnes terus tak perlu tunggu lama-lama. Dalam seminggu boleh dapat dah a few couple hundreds, tak mau ke? Nak tunggu lagi? hihi

Kampung kawasan pedalaman mana ada yang nak buat spa. Siapa kata? Benda ni main dengan EMOSI. Bila kita MAHUKAN sesuatu, kita usaha sampai DAPAT. Dengan ilmu, semua benda boleh, insya allah. Kita akan ajarkan ilmu yang sangat membantu tak kira lah korang kat mana sekalipun, pasti akan ada customer!


Modal mana de murah kalau buat bisnes spa, eh ADA ! dengan TWB ni modal takde lah besar sampai RM5K pun, cuma RM1999 sahaja! Semua beauty tools, beg, steamer semua dapat dah, tinggal promote je bisnes korang. Takdenya susah susah nak fikir itu-ini. Semua dapat :)

Mesti macam susah nak percaya harga tu kan? Betul, dengan harga ni sebenarnya kita akan ajarkan ilmu emas khas untuk beautician TWB and sepastinya Bisnes Spa Tanpa Kedai !

Tapi itulah, dengan kapasiti 35 juta rakyat dekat Malaysia ni, masih lagi ramai yang sebenarnya memerlukan sangat servis mobile spa atas kekangan masa dan sebagainya. Dan dengan ini AGEN SPA DIPERLUKAN untuk kita sama-sama jana income lebih dengan membantu diri dan juga para wanita diluar sana.

Kalau anda benar-benar berminat, insya allah saya kan guide dengan lebih details, boleh whatsapp saya di 012-6714589. Thank you sudi membaca :)


Buat Duit Dengan Mobile Spa



Assalammualaikum :)

Hari ni kita nak share sikit, dulu masa habis je SPM, kita jenis nak jugak lah kerja cari duit, tengok kawan-kawan kerja tempat wayang, fast foods chain store, butik baju,  tapi apakan daya, anak sulung ni dia susah sikit parents nak bagi lepas untuk kerja hihi Ada je alasan family bagi untuk bagi diri ni duduk je rumah goyang kaki. Tapi bila dapat je kerja, susah nak stay sebab culture shock, penat and so on. Tapi bila dapat je gaji pertama, fuhh, nikmat dia hanya Allah je tahu!

Tapi nowadays, semua itu mustahil lah untuk goyang kaki bila semua benda harga mahal, nak beli makan pun harga tak sama macam dulu. Lagi-lagi untuk mereka yang baru lepas SPM, korang nak kerja apa kan? Some will say, "nak kerja duduk ofis je tapi gaji berkepuk", "nak kerja duduk rumah je tapi gaji berkepuk", "nak kerja travel tapi tak nak guna duit sendiri", amboi-amboi haha kemain semua ya?

Camni lah, apa kata untuk korang yang tak tau apa nak buat lepas SPM tu, jom buat Bisness Shaklee dan juga join jadi Beautician Mobile Spa The Walking Beauty. Biar diri tu ada hala tuju sikit dari duduk main handphone goyang kaki kat rumah macam lifeless je. (Ye, saya pernah juga jadi macam anda okay)

I also once a 17, dan macam-macam kerja dah pernah buat sampai masuk diploma pun masih lagi mencari kerja part-time memana sebab tahu betapa pentingya duit untuk servis. Biarlah orang kata kita hidup untuk kerja/duit, nanti satu masa duit yang akan datang kat kita tanpa perlu kita bekerja :)

First of all kenapa Spa Shaklee? Sebab ianya adalah salah satu bisnes mudah yang teramat mudah.

Masa saya jumpa Kursus Spa Murah The Walking Beauty ni, saya asalnya adalah salah seorang consumer Shaklee. Antara product awal yang di consume ialah ESP and Vitamin C, dimana ianya membantu dari segi kesihatan dan kecantikan. Bila dah nampak result, mulalah berjinak dengan bisnes mobile spa yang dihadirkan oleh TWB

TWB tu apa?

TWB ialah singkatan pada The Walking Beauty. Yang mana menyediakan satu platform untuk wanita memiliki Spa Tanpa Kedai atas nama sendiri, dan The Walking Beauty merupakan team Spa Shaklee.

