Showing posts with label Intermitten Fasting (IF). Show all posts
Showing posts with label Intermitten Fasting (IF). Show all posts

Wednesday, February 15, 2023

Set Kurus Shaklee Adalah Set Paling Mudah Untuk Diikuti



Set Kurus Shaklee Adalah Set Paling Mudah Untuk Diikuti | Assalammualaikum buat semua para pembaca. Saya doakan semoga yang membaca artikel hari ni, dilimpahkan rezeki yang banyak serta kesihatan yang baik. Aminn.

Okay jom, siapa nak kurus tahun ni? Dah masuk bulan kedua tahun 2023, ada yang masih on-going progress nak kurus? Alhamdulillah bagus jika masih ada. Jika nak kan kesan yang lebih cepat dan baik, saya nak share Set Kurus Shaklee untuk anda :)

Set Kurus Shaklee Adalah Set Paling Mudah Untuk Diikuti

Untuk bagi mudah memahami set kurus shaklee ni, kena faham 3 konsep penting : BAKAR, BUANG, BINA

Kita kena bakar lemak, buang lemak dan toksin, lepastu bina otot supaya tak menggeleber bila dah kurus.

Jom tengok Set Kurus Shaklee ada apa dalam dia :



1. CINCH SHAKE (perisa Chocolate)

Cinch shake adalah minuman berasaskan protein soya non-gmo. Soya yng tidak diubah secara genetik. Cinch shake ni boleh jadi sebagai PENGGANTI MAKANAN, selalunya untuk breakfast dan dinner. Jadi kalori intake makanan akan terjaga. Cinch Shake ni bantu bina otot untuk tidak menggeleber bila dah kurus, ia bagi otot kita firm dan cantik. Cinch shake sangat bagus dalam bantu menurunkan berat badan, bagi kenyang lebih lama dan sepastinya anda akan rasa berpuas hati ! Set kurus shaklee wajib ada protein.

2. OMEGA GUARD (fish oil Omega-3)

Omega guard ni adalah minyak ikan tulen, ikan-ikan yang duduk kat bawah laut bahagian dalam. Omega guard ni bantu increasekan hormon Leptin dalam badan untuk KAWAL SELERA MAKAN, dan bila consume Omega Guard ni ia bantu buatkan kita berpeluh dengan lebih ketika bersenam, dan buatkan kita sentiasa dahaga agar kita dapat minum air lebih untuk bantu proses turunkan berat badan. Air sangat penting ya untuk kuruskan badan. Set kurus shaklee wajib ada lemak omega-3.

3. LECITHIN (pengemulsifi lemak)

Lecithin ni ia berfungsi sebagai PEMECAH LEMAK dalam badan, dianggap sebagai “pengemulsi semulajadi”, Lecithin ni akan melekat dekat lemak kita dan bantu buatkan lemak tu terapung dalam salur darah supaya mudah untuk dibuang dan takde lah melekat dekat salur darah dan jadi tersumbat pula nanti. Bahaya. Body kita memang memerlukan bantuan supplement ni untuk membakar lemak-lemak degil yang jahat ni. Set kurus shaklee wajib ada supplement pecah lemak degil.

4. HERBLAX (natural laxative)

Herblax ni kita akan suggest untuk mereka yang ada MASALAH SANGAT SUSAH UNTUK MEMBUANG. Herblax ni dipanggil sebagai “natural laxative” dan salah satu bahannya ialah Daun Senna. Daun Senna ni sangat famous untuk bantu masalah pembuangan ni. Sangat bagus diambil untuk mereka yang nak kurus. Tak bagus simpan toksin lama-lama. Toksin kena buang, barulah nutrisi dari pemakanan dapat diserap dengan baik. Set kurus shaklee wajib ada detox.

5. Kalau nak kesan lebih baik, bagus dan cepat, TAMBAH VIVIX.

Vivix ni adalah Botanical Beverages, yang tinggi dengan kandungan antioksidan POLIFENOL. Dan Polifenol ni sangat bagus dari segi ANTIANGIOGENIC, dimana, merupakan satu poten untuk potong saluran darah ke arah lemak-lemak degil dan sel-sel abnormal.

Kita kan nak kurus, jadi tak mau lah ternak lemak-lwmak degil jahat ni kn? Jadi Polifenol dalam Vivix akan halang atau cut off salur darah ke lemak degil ni. Jangan bagi dia makan dan membiak. Lemak-lemak ni dia memang ada salur darah dia, jika kita makan makanan yang ada sifat antiangiogenic ni, ia akan bantu cut off supaya tak salur darah ke lemak tu. Fuhh ! Bestnya dapat cepat kurus kalau tambah Vivix. Set kurus shaklee kena ada bantuan polifenol.