Kenapa Shaklee menjadi bahan yang diutamakan dalam spa ni?

Shaklee ni satu syarikat supplemen no 1 di US. Dan mempunyai rantaian antarabangsa termasuklah dalam negara kita Malaysia ni. Syarikat Shaklee telah ditubuhkan pada 1956 dan mempunyai headquarters di Pleasonton, California US. Produk pertama Shaklee ialah vitalized mineral ( sekarang namanya ialah Vitalea ) telah wujud di dunia dah 106 tahun. Dan kalau korang nak tahu, di situlah wujudnya perkataan vitamin ( vitalized mineral ).

Walaupun berlambak sekarang syarikat suplemen tumbuh ibarat cendawan selepas hujan, apa yang membezakan Shaklee dengan suplemen lain, Shaklee sangat tekankan kualiti. Shaklee juga mempunyai Landmark Study. Dan kesemua suplemen Shaklee ialah diperbuat dari sumber semulajadi. Jaminan 100% okay!

Shaklee menggunakan moto SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.

Korang boleh juga baca yang ini :-

Kursus Spa The Walking Beauty 2018

Kursus Spa Termurah

Testimoni Beautician Spa TWB

Kelebihan Jadi Beautician TWB

Whatsapp SINI

Kursus Spa The Walking Beauty 2018

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah ada juga customer yang PM/DM nak jadi client spa kita. Bukan apa, bila kita niat nak bantu wanita di luar sana untuk memudahkan mereka nak ber-spa, ilmu spa dari The Walking Beauty ni lah yang akan digunakan untuk korang. Insya Allah kita akan bantu sebaiknya.

Kursus spa termurah dari TWB ni sememangnya amatlah murah dan mudah! Kalau nak kata RM2k tu mahal untuk join, you guys belanja sana sini pung-pang pun tup tup dah habis RM2k. So why not, kumpul sikit dan join kursus mobile Spa/Home Spa dari TWB ni :) Invest sikit untuk ilmu yang berpanjangan dan trust me you will get it back in no time! Yang penting kursus spa ini ada sijil yaa hihi

Kursus Spa Termurah di bawah Projek Spa ‘The Walking Beauty’


Pakej Kursus Spa ‘The Walking Beauty’ Bermula April 2018

Buat mereka yang masih baru lagi dengar pasal Projek Spa TWB ni, sini saya sharekan sikit secara ringkas kenapa Kursus Spa The Walking Beauty merupakan Kursus Spa Termurah

Basically, Kursus Mobile Spa TWB kita ini menyediakan :
  • 5 courses (facial relaxing treatment, body scrub, sauna herbs, aroma milk bath, foot & hand spa)
  • 1 advanced course (how to setup & run mobile spa)
  • Manual lengkap dan bercetak mengenai course yang akan diajar
  • Beauty products & skincare Youth dari Shaklee (THE BEST!)
  • Hands-on practical training
  • Free membership Shaklee
  • Sijil beautician
  • Trial kit spa
  • Teknik marketing
  • Support group yang awesome!
  • Berpeluang bersama-sama dengan ahli TWB dalam lawatan ke luar negara setiap tahun

Start bulan April 2018 ni, Pakej Kursus Spa dari TWB ini akan dilengkapkan dengan more tools untuk beautician tinggal tarik je beg spa and dah boleh mula operasi, best kan? Antara beauty tools yang ditambah ialah :-
  • Beg ekslusif mobile spa
  • Steamer
  • Mangkuk
  • Ion massager

Means that, untuk mereka yang join bulan April 2018 ni memang dah complete tools untuk open your own Spa Business. Dulu masa saya join, tools yang diprovide hanyalah basic beauty tools, trial kit spa dan skincare. takde beg spa, mahupun steamer or ion massager, semua tu adalah pilihan beautician untuk beli sendiri dengan bajet mereka.

For this time, more tools will be provided and new beautician tinggal start je business spa! Sebab, kadang ada je client ataupun potential beautician tanya, mesin sekian-sekian ada provide sekali ke? Haaa ni dah provide ni, jom lah join jadi beautician under The Walking Beauty.