BACA JUGA : Set Kurus Shaklee ni pun sangat BAGUS untuk support nutrisi bila kita buat Intermitten Fasting !

Owh ya, nak kurus kan? Kena ingat untuk masukkan juga senama dalam rutin harian, buat jalan 30 minit untuk permulaan pun dah cukup, dan pastikan air mencukupi minimum 2 liter air.

Jadi untuk anda yang dah ada niat nak kurus, boleh cuba Set Kurus Shaklee ini, contact sahaja saya okay. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. Boleh share pada keluarga dan kawan-kawan ya ! 

Sampai sini je sharing saya untuk hari ni. Sampai jumpa pada artikel seterusnya :)

BACA JUGA : Tips Kurus dengan Set Kurus Shaklee

——————————


Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>> WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam

Thursday, February 09, 2023

Intermitten Fasting : 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu


Intermitten Fasting : 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu
| Intermitten Fasting atau kita panggil mudah as IF, is actually salah satu cara pengawalan intake makanan yang lebih kurang macam kita berpuasa, bezanya adalah IF boleh minum tapi tak boleh makan, tapi puasa tidak boleh dua-dua, makan atau minum.

Intermitten Fasting ni actually salah satu cara yang digunakan untuk mereka yang baru bermula nak kurangkan pengambilan makanan dan minuman seharian. Bagaimana IF membantu dalam kawalan pengambilan? Okay dia macam ni, program Intermitten Fasting ni, dia ada masa yang membenarkan kita makan, dan ada masa yang kita kena berpuasa.

Sebagai contoh, ada beberapa slot masa yang kita boleh cuba untuk lihat slot window mana yang sesuai dengan body kita untuk memulakan proses Intermitten Fasting. Yang paling famous sekali ialah 12:12. Bermaksud disini 12 jam boleh makan, then 12 jam kena berpuasa.

Nak mudah faham, boleh tengok macam ni : 

Dari pukul 7 pagi sampai 7 malam > slot window makan, means boleh makan pada waktu ini tapi still dalam kuantiti yang berkurangan, jangan pula makan macam biasa dan berlebihan. Sebab kita kan dalam proses nak mengurangkan intake makanan.

Dari pukul 7 malam sampai 7 pagi esoknya > slot waktu untuk berpuasa. Tak boleh makan apa-apa kecuali minum air sahaja. Dan air pula, hanyalah air kosong/masak. Tak kira sejuk/suam atau panas, janji air kosong sebab 0 kalori.

Okay, sampai sini boleh faham ke? Jika boleh, kita teruskan dengan basic 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu bila nak bermula untuk buat diet Intermitten Fasting.




Intermitten Fasting : 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

1. Perkara yang paling WAJIB yang perlu anda buat sebelum memulakan IF ialah, baca dan cari dulu info dan pengetahuan tentang Intermitten Fasting. 

Dengan membaca, anda akan lebih faham tentang progress dan proses untuk memulakan IF buat diri anda. Kena fahami apa yang boleh dan tidak boleh dahulu supaya proses Intermitten Fasting anda dapat dilakukan dengan berjaya.

2. Set NIAT yang betul. 

Niat ni actually very subjektif. Anda boleh berniat nak kurus, nak sihat ataupun nak pastikan kesihatan anda lebih baik. Ikhtiar dulu niat anda untuk kenapa anda nak buat IF.

3. Pilih masa yang sesuai untuk anda. 

Untuk permulaan ini 12:12 adalah pilihan yang terbaik untuk beginners. Tetapi ada juga masa lain yang boleh anda cuba apabila masa pilihan 12:12 sudah serasi dengan diri. Antaranya ialah :

12 jam puasa, 12 jam makan

14 jam puasa, 10 jam makan

16 jam puasa, 8 jam makan

18 jam puasa, 6 jam makan

20 jam puasa, 4 jam makan

4. Pentingnya AIR MASAK/MINERAL, dalam menjalani program Intermitten Fasting

Air masak ni ianya 0 kalori, bermaksud minum banyak pun takkan menganggu kenaikan berat badan atau kacau bacaan gula dalam darah. Air masak sangat bagus untuk pastikan body hydrates dan cukup untuk menjalani hari-hari dalam sesi Intermitten Fasting. Kalau tak cukup air, body akan rasa sangat lemah dan boleh jadi sakit kepala dan menggangu masalah pencernaan. Nanti bila IF anda tak jadi, mula lah anda rasa tak best pula. Sayang kan kalau tak cukup water intake?