Okay bila dah complete semua beauty tools and YOUTH skincare, beg spa, steamer eh semuanya lah, sudah pasti lah harganya bukan lagi RM999 ataupun RM1299, kena lah setanding dengan tools yang diberikan sekali ye dok? Jadi mulai akhir MAC 2018 dan APRIL 2018, Pakej Kursus Mobile Spa sudai jadi RM1999. Jangan terkejut, ini actually sangat murah kalau nak dibandingkan yang kat luar tuhhh

Jangan lupa baca juga yang di bawah ini :-




Anything boleh whatsaap kita ya :)

Asilah Bakri

https://MobileSpabyAB.wasap.my

Sunday, April 01, 2018

Saat Magika Bersama TWB


Assalammualaikum :)

Kalau baca pada tajuk blog post kali ni, kita nak share tentang apa yang bestnya join TWB ni. TWB atau nama penuh dia The Walking Beauty adalah satu group yang diasaskan oleh founder Master Ainul Shahrazad dengan impian dapat membantu para wanita diluar sana untuk jana income lebih dan tidak bergantung pada gaji tetap.

No ini bukan MLM ya, jauh lagi bagus dari itu!

TWB ni asalnya merupakan satu cara untuk gain income selain dari menjadi ahli shaklee yang hanya fokus pada produk Shaklee semata, tapi TWB came up with an idea of "How about we focus not just the beauty from the inside but also the outside". Thus, making TWB the first to come up with the idea of having your own SPA BUSINESS!

Bayangkan business spa saja boleh gain much more than what we expected? (Tapi yang penting kena rajin lah hehe) For me, awalnya dulu risik-risik je dengan Kak Athirah (yakni coach kita untuk spa ni dan juga shaklee) dari harga RM450 sampai dah naik RM999 baru lah terbuka hati nak join TWB ni.

Dulu around a few years back, money wasn't much of a problem for me. Mungkin sebab stay dengan family and ada bisnes baking so diri ni fikir "Alah boleh ni survive bulanan dengan amount yg ada from baking".

But after a while, money become so constraint that it hit me rock bottom. People didn't notice because I rarely share about this, as money is quite a personal matter to share.

Jadi bila difikirkan dengan umur dah meningkat 27 tahun ni, a slight (smaller part) adult part in me thought that, sampai bila nak tunggu duit from parents to buy this and that right? So I tawakkal, doa, niat dan berharap TWB memudahkan dalam proses membantu diri dan memperbaiki dari segi kewangan, agar mampu untuk berdikari sedikit walaupun mungkin tak fully independent yet.

Tarikh 2 January 2018, merupakan tarikh training spa dengn TWB and terus beroperasi sampai sekarang dan alhamdulillah, duit dari bisnes spa ni dapat cover banyak benda tanpa sedar. Haha.

Bila a sudden need of cash, guna duit spa.
Bila pokok tumbang depan rumah, nak panggil mbsa, bayar upah, guna duit spa.
Nak bayar servis kereta, guna duit spa.

Actually banyak saaaaangat nak list, tapi nikmat dia bila ada duit extra for this and that, it actually helps a lot! Gaji baking sikit pun tak usik untuk benda benda ni. Bila kerja sendiri ni (bukan ofis) dia lagi struggle but at the end of it, enjoying of every ringgit is all worth it. Tak ke seronok guna duit extra tak kacau duit gaji?

Ungkapan syukur takkan pernah habis bila ingat balik berapa banyak TWB dah bantu diri ni. Syukur Allah bukakan kan hati dan permudahkan untuk join TWB dengan menggigihkan diri kumpul duit hehe (dalam hati cakap, boleh rupanya aku kumpul duit haha)

Kerja mana-mana pun memang ada duitnya tapi kan best kalau ada extra? :)

A really BIG THANK YOU to Kak Tiera sebab kenalkan TWB ni :*

Jangan lupa untuk baca posting di bawah

Nak buka bisnes spa sendiri?

Antara TESTIMONI spa from TWB

Why you should join US

Wednesday, March 21, 2018

Kenapa Vitamin E bagus untuk kulit

Assalammualaikum semuanya :)

Apabila lebih ramai rakyat mengetahui kebaikan dan keistimewaan produk Shaklee yang diberi nama Vita E Complex ini. Mari kita kenali apakah vitamin E Shaklee ni dan fungsinya kemudian kita korek dalam-dalam kelebihan dan perlunya anda memiliki Vita E Complex Shaklee ini.

Mengandungi vitamin E semulajadi yang diestrak khas dari sayuran dan dilengkapi vitamin yang lain, Vita E Complex adalah sesuatu yang sangat mengujakan terutamanya kepada pasangan suami isteri hingga digelar VITAMIN CINTA!

Apakah Vitamin E?

Vitamin E adalah salah satu keluarga dari vitamin-vitamin lemak yang aktif diseluruh badan.
Sebahagian daripada anggota keluarga itu di panggil tocopherols dan sebahagian lagi di panggil tocotrienols.

Antara anggota lain adalah alpha tocopherol, beta tocopherol, gamma tocopherol dan delta tocopherol/tocotrienol.


Vitamin E sangat penting kerana asas kepada kesihatan yang baik terutamanya fungsi membekalkan oksigen ke seluruh sel badan dan mencegah berlakunya 'oxidative stress' dengan cara berkerjasama dengan gizi lain bagi mengelakkan molekul oksigen dari menjadi terlalu aktif.

Apakah risiko yang bakal dialami jika kekurangan Vitamin E?

Antara kesan yang akan berlaku apabila seseorang itu kekurangan vitamin E didalam tubuh badan adalah:

  • Risiko sel darah merah terbelah/pecah
  • Mengalami kesulitan ketika berjalan
  • Mungkin mengalami masalah gugur rambut
  • Perubahan degenerative dalam sistem saraf dan otot
  • Tona warna tidak sekata pada kulit
  • Mudah mengalami keradangan
  • Anemia
  • Gangguan penglihatan



Apakah keistimewaan Vita E Complex Shaklee?

Vita E Complex Shaklee adalah istimewa dan berbeza daripada vitamin E lain yang terdapat di dalam pasaran kerana:


  • Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) yang asli daripada minyak sayuran (minyak soya organik dan minyak biji gandum)
  • Mengandungi 10mcg selenium dalam setiap kapsul yang melengkapkan fungsi Vitamin E
  • Mengandungi 400IU vitamin E semulajadi dalam setiap kapsul
  • Diestrak khas dengan aktif secara fisiologi
  • Digabungkan dengan 8 jenis vitamin tambahan


Vita E Complex Shaklee adalah HALAL, mendapat sijil pengesahan dari KKM,tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Apakah faedah pengambilan Vita E Complex Shaklee?

Vita E Complex Shaklee dirumus khas dengan pelbagai khasiat dan kelebihan apabila di ambil dengan konsisten. Antara kelebihan pengambilan Vita E Complex Shaklee adalah:

  • Mengurangkan masalah jeragat
  • Menghilangkan parut
  • Melicinkan kulit
  • Membantu cegah kanser
  • Meningkatkan fungsi sperma
  • Menghangatkan hubungan seksual
  • Awet muda - Anti-oksidan yang tinggi
Selain itu, antara faedah- faedah lain yang dapat diperolehi dengan pengambilan Vita E Complex Shaklee adalah:

  • Menjadikan anda nampak lebih muda dan bebas kedutan kerana Vita E membantu membantutkan proses penuaan sel
  • Membantu dalam melindungi paru-paru dari pencemaran
  • Meningkatkan kuasa bagi sel T untuk melawan penyakit yang menyerang
  • Membekalkan oksigen ke dalam seluruh sel-sel di dalam tubuh badan
  • Membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit nyanyuk dan Alzheimer
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit keguguran bagi wanita
  • Membantu mendapatkan kesihatan kulit
  • Membantu merendahkan paras kolestrol
  • Merendahkan risiko mendapat katarak
Siapakah yang patut mengambil Vita E Complex Shaklee?