5. Kurangkan pengambilan makanan dalam food window.

Pada waktu masa yang dibenarkan untuk makan, sebaiknya kurangkan jumlah pengambilan makanan tidak seperti biasa. Sebagai contoh, jika hidangan untuk nasi biasanya adalah 1 cawan, untuk program Intermitten Fasting ni boleh cuba kurangkan jadi 1/2 cawan. Bagi memudahkan proses IF berjalan dengan lebih baik. Ini saya kongsikan apa yang saya pernah makan masa melalui program IF tahun ini :

Breakfast (7 pagi) : Saya ambil roti dan telur beserta ESP/CINCH dari Shaklee untuk pastikan saya kenyang lebih lama dan memastikan body still ada intake protein.

Tengahari (12-1 tengahari) : Boleh makan nasi dan lauk macam biasa hanya portion sahaja perlu dikurangkan.

Petang (6 petang) : Saya akan minum lagi sekali ESP/CINCH untuk menggantikan snacking atau dinner.

Malam (7 malam - 7 pagi) : Proses Intermitten Fasting pun bermula sampai esok pagi.

6. Boleh download any apps yang berkaitan IF atau boleh juga buat alarm as reminder.

Apps yang boleh anda cuba ialah : Fasting dan Fasting Tracking.

7. Pentingnya untuk BERPANTANG MAKANAN

Bukan hanya ibu bersalin kena pantang makan, tapi jika anda sedang melalui proses Intermitten Fasting, anda wajib berpantang makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula dan manis, junk foods, ais krim, coklat dan seangkatan dengannya. Makanan ini boleh ganggu paras insulin dan  perjalanan Intermitten Fasting anda.

8. SUPPLEMENT TAMBAHAN sangat membantu bagi melancarkan proses Intermitten Fasting anda dengan lebih baik.

Sini saya akan kongsikan beberapa supplement dari Shaklee untuk pengetahuan anda :

CINCH CHOCOLATE/VANILLA/CAFE LATTE : Supplement dari sumber protein untuk bantu rasa kenyang lebih lama, rasa yang sedap, beri tenaga tambahan, kawal pemakanan, badan fit tidak menggeleber bila kurus, dan bonus kulit yang cantik !

LIFE SHAKE ELDERBERRY/MATCHA : Supplement dari sumber protein juga yang mengandungi prebiotik, tinggi kandungan serat dan protein, bagus untuk yang kurang makan fibre (sayur dan buah), multivitamin yang lengkap, mengandungi lemak sihat, tiada kolestrol, bantu bakar lemak dan bina otot.

LECITHIN : Bantu pecahkan lemak-lemak degil dalam badan kepada molekul yang lebih kecil untuk mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan.

OMEGA GUARD : Bantu bakar lemak dalam badan (visceral fat), mengawal selera makan dan cravings, serta turunkan kolestrol

HERBLAX : Bantu detox usus besar, kempiskan perut dan melegakan sembelit.

KHAS UNTUK NEW MEMBER : Dengan pembelian set lengkap Hello New You Shaklee, anda berpeluang untuk dapat PERCUMA SHAKER (RM15), PERCUMA POSTAGE (RM10) dan PERCUMA MEMBERSHIP (RM35).


9. Cari group atau kawan-kawan untuk ajak buat Intermitten Fasting sama-sama agar anda tak bosan, dan sentiasa ada semangat dan konsisten untuk teruskan journey dalam IF.

Baiklah, rasanya itu sahaja sharing saya untuk anda hari ni, semoga perkongsian artikel saya ini bermanfaat untuk anda dan juga keluarga dan kawan-kawan. Sampai jumpa di lain artikel pula.

Owh ya, anda juga boleh baca penulisan dari kawan saya Kak Zainab, tentang Intermitten Fasting : Berkesankah Bagi Kita Kurus?

#ProjekMegaBlog #ShakleeThrive203 #ShakleeTriumph2023 #PengedarShakleeShahAlam

--------------------

BACA JUGA :

Semua Tentang ESP

Semua Tentang Omega Guard

Semua Tentang Vitamin C

Semua Tentang Nutriferon

Semua Tentang Lecithin

--------------------

Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee atau menyertai keahlian Shaklee, boleh klik di sini : 

>>WHATSAPP SAYA <<

Disclaimer : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Featured Post

Peluang Bisnes Shaklee - 3C

Hai semuanya! Assalammualaikum! Tau tak hari ni, actually genap sebulan from my previou spost. Aduhai, last month dah niat nak buat 1 ...