Dengan fungsinya yang pelbagai, Vita E Complex Shaklee sangat sesuai diambil oleh:

  • Mereka yang inginkan kulit yang sihat
  • Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut
  • Mereka yang menghidap diabetis
  • Wanita yang ingin meningkatkan rasa ghairah dalam hubungan intim
  • Lelaki yang ingin sperma yang berkualiti dan mendapatkan anak
  • Mereka yang ingin mengelakkan Anemia
  • Mereka yang mempunyai masalah saraf dan otot
  • Mereka yang ingin merendahkan paras kolestrol
Setiap botol Vita E Complex mengandungi 120 kapsul yang mudah diambil dan bertahan selama 4 bulan. Kos bagi 4 bulan ini hanyalah berharga RM166 sahaja! Sebiji jatuh RM1.38 dan ianya sangatlah affordable.

Untuk pembelian boleh whatsapp saya Asilah di 012-6714589 :)

Kebaikan Vitamin C Shaklee Untuk Cantik Dan Sihat

Assalammualaikum semua :)

Entri kali ini saya nak share mengenai Kebaikan Vitamin C Shaklee Untuk Cantik Dan Sihat.

Vitamin C atau nama saintifiknye asid ascorbic merupakan vitamin larut air. Badan kite tidak boleh menghasilkan Vitamin C maka kita wajib mendapatkannya dari makanan kita. Sumber yang kaya dengan Vitamin C tentunya buah-buahan dan sayur-sayuran.


Ok sekarang jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee atau nama sebenarnya Sustained Release Vita C. Macam mana boleh ada 'sustained release' gitu, ini tak lain tak bukan untuk kite mendapat manfaat Vitamin C itu secara maksima, jadi kuranglah pembaziran (Vitamin C yang tidak diserap dibuang melalui air kencing)

So Shaklee design teknologi 'Sustained Release' atau Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi. 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren.

Setiap satu jam 1.5 biji oren bersamaan 100 mg Vitamin C akan dilepaskan diusus kite so 1 tablet mengambil masa 5 jam untuk diserap oleh usus kita. Hebat bukan?

Selain Vitamin C, setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavanoid (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah. Bioflavanoid juga dikenali sebagai Vitamin C Complex berfungsi

  • meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam badan
  • melegakan inflamasi
  • menentang jangkitan  bacteria dan radikal bebas

Jom kite tengok ape yang best sangat dengan Vitamin C Shaklee ni :-
  • Membentuk Kolagen - Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kene cek disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu, untuk stay firm kolagen need a lot of Vitamin C.
         Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Maka ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.



  • Mengurangkan Simptom Pendarahan - Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam
  • Meningkatkan Sistem Imun Badan - Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. 

          Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
          Menguatkan sistem imun   
   
          Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.

          Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

          Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan            jangkitan paru-paru
  • Memerangi Kanser - Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  

          Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser

          Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.

          Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok sebelum ianya menyerang sel-sel kita.

          Radikal bebas boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kanser, sakit jantung dan artritis

  • Mencantikkan Kulit - Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah.  
  • Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!
Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun.

Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.




  • Mengurangkan Insomnia - Mampu memperbaiki insomnia dan tekanan berkaitan mental seperti keresahan. 
  • Mengurangkan Tekanan - Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana tekanan - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.
  • Mengekalkan Kolestrol Sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.  Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, strawberri, tomato, brokoli, kentang dan ubi biru (sweet potato). Sumber lain pula seperti sayuran hijau tua, betik, mangga, tembikai, kobis bunga, kobis, cili merah, resberi, blueberi, nenas dan labu.


Untuk mendapat kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral kita perlu mengambil 5-7 hidangan buah dan sayur-sayuran. Atau dalam bahasa yang lebih senang dalam sehari kite perlu mengambil 3 mangkuk sayur dari 4 jenis warna.

Ha camne? Sehabis baik pun kite makan sayur dan buah ialah waktu lunch dan dinner. Breakfast adalah sikit itupun timun dalam nasi lemak, hehe secara praktikal dan sukar kita tengok orang yang betul-betul dapat mengambil sayur dan buah-buahan mengikut kadar yang ditetapkan bagi mendapatkan nutrient penuh untuk tubuh kita.

Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka saya sangat mengsyorkan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan anda.

Tambah-tambah pula, bulan ini memang tengah promosi, so bolehla kita ambil untuk cantik berseri dipagi raya. Harga Vitamin C Shaklee sebotol hanyalah RM97, untuk 180 tablets. Maka 1 tablets jatuh kepada RM0.55 sahaja.

Kita pelihara kesihatan kita sekarang agar tak muncul penyesalan dimasa akan datang. Ha so tunggu ape lagi, jom grab Vitamin C Shaklee dari pengedar sah Shaklee anda. Boleh hubungi saya Asilah (NO ID - 1267957) melalui whatsapp ke 012-6714589 :)

Tuesday, March 06, 2018

Apa itu Double Cleansing Method?


Assalammualaikum,

Pernah dengar cara "Double Cleansing" untuk bersihkan muka? I pernah dengar tapi tak pernah pula praktikkan and kaji lagi. Hehe.

So, hari ni nak share apa itu Double Cleansing Method and betapa mudah rupanya cara ini.

Double Cleansing Method adalah membersihkan muka dua kali (get it double?) and ia juga salah satu cara membersihkan muka yang dah lama warga Jepun guna dalam rutin harian mereka. Di mana para perempuan Geisha, menggunakan kaedah ini untuk membersihkan makeup yang tebal di muka mereka.

Caranya ialah dengan menggunakan oil-based cleanser untuk membuang kotoran yang berasaskan minyak seperti makeup, lebihan minyak di muka (sebum), dan juga sunblock. Kenapa oil-based cleanser? Senang saja, ingat tak dulu belajar sains? Hanya minyak yang boleh menarik/membuang minyak. Bukan dengan air. Jadi sebab tu kena guna oil-based cleanser dahulu baru water-based cleanser.


Water-based cleanser pula adalah korang punya facial wash/foam yang everyday use tu. Water-based cleanser ni pula bantu untuk membersihkan kulit mati, debu, bakteria dan juga peluh.

Kenapa double cleansing method ni penting?
Sebab dekat muka kita ni ada dua jenis kotoran. Oil-based impurities dengan water-based impurities. Kalau hanya pakai normal cleanser tu, dia cuma cuci muka dari debu dan peluh je. Habis tu minyak semua? Kalau tak bersihkan minyak ni semua, nanti mula lah pores kita tersumbat. Bila tersumbat, jadilah macam macam dekat muka (jerawat etc)

So, oil cleanser pun penting untuk buang segala kotoran dekat muka and make sure pores kita tak tersumbat.


How to do double cleansing method?
1. Cuci muka pakai oil cleanser atas muka yang kering. (Kena kering tau!)
2. Bilas
2. Cuci muka pakai your normal cleanser
4. Bilas
5. Done!

Boleh ke buat double cleanse pakai micellar cleansing water?
Micellar cleansing water tak dikira oil cleanser. It is more like a light makeup remover. Kalau nak pakai micellar water ni step dia, micellar water - oil based cleanse - water based cleanser.

Kalau tak pakai makeup, kena ke oil cleanse?
Kena! Kalau nak pores dekat muka sentiasa bersih.

Oily skin boleh ke guna oil cleanser? Tak berminyak ke muka?
Tak! Oil cleanser ni untuk bersihkan muka daripada segala minyak. So oily skin pun sesuai nak guna oil cleanser. Jangan takut dengar nama OIL.

Berapa kali sehari kena buat double cleansing method?
Sekali sehari pun dah cukup, at the end of the day, masa night routine. Pagi pagi tak perlu pun takpe. Nak tidur tu muka kena bersih bagi dia bernafas.

Kat mana nak beli oil cleanser?
Yang paling senang, drugstore! Watsons or Guardian. I bought my Biore Oil Cleanser kat drugstore je. (Now I know how to use, dulu beli tak tahu apa function dia)

Macam mana nak pilih oil cleanser yang sesuai untuk kulit masing masing?
Oil cleanser memang sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun oily skin or even acne prone skin. Semua sesuai. Oil cleanser tak mengeringkan kulit. Kena tengok ingredients dia baik baik, apa yang kulit korang sensitive. Avoid yang tu. Semua jenis kulit tak sama so apa yang best untuk orang lain, tak semestinya best untuk korang.

Picture and info credit to Iman Abdul Rahim

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...